• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Assalamualaikum, alhamdulillah berkesempatan untuk kongsikan artikel cara buat iklan facebook yang efektif ini. Artikel ini tidak ditulis atas rasa-rasa dan anggapan sahaja. Ia sebahagian tips-tips dari sumber yang boleh dipercayai dan efektif.

Rata-rata pengguna internet hari ini sebahagiannya melakukan bisnes online. Ini menakjubkan lagi apabila semakin ramai yang cuba mengeluarkan jenama dan produk sendiri. Namun, anda haruslah semak kembali kualiti dan kuantiti produk dan jenama anda supaya ia lebih kekal lama. Takkanlah nak berniaga ikut trend semasa sahaja?

 

6 Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Seperti yang sedia diketahui, untuk menggunakan FB Ads anda haruslah memiliki Fanpage sendiri. Ini lebih realiti dan dipercayai apabila mempunyai Fanpage sendiri. Page adalah penting sebagai web online bisnes kita malah pelbagai info mengenai produk dan servis kita boleh dimuatnaik di Facebook Page.

Jadi sebelum praktis cara buat iklan Facebook yang mudah ini, boleh semak kembali FB Page anda terlebih dahulu. Adakah anda telah menamakannya dengan betul dan baik. Berapa pula like atau follower yang sudah ada di page anda?

Anda juga boleh belajar cara membuat dan setting FB Page dengan baik dari sifu-sifu yang dipercayai. Ada juga dijual ebook mengenai membuat FB Page yang efektif untuk bisnes dan syarikat. Perkara seperti ini adalah penting sebagai asas permulaan membina tapak bisnes anda juga.

 

Kenalpasti Matlamat Perniagaan Anda
Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Untuk memastikan perjalanan perniagaan anda lebih lama dan berjalan dengan lancar, kenal pasti apa matlamat bisnes anda. Gagal menentukan matlamat bisnes anda maka anda mungkin bukan seorang peniaga yang sebenarnya. Dalam konsep bisnes ia adalah suatu yang mengambil masa yang lama bukan hari atau esok sahaja.

Kita haruslah bersedia memperkenalkan dan mempamerkan tentang apa bisnes kita. Adakah perniagaan anda mempunyai sijil-sijil atau pengiktirafan yang sah. Anda juga harus bersedia untuk memperkenalkan siapa anda sebagai pemilik perniagaan.

Perlu juga menyatakan lokasi kedai atau syarikat anda, termasuk juga nombor telefon untuk uruskan pembelian atau servis. Jika anda seorang mempunyai syarikat mungkin boleh meletakkan sekitar jumlah pekerja atau staff yang anda ada. Maka ini lebih jelas dan nyata segala informasi sudah tersedia ada di laman FB Page anda.

 

Paparkan Realiti Dan Kesedaran

Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Antara perkara yang perlu dititiberatkan ialah realiti. Promosikan bisnes dan produk anda biar nampak lebih realiti dan logik. Apa yang kita mahu iklan FB kita kelihatan dan bagaimana perniagaan menjadi begitulah kita perlu tentukan untuk iklan kita. Perkara ini perlu selari dengan matlamat bisnes kita. Jika niat ingin memudahkan urusan orang lain maka tekankan dalam iklan kita perkara yang memudahkan.

Antara contoh iklan yang ternama diluar sana, mereka berjaya memaparkan mengapa dia memulakan perniagaan ini. Malah lebih menarik apabila diletakkan sekali dengan beberapa orang penggerak bisnes mereka sama ada staff atau pemilik bisnes itu sendiri.

Sesetengah iklan juga berjaya mempamerkan nilai-nilai sebenar produk atau servis mereka tanpa ada konsep memaksa pembaca membeli semata-mata. Tapi pada akhirnya pembaca atau pengunjung tetap membeli produk atau servis mereka.

 

Tarikan Trafik Ke Iklan Anda
Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Dalam menggunakan iklan anda harus fikir bagaimana ada trafik menuju ke iklan atau page anda. Untuk mereka datang dan singgah ke laman kita mestilah ada sebabnya. Jadi mungkin beberapa teknik perlu anda buat dalam iklan anda supaya menjadi tarikan lebih ramai datang dan beli. Mungkin 100 orang baca 10 orang akan beli, mungkinlah. Jadi gunakan cara buat iklan Facebook yang berkesan dan berbaloi.

Sama ada dengan cara membuat jualan hebat, pelancaran produk baru, pelancaran produk mengikut musim dan juga bonus setiap pembelian akan menjadi lebih menarik. Jadi jangan tumpukan kepada kelebihan produk semata-mata, buat sesuatu yang lain dari biasa untuk memastikan jualan anda hidup dan meriah.

