Blogspot VS Selfhosted WordPress ORG

Rasa rasanya perbezaan antara pemasangan blog percuma dengan berbayar atau pun selfhosted wordpress ni tak perlu di banding bandingkan sangat, sebab memang sudah ternyata banyak kelebihannya kalau kita dapatkan blog yang berbayar.

Contoh Blog Percuma Dan Yang Tidak

Blog percuma ialah seperti domainnya ada blogspot.com atau pun wordpress.com, atau pun daripada weebly juga.

Kalau anda menggunakan blog percuma ni, seperti contoh anda buat blogspot nama namasaya.blogspot.com ia ibarat seperti anda ‘meminjam’ domain utama iaitu blogspot.com.

Sebaliknya kalau dengan yang berbayar ia akan seperti blog KhairulZamri.com ini lah.

Dot com atau pun dot org atau pun dot net.

Dot org biasa digunakan untuk badan yang none profit. Dot net pula…erm ntah lah, saya pun tak tahu…

Dot info pula, biasa digunakan oleh spammer.

Dan dot com, adalah antara domain extension yang paling terbaik untuk di pilih.

Baik lah, itu yang asasnya, kalau kita berbayar akan boleh letak apa sahaja nama sebagai domain. Kalau percuma, hanya boleh ubah separuh sahaja, lagi separuh perkataan iaitu blogspot mesti digunakan sebab kita pinjam hosting orang lain kan.

Sebelum kita pergi lebih detail.

 

Adakah Blog Percuma Lebih Mesra SEO dari Selfhosted WordPress?

Blogspot VS Selfhosted WordPress ORG

Jawapannya, TIDAK

Adakah sebaliknya, pun tidak juga…

OK ke tak SEO tu bergantung kepada webmaster nya. Kalau pandai main, ok lah result nya. Kalau tak, tak juga.

Walaupun blogspot atau blogger kepunyaan Google, saya masih lagi yakin yang belum tentu blogspot lebih mudah untuk ranking di Search Engine Google.

Kalau sama, kenapa perlu pilih yang berbayar kan.

Kalau nak dibezakan lah, lebih kurang macam ni lah.

Katakan anda sedang setting SEO untuk blogspot, dan stepnya mungkin 1 2 3 4, satu satu sampai 10.

Tapi kalau blog berbayar. Step untuk setting, mungkin 1, tiba tiba sudah jadi 5. Dan terus 10

Hah macam mana tu, ibaratnya setting SEO kita lebih cepat dan lebih mudah.

Dan juga, kita pun tahu, faktor SEO ada 200 perkara, katakan dari blogspot, rasanya tak mampu untuk setting sampai sebanyak mana yang blog berbayar boleh buat.

Sebab? Ia limited. Bukan kita sendiri punya, jadi tindak tanduk apa yang kita buat tu semuanya ada regulasinya. Tak boleh nak lebih lebih. Kalau lebih lebih, ntah ntah kena blog dan terus tak boleh guna.

Menurut post dari Guardian, dalam tahun 2010 Google ada shutdown music tanpa warning. Tak pasti lah celah mana yang diorang sudah violate. Yang pasti, kuat ke tak violation tu, anda kata Google boleh detect, hati hati lah ye.

Ok, rasanya kita dah pergi ke faktor pertama dah tu. Blog percuma ni bukan kita punya, jadi kalau nak di shutdown oleh Google, putih mata lah jadi nya.

Seterusnya.

 

Blog Anda Akan Lebih Menarik

Blogspot VS Selfhosted WordPress ORG

Blog yang menarik, susun rapi, penggunaan warna sesuai. Theme yang cantik, memang akan nampak lebih professional dan akan buat orang tertarik untuk lepaking.

Berbanding dengan blogspot yang tampak macam 2 3 page sahaja.

Template atau bentuk rupa blog anda pun terhad. Tukar macam mana pun tetap nampak macam page yang 1 2 yang simple sahaja.

Berbanding dengan blog berbayar ni, nampak sikit elegantnya. Saya pun tak reti nak eksperisikan macam mana.

Atau pun, cuma tengok list template percuma dari ColorLib ni.

Memang akan nampak macam 3 4 keping je.

Berbanding dengan theme wordpress yang ni. Jauh lebih jauh cantik. Nak lebih cantik, cari lah yang premium.

Susah tidak nak tukar theme?

Senang sahaja, di bawah adalah dashboard nya, di bahagian tepi, pilih Appearance dan seterusnya theme. Kat box tepi tu saya ada tulis ‘beautiful’ contoh nya. Atau pun dekat Google search anda taip sahaja apa apa keyword yang anda suka untuk cari theme yang sesuai. Lepas tu, click kan ia dan activate sahaja.

Antara kata kuncinya mungkin:

Best clean and simple wordpress theme

SEO friendly wordpress theme

Clean and fast wordpress

Elegant look wordpress theme.

Pendek kata, apa sahaja ciri ciri yang anda nak, pasti akan jumpa. Kalau tak jumpa, tinggalkan komen di bawah. Kita cari sama sama.

Hah lagi satu, ini kelebihan yang paling penting bila beli theme yang premium.

Kebiasaannya yang premium akan ada theme options.

Seperti di bawah untuk cari nya.

Dan di bawah pula rupa theme options nya:

Kalau anda lihat kat atas tu, ia memudahkan untuk setting SEO kita in single shot. Kitanya ibarat semuanya kat di sini.

