• Home
  • /
  • Contest
  • /
  • Bisnes Online Menurut Pandangan Khairul Zamri
Bisnes Online Menurut Pandangan Khairul Zamri

Bisnes Online Menurut Pandangan Khairul Zamri

Bisnes Online menurut pandangan saya sungguh sekali janggal sebenarnya saya berbicara tentang perniagaan online sebegini. Namun hari ini bukan lagi satu keasingan bagi seorang yang sentiasa dengan talin internet berbicara tentang sebuah perniagaan online sebegini.

Bisnes Online – sangat popular hari ini jika kita lihat sahaja pada halaman utama Facebook kita akan mendapati disebalik post status rakan-rakan kita maka terdapat juga beberapa iklan atau perniagaan online.

Bukan senang untuk anda bertapak di dalam dunia business online tanpa dengan sebarang plan dan matlamat yang kukuh.

Bisnes Online Menurut Pandangan Saya

Bisnes Online lebih popular hari ini perniagaan Facebook, perniagaan menggunakan internet malah tidak ketinggalan juga perniagaan menggunakan mini-site dan blog.

Perniagaan secara online ini sebenarnya dilihat perlu kepada satu teknik yang khas serta pengurusan yang sistematik.

Pengurusan Bisnes Online perlu kemas dan teratur bermulanya dengan perancangan sebelum anda mempunyai sebarang bahan jualan lagi.

Bagi saya pengurusan Bisnes Online mempunyai 3 fasa utama iaitu Plan Perancangan Bisnes Online, Plan Tindakan Bisnes Online dan Pemasaran Bisnes Online.

Kegagalan dalam mengaplikasi aspek utama tidak akan memberikan kejayaan dalam bisnes online.

Bisnes online memerlukan suatu usaha dan gerak daya yang lebih dan berterusan sehinggakan ia akan menjadi ‘auto-pilot’ dan sentiasa memberikan pendapatan lumayan kepada kita.

Ia juga memerlukan satu gerak usaha yang berpanjangan dan berterusan kerana dalam masa yang singkat “branding” bisnes online tidak cukup kukuh berbanding mengambil masa yang lama.

Plan Perancangan Bisnes Online

Bisnes Online Menurut Pandangan Khairul Zamri

Kenapa perlunya plan perancangan Bisnes?

Plan perancangan bisnes lebih tertumpu kepada sebuah dokumen bagi menjelaskan lebih terperinci mengenai bisnes yang akan dilaksanakan secara menyeluruh dengan kehadiran beberapa aspek seperti kertas kerja, cadangan perniagaan, sistem pengurusan kewangan, misi dan visi serta target prospek.

Matlamat serta objektif utama perlu miliki plan perancangan bisnes online:

  • Satu skop medium bagi peniaga bisnes online untuk melihat aspek perniagaan secara kritikal dan praktikal.
  • Ujikaji dan jangkauan sejauh mana bisnes online kita mampu pergi “jauh atau tidak”.
  • Sebagai satu garis panduan asas kepada kita dalam melaksanakan bisnes online agar tidak tersasar.
  • Pengagihan sumber serta sistem bisnes online kita secara terperinci dan teratur.

Sebenarnya tidak jauh beza bisnes online dengan tidak bisnes online. Bisness ini lebih tertumpu kepada sebuah sistem yang kita bina dengan ilmu dan teknik yang bersesuaian serta skil komunikasi kita dengan pelanggan dalam menyakinkan mereka memberi servis kita.

Plan Tindakan Bisnes Online

Bisnes Online Menurut Pandangan Khairul Zamri

Sesudah merancang pastinya perlu ada plan tindakan bukan menunggu dan terus menunggu ia terlaksana sendiri.

Dalam proses pelaksanaan plan tindakan bisnes online ramai yang berada dalam ketakutan kerana disini berlakunya proses mentransformasikan plan bisnes online anda daripada atas kertas kepada realiti “working condition“.

Reid and Sanders defined operations management is the business function that plans, coordinates, and control the resources needed to produce a company’s products and services…”

Dalam plan tindakan bisnes online kita perlu tekankan beberapa aspek seperti:

  • Cara pengenalan produk kita kepada umum
  • Target pasaran atau golongan sasaran iaitu populariti produk terhadap golongan sasar mengikut tahap umur
  • Ramalan jualan produk busines online – iaitu purata jualan seharian, seminggu, sebulan
  • Strategi pemasaran dan bajet pemasaran

 

Pemasaran Bisnes Online

Bagi saya inilah bahagian penentu kejayaan atau kegagalan terhadap kedua-dua plan perancangan dan plan tindakan bisnes online sesetengah orang.

Sesetengah daripada kita silap apabila tidak mengasingkan plan pemasaran daripada plan tindakan, ini kerana plan pemasaran perlu diberikan perhatian dan tindakan yang khusus.

Kesilapan dalam tagert pemasaran dan kesilapan pengiraan bajet untuk pemasaran membuatkan kita bisnes online kita rugi tanpa sebarang penjualan produk.

Siapa pun yang menjalankan bisnes online harus menggunakan plan pemasaran yang bijak, kerana walau hebat sekali pun plan perancangan dan plan tindakan kita jika pemasaran kita tidak kemas bisness online kita tidak mampu berkembang jauh.

Penulisan ini adalah mengikut pandangan saya daripada pengamatan saya dan kursus yang saya ikuti sewaktu pengajian saya.

Jika anda punyai pandangan anda sendiri saya alu-alukan kongsi diruangan komen.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

40 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!