Bukan Lagi Personal

Bukan Lagi Personal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan-rakan, setelah tamatnya Intern pada Jumaat yang lalu saya semakin melihat ke depan khususnya dalam bidang blogging ini. Bagi saya blog bukan tempat untuk main-main lagi dan ia mempunyai banyak cabang bermulanya sejak proses pematangan penulisan kita sendiri.

Jika semalam saya seorang tidak kenal erti dunia blog hari ini mungkin saya sedang mengenal dengan lebih mendalam apa itu dunia blog.

Dan perkataan blog bagi saya hari ini bukan semata-mata satu laman yang perlu kita baca dan kongsikan melalui penulisan kita tapi sebaliknya makna penuh tersirat. Rugi jika kita tidak selongkar betul-betul.

Bukan Lagi Personal

Saya suka blog dan saya suka menulis walaupun dulu dunia blog dan dunia realiti saya adalah satu dunia yang berbeza.

Pandangan kawan-kawan ketika itu blog hanya tempat saya bermain-main tapi kawan-kawan yang kata begitu sudah pergi dan tidak lagi bersama diri ini.

Kawan memang datang dan pergi. Itu lumrah kehidupan dan bagi kita dan diri kita inilah yang akan menentukan arah tuju hidup kita yang sebenarnya selepas tamatnya pengajian kita.

Bagi saya pada hari ini blog ini bukan lagi satu blog personal kerana kebanyakan entri yang dibaca dan ditulis juga tidak berkisarkan kehidupan saya seratus peratus.

Jadi saya tumpukan ke arah lain lebih sedikit dan sedikit demi sedikit.

Sebab blog personal saya adalah blog satu lagi hehe. Terima kasih 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

14 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!