Susah juga kalau saya nak share satu satu kan. So saya share satu sahaja lah, kalau perhatikan tab ad management atas tu, itu lebih kepada nak letak Google Analytics code supaya ia akan detect visitors yang datang. Boleh juga untuk letak Google Adsense kot untuk setiap page di situ.

Anda juga boleh upload gambar favicon dan juga header di sini juga. Nanti akan ada siap terpampang kat header.

 

Yang Berbayar ni ada Plugins

Blogspot VS Selfhosted WordPress ORG

Dalam guna blog berbayar ni, feature yang paling disuka orang ramai ialah plugin.

Plugin ni membantu webmaster untuk buat sesuatu pada blog. Baik dari segi mencantikkan blog, sampai ke untuk optimize SEO blog, sampai ke nak set bayaran payment pun boleh.

Antara plugin yang tersangat popular ialah.

Yoast SEO – Plugin ni boleh kata semua orang akan guna. Ia untuk kita setting SEO.

Selain tu, Smush it – ini untuk gambar yang upload pada blog kita. Biasalah, gambar kan akan buat blog slow. So smush it ni akan squeeze kan image tersebut untuk buat page kita lebih laju.

Total Cache – Ini pula untuk buatkan blog kita lebih laju speednya

Apa pula kata Matt Cutts?

Mat Cutts ni keje dengan Google, jaga bahagian security. Ada juga orang tanya antara wordpress dengan blogspot mana yang lebih baik SEO.

Jawapannya, macam saya cakap tadi, bukan itu penentunya, kalau faham bagaimana SEO itu betul betul berfungsi. Tak kesah pun mana satu. Cuma idea post ini sekarang saya cuma nak share, kalau anda guna wordpress ia akan lebih flexible dan boleh kata boleh customize almost everything.

Ok lah, tengok video dari Matt Cutts dulu.

Mana yang preview video atas ni, Matt Cutts sendiri guna wordpress. Dan blog beliau ialah https://www.mattcutts.com/blog/.

Ok, sekarang, apa kata kita check plugin apa pula yang Matt Cutts guna di blog wordpress nya.

Dengan menggunakan tool dari BuiltWith

Jangan expect apa sangat kat blog dia. Simple sesangat. Mungkin sebab dia tak perlu cantik cantikkan blognya kan. Sebab dah keje dengan Google, nak tak nak kita mesti baca post blog dia juga untuk update latest SEO ranking factor juga.

BuiltWith juga sangat berguna untuk menilai kekuatan SEO competitor anda juga.

Sebelum kita pergi ke point seterusnya, ada lagi satu plugin yang popular juga, iaitu Pretty Link.

Plugin pretty link sesuai untuk kita track link yang di click oleh visitor. Seperti contoh bit.ly dan Link.my lah kan. Tapi kita akan rasa lebih mudah pakai Pretty Link sebab ia sudah memang tertera di dashboard wordpress kan.

Contoh di bawah..

Anda boleh set berapa banyak link untuk track user click, untuk kes yang saya atas ni 4 link sahaja.

Dan di bawah pula adalah analiticsnya.

Tak ada lah bagus sangat sebab kita tiada data untuk page kalau tak silap. So untuk detect conversion per click mungkin kene bantuan Google Analytics juga.

Support

Seterusnya SUPPORT.

Cuba email Google, ngadu pasal ada problem di Blospot. Agak agak dia balas tak?

Besar kemungkinan tak. Tapi betul juga blogspot pun jarang problem kan.

Tapi kalau anda masalah wordpress yang semamangnya ada problem, kebanyakannya bukan sebab masalah dari wordpress, tapi kita sendiri yang tak tahu nak setting macam mana. Tapi insyaAllah webhosting company akan tolong. Tambah lagi kalau masalah hack..

Sebut pasal HACK HACK ni.

Ada juga plugin yang sesuai untuk security.

Kalau guna blog percuma seperti blogspot, memang tak perlu risau sangat tentang security. Sebab Google dah setelkan, tapi yang wordpress ni agak bahaya juga sebab tak ramai yang tahu macam nak buatkan blog lebih selamat.

Tapi dengan adanya plugin, senang sahaja. Install dan activate sahaja plugin dari Sucuri dan Wordfence

Antara feature yang terbaik plugin security ialah ia boleh detect berapa failed attempt.

Kalau siapa yang hack hack ni, sebenarnya diorang tak tahu password pun.

So diorang akan ada satu software yang teka apa password nya.

Kiranya nanti system tu akan try password yang simple macam, ‘wordpress123’, admin123 apa apa lah yang simple.

Itu sebab password ni kena buat yang susah untuk system teka.

Seperti contoh  UsCc@taZnHc6

Macam mana pula saya tahu, hacker guna password wordpress123 tu? Dari plugin security juga, dia akan rekod, apa password yang diorang guna, IP dari mana, negara mana.

Ah, negara mana tu kan siap ada yang boleh block terus lagi satu negara tak boleh view. Seperti contoh negara yang macam negro negro tu. Saya lupa mana satu. Memang kena block terus semua.

Dan, macam macam lagi. Andai kata anda nak buat sesuatu dengan blog anda kan. Tak kesah lah sepelek mana pun, tinggalkan komen nanti kita cari sama sama. InsyaAllah ada, kalau tak ada, Minta maaf la yer

Pendek kata, wordpress ni ada banyak flexibility, kita boleh customize almost everything.

Baik lah, itu saja.

Terima kasih kepada saudara Khairul sebab sudi terima guest post ni juga.

Sekian dahulu, nama saya Syed, dari SEOCarabaik.com

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

23 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!