Blogging is a Team Sport

Blogging is a Team Sport

Blogging is a Team Sport why? Why not blogging is a team work? I bet there must be something hiding behind the title and you should read whole the post before you judge the meaning of it.

Blogging juga menjadi satu bentuk terlalu subjektif apabila mempunyai berbagai cabang pada hari ini, namun spesifikasi sesebuah blog itu mampu melonjakkan ia berada ke hadapan dari kalangan yang banyak itu.

Pernah dibicarakan tentang trafik, komen dan juga gaya penulisan dalam blog sangat memainkan peranan yang asas dalam membina sesebuah blog terutama bagi mereka yang ingin terus ke depan dan akhirnya meraih pendapatan daripada blog.

Blogging is a Team Sport

Blogging is a Team Sport sebuah platform terbaik buat kita jika ingin menjadikan blog sebagai satu sumber pendapatan daripada secara tidak langsung kepada secara langsung kita jika teruskan usaha dan istiqamah dalam usaha kita.

Lebih popular lagi hari ini pendapatan duit dari blog semakin menjadi-jadi di kalangan blogger hari demi hari kerana dalam menerima rezeki dan pendapatan itu tiada had limit, siapa yang berusaha pasti dia yang berjaya.

Jadi tepuk dada tanya diri sendiri sampai bila kita mahu lihat blogger meraih pendapatan dan di kala itu kita hanya mampu mengucapkan tahniah kepada mereka?

Blogging Bukan Perkara Mudah

Blogging is a Team Sport

Blogging dan memiliki sebuah blog adalah sesuatu yang berbeza harus kita sedari. Tak bermakna anda memiliki sebuah blog adalah bermakna anda seorang seorang blogger.

Perjalanan menuju dan memilik sebuah blog yang berjaya adalah bukan suatu yang amat mudah.

Ia ibarat sebuah ramuan yang perlu kita campur adukkan dengan cara dan tunjuk ajar yang betul.

Begitu juga dalam dunia blog, untuk menaikkan sebuah blog kita perlukan lakukan berbagai dan pelbagai cara supaya penjenamaan atau branding yang kita bawa tersebut betul-betul mempunyai originaliti yang sah.

Saya sendiri juga masih dalam proses belajar dan setakat hari ini juga saya akui ianya bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi kita mahu bersama satu baris dengan mereka yang telah berjaya, mengatasi media-media pro dan beberapa lagi sumber yang telah lama bertapak.

Peluang Buat Duit Dengan Blog

Ya, peluang itu takkan datang bergolek kita perlu carinya tak kira dengan apa cara sekali pun.

Namun cara yang terbaik jika kita punyai segerombolan mereka yang sehala dan setujuan dengan kita atau lebih mudah yang sama kepala dengan kita.

Matlamat untuk buat duit dengan blog, jadi ke arah mana kita melangkah untuk mendapatkan duit dari blog?

Bahayanya jika kita sendiri dalam dunia blog adalah kita lebih mudah membuat keputusan sendiri tanpa soal selidik daripada pendapat dan pengalaman blogger yang lama.

Ramai yang sudah tertipu dengan berbagai panduan yang terjual di laman-laman internet menjanjikan hasil yang terbaik.

Namun kita tak boleh 100% menyalahkan mereka, formula mereka bina mungkin betul namun adakah kita ikutnya 100% dan berterusan atau sekerat jalan?

Lets Work As A Team!

Tidak kira baru atau lama hebat atau tidak berada dalam kumpulan adalah mampu menghasilkan yang terbaik.

Ramai yang menutup blog selepas setahun menulis kerana tidak mendapat apa-apa hasil daripada blog. Adakah kita berada di kalangan mereka yang betul?

Mengapa kita tidak bersama mereka yang telah berjaya?

Mengapa kita tidak cuba mendekati mereka yang telah berjaya?

Mengapa kita tidak mahu ikut apa yang mereka telah lakukan?

Jika anda di kalangan “mereka yang sendiri” maka jalannya adalah sama pengakhirannya juga tetap sama.

Bekerja dalam kumpulan walau mendapat hasil yang sedikit tapi berterusan adalah lebih baik daripada tidak mendapat apa-apa.

 

Which Team is Awesome?

Pilihan di tangan kita, buang sikap dan pemikiran lama kita tapi minda positif adalah minda yang sentiasa ingin mencuba.

Bantuan untuk membuat duit secara online pasti akan ditunjukkan.

Tidak dapat beribu-ribu sedikit pun memadai sekurang-kurangnya kita mampu bayar broadband atau internet bulanan kita. Betul tak?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

34 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!