Cara Buat Blog Secara Mendalam

Cara Buat Blog Secara Mendalam

Cara buat blog secara mendalam sebenarnya tertumpu kepada sejauh mana dan sedalam mana kita fikir akan kita diri dalam dunia blog ini. Ambil saja contoh-contoh blogger yang mempunyai blog yang sudah kecapi kejayaan dalam blog mereka dan kita letakkan diri kita juga seperti mereka.

Bagaimana kita mahu buat blog secara mendalam kalau kita sendiri tak ingin pergi lebih dalam dunia blog.

Satu peringatan utama anda tidak boleh mengharapkan ada orang akan suap anda segala-galanya dalam dunia blog tapi sebaliknya anda perlu mencari dan terus mencari.

Entri ini menjawab pertanyaan emel bulan lalu oleh seorang pembaca.

Cara Buat Blog Secara Mendalam

Rasanya dah ramai yang tahu atau tak nak ambil tahu bagaimana ingin membuat blog secara mendalam dan sedalam manakah anda ingin buat itu terpulang pada anda.

Ramai yang mampu buat blog secepat 30 minit sudah siap, permulaan buat blog salin sana salin sini, tersilap salin kena report juga blog, sila jaga-jaga.

Tapi bahagian yang sukar ialah mengekalkan momentum dalam diri anda dan juga momentum blog anda itu sendiri.

Perkara Wajib Perlu Ada Dalam Diri Anda

Cara Buat Blog Secara Mendalam

Setiap yang kita lakukan perlu anda perancangan, matlamat dan tindakan. Berikut senarai ringkas permulaan bagi yang ingin memulakan penulisan blog:

  • Setkan satu matlamat anda – apa yang anda mahu dari blog.
  • Rangkakan bagaimana anda ingin blog anda kelihatan.
  • Rancangkan bagaimana anda ingin blog anda menjadi tarikan ramai.
  • Fikirkan jangka masa panjang untuk pergerakan blog anda.
  • Kira semula hasil atau pendapatan anda daripada blog.

Mungkin banyak lagi yang perlu disenaraikan sekali tapi saya hanya nyatakan mengikut pengalaman dan pandangan saya sahaja.

Jika anda anda pandangan anda sendiri tidak perlu terlalu taksub akur pada satu pandangan sahaja.

Beranikan diri anda dalam melakukan perancangan strategik ke atas diri anda sendiri – Insan berani insan berjaya.

Permulaaan Asas Blog Secara Mendalam

Cara Buat Blog Secara Mendalam

Oleh kerana pertanyaan mengenai buat blog secara mendalam ini bermakna anda ingin menjadi seorang blogger yang serius dan ingin menjana pendapatan daripada blog.

Dalam menongkah kejayaan anda harus ingat bahawa setiap kejayaan perlu ada sedikit pengorbanan tanpa pengorbanan bau kejayaan pun tak mungkin anda hidu.

Pengorbanan pertama menuju blog :

  • Beli satu domain – ikut target jenis blog yang anda inginkan.
  • Beli satu hosting – guna WordPress lagi bagus dan boleh pergi jauh.

Domain untuk anda menjenamakan blog anda dan lebih menyakinkan bahawa anda betul-betul serius ingin mempunyai sebuah blog yang berjaya.

Hosting sebagai asas utama untuk memiliki sebuah blog dengan menggunakan WordPress dan ini lebih awesome bila anda betul-betul serius.

Cadangan saya untuk anda membeli pakej hosting di Server Freak

 

Takut dan Mahal-lah WordPress

Sebelum anda cakap WordPress itu mahal anda perlu ambil kalkulator dan cuba kira dahulu dan bagaimana anda meletakkan mahal itu satu penghalang untuk mencari kejayaan?

Contoh pengiraan mudah tanpa kalkulator:

  • Pertama kali beli = Hosting – RM100
  • Cuba bahagi 12 bulan = RM100/12 = RM8.33

Maksudya mudah, untuk pertama kali anda beli anda perlu melabur sebanyak RM100 sekali gus.

Namun untuk bayaran tahun hadapan anda perlu menyimpan duit sebanyak RM8.33 atau RM8.50 sahaja untuk bayaran pakej hosting anda pada tahun hadapan.

Takkanlah RM8.50 anda tak dapat jana daripada blog?

Fikir-fikirkanlah dan mulakan sekarang jangan tunggu-tunggu lagi.

Kejayaan takkan tunggu kita untuk bermula, namun kita perlu bermula untuk kejayaan

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

25 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!