Sebagai contoh boleh menggunakan Local Awareness iaitu menekan iklan kali ini untuk mereka yang ada dikawasan mana atau lokasi jualan anda yang terlibat. Konsep ini membuatkan mereka yang terdekat rasa ingin mendapatkan sewaktu promosi ini. Tambahkan juga dalam iklan paparkan gambar yang berkualiti dan menarik, kurangkan perkataan yang meleret-leret. Namun konsep ini tidak khas untuk semua jenis iklan.

 

Online Conversions/Click Through

Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Antara satu aplikasi terbaru boleh letak beberapa jenis button pada ads anda. Jadi apakah bakal pembeli akan dapat daripada klik butang tersebut. Setting ini hanyalah pilihan semata-mata tidak wajib ada pada setiap Ads anda jalankan.

Bagi yang menjalankan perkhidmatan hotel atau Homestay mungkin boleh jadikan kemudahan ini untuk pelanggan anda membuat tempahan kepada servis anda. Anda perlu permudahkan urusan pengguna seperti info dan maklumat yang perlu ada semasa membuat tempahan. Kegagalan buat demikian mereka yang pangkah saja browser laman anda. Rugi.

Bagi yang meletakkan nombor telefon, haruslah anda staff yang khas menjawab panggilan dari pelanggan. Harus juga dinyatakan juga penerimaan panggilan dari pukul berapa ke pukul berapa. Sekarang lebih canggih apabila ada sistem Auto-PM untuk mereka yang komen dan minta untuk dihubungi dibahagian iklan kita.

 

Fahami Target Audien Anda

Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Antara perkara asas dalam cara buat iklan Facebook yang berkesan ialah fahami siapa target audien atau sasaran pembeli anda. Ingat sasaran ini tidak tertumpu kepada tempat semata-mata. Ini termasuklah search keyword yang bakal mereka cari dalam carian internet, punca dan penyelesaian masalah mereka.

Tunjukkan kepada mereka sasaran mereka terhadap iklan anda adalah betul. Anda adalah penyelesaian kepada masalah mereka dan sesuatu yang tercari-cari. Tunjukkan lagi apa yang anda ada untuk mereka miliki dari servis anda, tidak terkecuali juga adalah kelebihan dan kebaikan yang tidak melampau-lampu.

Guna ayat promosi haruslah berpada-pada. Jangan nampak kita sangat terdesak sehinggakan tidak nampak kualiti pada servis dan produk kita. Tidak semua copywriting itu bagus untuk setiap iklan yang anda jalankan. Ada bisnes atau iklan produk yang memerlukan penerangan yang panjang, ada yang hanya memerlukan video. Malah ada yang hanya memerlukan sekeping gambar dan beberapa patah perkataan sahaja untuk menarik pembeli.

 

Tentukan Tema Iklan Anda

Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Jadi pemilihan tema, konsep dan warna kepada iklan anda tetap menjadi daya tarikan tidak dapat dinafikan. Fikirkan tema dan konsep yang membuatkan ada engagement antara pemilik iklan dan pembaca iklan. Pemilihan yang tepat bakal membantu audien memahami lebih jelas tentang apa yang kita cuba sampaikan melalui iklan.

Penggunaan warna yang terlalu strike kadang kala adalah tidak sesuai. Perlu lihat kembali akan iklan yang cuba dipamerkan mengenai apa dan mood nya. Mainan konsep yang tepat akan menjadikan iklan kita lebih kekal dan konsisten, tidak menyerabutkan dan menjengkelkan.

Pemilihan ilustrasi gambar juga haruslah tidak tertentu kepada satu objek semata-mata. Mungkin ada kombinasi dan ilustrasi mempamerkan apa yang disampaikan lebih relevan. Fikirkan dari segi “unique point of view”.

 

Kos Facebook Ads
Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif

Untuk kos iklan anda sendiri tentukan sama ada untuk total reach atau berapa hari yang ingin anda jalankan iklan anda. Yang penting adalah penyediaan maklumat dan info terhadap iklan produk atau servis yang anda lancarkan. Ini penting bukan semata-mata kejap copywriting tapi pengakhiran gagal mendapat jualan yang sepatutnya kerana tiada medium untuk conversion.

Cara buat iklan Facebook yang ditulis ini adalah secara asas dan umum tidak menekankan kepada mana-mana produk pengiklanan. Anda harus fokus dan fahami apa yang sedang anda lakukan dan ingin lakukan. Jangan terlalu mengejar masa semata-mata. Fikirkan agar apa yang kita lakukan itu berbaloi dan memberikan pulangan yang baik malah lebih lagi kalau untuk masa yang panjang.

Semoga berjaya!

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!