• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Berniaga Melalui Facebook
Cara Berniaga Melalui Facebook

Cara Berniaga Melalui Facebook

Cara berniaga melalui Facebook adalah sambungan daripada entri Teknik Pemasaran Facebook Berkesan. Melihat kepada cara dan teknik ini entri lalu saya mengulas secara umum bagaimana ingin meledakkan perniagaan anda dengan cara pemasaran di Facebook dan entri kali ini dikecilkan lagi sedikit skopnya.

Ramai yang suka berniaga melalui Facebook tidak kira sama ada perniagaan itu berbentuk skala besar atau kecil sekali pun.

Facebook berjaya dibina menjadi medan sosial dan juga medan perniagaan jika anda bijak mengambil langkah yang betul.

Sambil lepak bermain Facebook terkeluarlah beberapa paparan perniagaan dan pemasaran hampir setiap hari.

Persoalan Sebelum Berniaga Melalui Facebook

Beberapa persoalan yang perlu kita senaraikan sebelum kita mula memasarkan sebarang perniagaan kita melalui Facebook, ini juga tidak jauh berbeza dengan mana-mana pemasaran perniagaan sekali pun.

5 Persoalan Wajib Dalam Diri Peniaga Facebook

Saya tidaklah hebat dalam penulisan perniagaan namun saya pernah menjadikan Facebook sebagai medium perniagaan saya pada tahun lalu.

Hasilnya alhamdulillah duit poket sangat mencukupi – itu sangat bersyukurlah kiranya daripada tidak ada apa-apa keuntungan kan?

Persoalan ini wajib anda tanya pada diri anda dan rakan kongsi perniagaan anda jika ada rakan kongsi:

  1. Siapakah bakal pembeli kepada produk yang kita jual nanti? – Siapakah golongan sasaran kita, muda, remaja, dewasa atau warga emas?
  2. Tempat berhubung dengan pembeli atau pelanggan kita? – Ini biasanya menjadi permasalahan dalam perniagaan Facebook hari ini, adakah menggunakan sistem PM, Wassap, Wechat, SMS atau panggilan.
  3. Jenis produk yang mendapat permintaan utama atau pilihan pembeli? – Sangat penting kerana jika golongan sasaran kita remaja mana mungkin kita mahu menjual produk permintaan orang dewasa atau warga emas. Jadi sasaran dan target harus tepat untuk setiap golongan sasaran.

Cara Berniaga Melalui Facebook

Cara Berniaga Melalui Facebook

Cara mana lagi anda mahu untuk berniaga di Facebook pada hari ini?

  • Adakah dengan cara post di group-group perniagaan di Facebook?
  • PM iklan anda kepada inbox setiap rakan anda di Facebook?
  • Post di wall anda setiap satu jam?
  • Bina sebuah page khas untuk satu produk sahaja?

Melihat kebanyakan orang yang berniaga di Facebook telah membuat satu kesalahan apabila membuat sebuah page untuk satu produk sahaja.

Kita perlu lihat untuk tempoh jangka masa yang panjang dimana – apakah produk itu akan berkekalan untuk tempoh yang lama atau sekadar “panas seketika”?

Adalah lebih baik membuat satu page dengan branding tersendiri dan mempunyai beberapa produk yang anda ingin pasarkan ini lebih memberi jaminan dalam momentum perniagaan anda dari semasa ke semasa.

Cari Pakar Yang Telah Berjaya

Seperti yang dijangka ramai yang malu dan malas untuk bertanya kepada mereka yang lebih pakar dalam sistem perniagaan di Facebook ini.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!