• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel
Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel

Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel

Cara Delete Account Facebook yang sudah lupa password dan emel adalah satu soalan yang saya terima melalui emel blog saya sendiri. Soalan dihantar dengan menggunakan bahagian contact di laman blog ini. Ya, ini menyakinkan bahawa yang bertanya ini adalah manusia bukannya ‘robot’.

Cuma saya kurang yakin dengan persoalan yang ditimbukan di sini iaitu Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel.

Bagaimana perkara ini boleh timbul? Bagaimana anda lupa emel anda sendiri?

Jika password mungkin boleh diterima pakai lagi tapi ini adalah emel akaun anda. Berapa banyak emel yang anda ada atau anda sedang cuba mencari jalan memasuki atau hack akaun seseorang?

Tak mengapa, kita berprasangka baik kerana tak semua orang adalah pengguna tegar Facebook seperti sesetengah yang lain. Mereka jarang memasuki profil mereka membuatkan terjadinya lupa password dan emel ini.

Mustahil Dapatkan Info Secara Mudah

Seperti yang saya katakan pada artikel Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia, pihak Facebook menyatakan bahawa sangat mustahil untuk anda menerima maklumat  sesebuah akaun tersebut melainkan anda  yang mempunyai:

  • Emel dan password emel akaun anda.
  • Menjawab soalan keselamatan dalam proses reset akaun anda.

Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel

Di sini saya kurang yakin dengan pertanyaan emel ini maaf saya katakan namun ada beberapa kemungkinan untuk anda delete account Facebook anda jika lupa password dan emel.

Berikut antara pilihan yang boleh anda gunakan dalam proses memadamkan akaun lama anda:

  • Repot akaun yang palsu
  • Repot akaun yang telah digodam
  • Repot hak cipta anda

Jadi untuk cara ini anda boleh menggunakan pilihan repot akaun palsu atau akaun yang telah digodam.

Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel

Dengan menggunakan akaun rakan-rakan anda atau akaun baru anda.

Pergi ke laman profil anda dan klik > Setting > Report/Block

Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel

Dan apabila keluar tab ini, ada perlulah pilih untuk tick pada salah satu bahagian

  • Using fake name
  • Pretending to be me or someone I know
  • Face account
  • Represents a business or organization

Ingat pilih salah satu saja dan anda perlukan bantuan rakan-rakan anda untuk berbuat perkara yang sama juga untuk mendapatkan tindak balas daripada pihak Facebook secara cepat.

Namun jika anda tidak mempunyai akaun Facebook yang baru.

Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel

Anda boleh menggunakan borang ini untuk teruskan membuat repot akaun lama anda.

Untuk mendapatkan borang ini sila klik disini.

Hasil dan Keputusan?

Hasil dan keputusan cara ini biasanya akaun tersebut akan dipadamkan oleh pihak Facebook namun saya selaku penulis dan tidak bekerja dengan Facebook tidak memberi apa-apa jamin dalam proses pemadaman akaun anda melalui cara ini.

Jika ada cara yang lebih berkesan sila gunakan – semoga membantu buat yang telah emelkan soalan ini kepada saya.

Terima kasih 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

69 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!