Broga Hill Semenyih Kajang

Bukit Broga atau Broga Hill adalah tidak asing lagi hari ini. Nama tempat ini sangat popular dan sentiasa menjadi tempat tarikan untuk dikunjungi. Walau tidak ekstrim mana seperti pendaki yang lain, mendaki secara santai cukup memuaskan hati dan mengawal stamina diri sendiri.

Mendaki Bukit Broga tidak memerlukan bag yang besar dan latihan persediaan sebelum mendaki. Jika anda secara tidak sengaja melalui jalan ini, boleh singgah dan terus mendaki dengan hanya perlukan sedikit aktiviti pemanasan badan secara santai.

 

Mendaki Broga Hill

Broga Hill

Secara tidak langsung, saya telah naik lagi Broga Hill ini buat kali kedua. Pertama kali pergi dengan pasukan Belia Negeri Sembilan seingat saya.

Perjalanan jika dari Seremban memakan masa hampir 40 hingga 45 minit bergantung kepada kelajuan pemanduan dan keadaan trafik semasa. Cuma anda perlu berhati-hati memandu bagi mereka yang melalui jalan Pantai kerana keadaannya bengkang-bengkok dan jalan sempit.

Kalau ingin lebih selamat mungkin boleh menggunakan Lebuhraya Lekas. Bukit Broga ini terletak di Semenyih tidak jauh dari sini lebih kurang 3 atau 4km terdapat stesen minyak dan beberapa kedai.

Kedudukannya yang strategik ini iaitu sempadan antara Selangor dan Negeri Sembilan menjadikan satu tempat persinggahan yang terbaik. Ramai pengunjung datang dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan mendaki Broga Hill ini semasa program mendaki ini.

 

Family Broga Hiking Family 2015

Broga Hill

Berkongsi sedikit kegembiraan dengan orang lain salah satu cara mengeratkan silaturrahim. Jadi hidup kita setiap hari tidak semestinya perlu fikir kepada kerja semata-mata.

Broga Family Hiking 2015 ini diberi nama dan dianjurkan atas dasar ingin meraikan persaudaraan dan merapatkan hubungan sesama kami. Ada yang dikalangan mereka bekerja sudah lama namun tidak pernah berkesempatan ingin menyertai program luar seperti ini.

Itulah tujuan sebenar anjurkan program seperti ini. Buka penyertaan kepada semua yang berminat, tolak ketepi dahulu soal kerja lagipun pergi pada hari minggu.

Mendaki Broga Hill menjadi sedikit janggal bagi mereka yang sudah bekerja dan berumah tangga dan menjadi keterujaan buat mereka yang bujang lagi. Bukan ingin berseronok semata-mata tapi ingin berkongsi rasa dan keadaan mendaki itu bersama-sama. Lebih penting lagi ingin bersama-sama merasa kesyukuran dan kepuasan apabila sampai kepuncak pendakian.

Program seramai hampir 33 orang ini turut disediakan makan minum serta baju program sedikit sebanyak memberi tarikan kepada peserta. Alhamdulillah.

Walau tak semua yang mampu sampai ke puncak Bukit Broga ini, tapi semangat dan komitmen yang ada pada merekalah kita hormati dan hargai.

 

Broga Hill

Perjalanan yang bermula seawal jam 5.00 pagi dari Senawang dan tiba di Pekan Broga 5 minit sebelum subuh. Jadi sempat untuk singgah di Surau bedekatan untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Setelah selesai menunaikan kewajipan ini, perjalanan diteruskan lebih kurang 2-3 minit sahaja sudah tiba di kaki Bukit Broga ini.

Sewaktu tiba jam 6.45 pagi ini, mengejutkan sedikit kami kerana sudah ramai orang di sana. Malah tempat letak kereta di sini pun hampir penuh. Keadaan ini membuatkan kami rasa bersemangat dan teruja ingin cepat-cepat mendaki.

Seawal jam 7.00 pagi sudah mula mendaki menyaksikan begitu ramai pendaki ‘berpesta’ di atas sana. Hebat bukan?

 

Broga Hill

Keindahan ciptaan Illahi ini memberikan daya tarikan kepada semua yang mendaki. Ada juga beberapa kumpulan lain yang datang dengan warna baju program berwarna hijau. Dari jauh lagi sudah jelas kelihatan kehijauan baju mereka.

Terlalu ramai yang mengunjungi ke Broga Hills ini lebih-lebih lagi pada hari minggu. Ada juga yang mula mendaki seawal jam 4.00 pagi semata-mata ingin melihat matahari terbit dari pandangan puncak bukit ini.

 

Broga Hill

Beberapa keping gambar saya berjaya ambil semasa mendaki Bukit Broga ini. Terkejar-kejar juga sebenar mendaki kerana ingin cepat sampai ke puncak bukit. Tapi saya memilih untuk mendaki secara santai dan memastikan isteri juga sampai ke puncak bukit bersama.

Pendakian di Broga Hill ini tidak memerlukan tenaga yang banyak cuma  perlukan semangat dan azam. Tidak seperti mendaki gunung anda harus berjiwa kental, berstamina dan fizikal yang kuat. Ada kanak-kanak yang mampu sampai ke puncak dan ada juga wanita berjubah mampu naik ke atas. Lebih mengagumkan lagi ada atuk dan nenek berjalan perlahan-lahan sehingga ke atas.

 

Jadikan Persahabatan Tiada Sempadan

Broga Hill

Jika kita sertai program pertandingan dalam minda kita, kita telah setkan bahawa “aku mesti menang”, “aku boleh menang” dan mungkin juga “aku mesti kalahkan mereka”.

Tapi bagi program mendaki ini sedikit sebanyak berjaya mendidik dalam diri peserta erti perkataan kita berbanding aku atau diri sendiri.

“Kami mesti sampai ke puncak”, “kami boleh” dan “kami mampu lakukannya”.

Kepada yang belum pernah mendaki bukit ini bolehlah mencubanya sekali. Pergilah ramai-ramai dengan kawan-kawan supaya kita dapat rasai keindahan alam dan ciptaanNya.

Broga Hill

Terima kasih kepada yang telah menyertai, terima kasih kepada yang telah hadir dan terima kasih kepada semua kakitangan gerak usaha bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!