• Home
  • /
  • Contest
  • /
  • Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri Dan Income Yang Khairul Zamri Impikan Dari Bisnes Online
Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri Dan Income Yang Khairul Zamri Impikan Dari Bisnes Online

Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri Dan Income Yang Khairul Zamri Impikan Dari Bisnes Online

Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri Dan Income Yang Khairul Zamri Impikan Dari Bisnes Online – bukan kemain panjang tajuk penulisan kali ini  dan apa yang saya lihat di sini ialah mempunyai dua bahagian iaitu bisnes online pilihan saya dan income yang saya impikan daripada bisnes online ini.

Bercakap tentang bisnes Online sudah ramai hari ini hebat dan pro dalam perniagaan secara atas talian ini, rasa kerdil sedikit diri ini ingin membicarakan tentang bisnes online ini.

Apa pun penulisan yang cuba kita ketengahkan kita tetap perlu berhati-hati kerana hati pembaca mempunyai berbagai cita rasa tersendiri, mungkin ada yang boleh menerima pandangan kita dan mungkin ada yang tidak dapat menerima penulisan kita.

Bisnes Online Pilihan Saya

Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri Dan Income Yang Khairul Zamri Impikan Dari Bisnes Online

Sebut saja Bisnes Online ramai yang sedang cuba meledakkan pemasaran mereka dengan berbagai cara untuk meningkatkan hasil jualan dan pendapatan.

Bisnes Online sudah semestinya tidak tertumpu hanya pada jualan produk sendiri semata-mata, namun ia juga mempunyai beberapa variasi yang turut menjadi idaman ramai untuk mendapatkan hasil yang lumayan.

Antara beberapa Bisnes Online yang menjadi pilihan saya ialah:

  • Jualan produk secara sederhana tapi berterusan
  • Jualan produk secara besar-besaran tetapi berkala
  • Jualan produk secara kecil-kecilan tapi hanya sekali

3 Jenis Bisnes Online ini sebenarnya harus kena pada sasaran dan targetnya tersendiri. Saya pernah melakukan bisnes online sekitar tahun 2012 iaitu dengan menggunakan jualan produk secara kecil-kecilan tapi hanya sekali.

Ini sangat bermanfaat bagi produk yang baru naik atau baru keluar, sebagai seorang yang menjalankan bisnes online kita harus lebih ke depan berbanding yang lain bak kata “barang baru keluar kita sudah ada banyak stok dan jual”.

Bisnes Online Perlu Lebih Up to Date

Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri Dan Income Yang Khairul Zamri Impikan Dari Bisnes Online

Tidak kisah cabang mana sekali pun kita melakukan bisnes online, namun bisnes online  yang lebih up to date saya lebih gemar kerana ia akan menghasilkan satu “fresh mart” kepada pelanggan.

Bagaimana ciri-ciri bisnes online yang up to date ini adalah seperti lebih terdahulu mendahului jualan di talian sebelum produk dikeluarkan di stokis-stokis luar.

Ciri-ciri penggayaan produk juga bagi saya harus kelihatan dan sesuai untuk mereka masa kini dan ini termasuklah corak pembungkusan, warna dan beberapa lagi faktor penting yang menjadi kunci penting buat sesetengah mereka menguasai pasaran bisnes online ini.

Setiap orang  mempunyai pandangan dan kesesuaian tersendiri dalam menjalankan bisnes online, jadi tidak mungkin ada gaya yang sama dapat di terima oleh semua orang.

Mungkin ada orang lebih suka buat bisnes online secara satu tempat sahaja dan manakala sesetengah orang lain suka meledakkan bisnes mereka merata-rata dalam internet.

Income Yang Impikan Dari Bisnes Online

Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri Dan Income Yang Khairul Zamri Impikan Dari Bisnes Online

Income yang saya impikan daripada bisnes online tidaklah terlalu tinggi selaku seorang yang baru terjun dalam bidang online ini.

Tidak perlu di targetkan terlalu lebih tinggi tapi bagi saya adalah lebih baik dan cukup income itu lebih konsisten dan sentiasa ada.

Keuntungan serta hasil jualan sentiasa ada sudah sangat memadai kerana mampu memberikan keuntungan secara total kepada kita pada penghujung bulan atau tahun.

Mungkin buat peniaga bisnes online sendiri anda boleh tanya diri anda sendiri sama ada anda mahukan keuntungan sekali atau keuntungan berkali-kali?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

33 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!