• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Daftar Komli Media di Blog
Cara Daftar Komli Media di Blog

Cara Daftar Komli Media di Blog

Cara daftar komli ini dibawakan oleh saya secara penuh di atas permintaan rakan blogger tempoh hari dan juga boleh diguna pakai oleh semua rakyat Malaysia yang mahu cuba menggunakan Komli sebagai pengiklanan yang baru di blog anda.

Mungkin sudah ramai guna Nuffnang dan ingin mula mengubah angin, jadi saya cadangkan agar cuba menggunakan Komli pula tapi anda tetap kena bijak mengatur strategi. Ia dibayar dalam nilai USD dan tengok cara daftar komli ini.

Cara Daftar Komli

Cara daftar komli ini sebenarnya amatlah mudah tapi kalau tak kena caranya memang tak dapat juga.

Dengan ini saya tunjukkan caranya dengan jelas semoga anda faham.

Caranya dengan masuk ke Link ini dan isi borang seperti berikut:

Cara daftar Komli

  • Bahagian Title dan Company itu, saya letak saja-saja nama blog dan url blog sebab tak ada syarikat sendiri pun lagi. Mungkin ada orang lain letak dengan cara lain, terpulanglah tapi cara daftar komli ini saya mendapat maklum balas yang cepat.
  • Bahagia Fax – letak sahaja nombor telefon rumah kalau tak ada letaklah mana-mana nombor telefon sekali pun, haha.

Cara daftar Komli

Itu sahaja caranya, tak susah pun sebenarnya. Uniques visit dan Pageviews itu korang kenalah pandai-pandai sedikit.

Selepas siap semua mengisi apa yang diperlukan itu, maka boleh tekan butang Submit dan bagaimana jawapannya?

Jawapannya anda diterima atau tidak adalah menerusi emel.

Cara Daftar Komli

Setakat ini sahaja, semoga permintaan blogger tersebut tercapai, mungkin lepas ini akan kongsikan pula cara membalas emel dari pihak komli selepas berjaya mempraktikkan cara daftar komli media ini.

Apa yang penting dalam mengisi borang ini sebenarnya ialah, anda menyediakan atau mengisi apa yang mereka perlu dan wajib mereka tahu. Kita memohon untuk meletak iklan mereka di blog kita jadi haruslah penuhi permintaan mereka, kalau rasa cara daftar komli ini menyusahkan anda tiada paksaan pun untuk teruskan memohon.

Sebarang pertanyaan boleh terus komen di ruangan di bawah atau terus hubungi di ruangan contact.

Macam mana agak-agak boleh buat duit dengan blog?

Terima kasih 🙂

Update Februari 2016: Komli sudah berhenti menggunakan khidmat pengiklanan melalui blogger.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

44 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!