• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Berniaga Air Di Bazar

Cara Berniaga Air Di Bazar

Bagaimana cara berniaga air di bazar sempena kedatangan Ramadhan ini. Tidak kurang beberapa jam lagi kemeriahan suasana Ramadhan menjadi satu saat yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Utamanya di bulan mulia ini adalah pesta ibadah untuk kita beramal sebanyak yang mungkin.

Manakala pada petang hari kemeriahan bazar Ramadhan menjadi tumpuan orang ramai. Kemeriahan Bazar Ramadhan ini tertumpu kepada kepelbagaian juadaha untuk berbuka puasa. Sama ada lauk, nasi, kuih-muih dan yang paling penting adalah kepelbagaian air yang dijual.

 

Bisnes Air Paling Mudah

Bisnes air adalah antara yang paling mudah dan senang di bazar Ramadhan. Namun boleh menjadi hambar kita anda tidak tahu bagaimana menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Kebiasaannya minggu pertama pengunjung bazar Ramadhan akan mencuba rasa juadah dan air bagi setiap gerai yang berbeza-beza.

Ini bertujuan untuk mencari nilai dan kepuasan untuk berbelanja bagi juadah berbuka puasa mereka. Maka peniaga yang benar-benar ikhlas dan bijak menarik pelanggan atau promosi mereka berpeluang mendapat pelanggan yang setia dan berulang-ulang hingga ke akhir Ramadhan nanti.

Cara berniaga air di bazar Ramadhan tidaklah sesukar mana. Tapi pernah juga kita lihat ada beberapa gerai yang kurang mendapat jualan dan ada gerai yang tidak cukup tangan dalam melayan pelanggan. Jika anda seorang peniaga sudah pasti anda mahukan pelanggan yang ramai.

 

14 Jenis Air Balang Yang Popular

Cara Berniaga Air Di Bazar

Jika anda berminat untuk kerja separuh masa berniaga sempena bulan Ramadhan. Anda haruslah ketahui apakah jenis air-air yang disukai oleh pengunjung bazar untuk berbuka. Adalah tindakan tepat bila anda menjual air yang benar-benar menjadi keperluan orang untuk berbuka.

Antara 14 jenis air balang yang popular di bazar Ramadhan:

  • Air Tebu
  • Air Kelapa
  • Air Cendol Pandan
  • Air Asam Tiga Rasa
  • Air Asam Boy
  • Air Asam Girl
  • Air Jambu Masam
  • Air Katira
  • Air Selasih
  • Air ABC Rock Ooo
  • Air Teh Bunga
  • Air Mata Kucing
  • Air Tembikai Laichi
  • Air Carrot Susu
  • Air Tembikai Susu
  • Air Keladi
  • Air Buah Naga

 

Cara Berniaga Air Di Bazar

Cara Berniaga Air Di Bazar

Rahsia sejati apabila anda menjadi seorang peniaga ialah keikhlasan dan kejujuran diri sendiri. Jika ada peniaga lain menjual air dengan harga RM2 dan bungkusannya besar mengapa anda mahu menjualnya dengan harga sama tapi bungkusannya lebih kecil.

Niat dalam hati berniaga air bukan kerana untung semata-mata. Semudah-mudah niat adalah untuk memudahkan orang berbuka dan hilang dahaga mereka waktu berbuka. InsyaAllah.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!