• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Candy Crash Saga – Bijak dan Tips
Candy Crash Saga - Bijak dan Tips

Candy Crash Saga – Bijak dan Tips

Candy Crash Saga merupakan permainan di Smartphone yang semakin mendapat perhatian pengguna telefon pintar. Mana tidaknya setiap hari ada saja pemain baru yang menyertai permainan ini.

Permainan yang dilihat seperti permainan budak-budak tapi hakikatnya adalah lebih kepada mencabar otak kita berfikir bukan semata-mata memecahkan jelly hanya dengan menyusun warna coklat yang sama.

Candy Crash Saga – Bijak dan Tips


Bermain Candy Crash Saga ini sebenarnya perlu bijak, anda tidaklah boleh terlalu noobs mengikut peraturan yang sudah ditetapkan.

Anda boleh bermain dengan laju sekiranya anda menggunakan beberapa tips yang sudah dibongkarkan oleh pemain-pemain yang tegar.

Setiap permainan ada tips dan triknya tersendiri, jika anda bijak anda mampu bermain 10 level dalam masa 1 jam sahaja.

Bijak dan Tips

  1. Jangan sesekali membeli “power ups” – ini merugikan diri dan duit sendiri.
  2. Gunakan move yang ada untuk dapatkan kombo terlebih dahulu.
  3. Habiskan target level dalam pergerakan yang sedikit mungkin atau tidak semestinya mendapat high score.
  4. Jika ada time bomb, gunakan segera jangan biarkan.
  5. Ubah masa di telefon anda jika kehabisan nyawa – ubah hanya sejam-sejam sahaja.
  6. Level yang menyediakan move beri kebebasan masa untuk anda berfikir.
  7. Bezakan jelly, block, wood dan sebagainya – jimatkan pergerakan pada bahagian tidak perlu.
  8. Aktifkan internet and request with your Facebook friends.
  9. Berkawan dengan mat salleh – mereka suka membantu
  10. Sertai group atau komuniti – kalau rajinlah.
  11. Cari di Google

Banyak lagi tips-tips yang telah dibongkarkan sebenarnya.

Setiap permainan saya suka berinteraksi dengan rakan-rakan saya seperti foreigner, kerana mereka suka memberi dan membantu kita.

Dengan cara ini, saya berjaya bermain 10 level dalam masa 1 jam bukan setiap hari tapi hari-hari tertentu sahaja saya main permainan Candy Crash Saga ini.

Harap membantu, ada lagi tips daripada anda sendiri sila kongsikan di ruangan komen di bawah.

Terima kasih 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

42 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!