Bermula Kerja Hari Selasa

Bermula Kerja Hari Selasa

 

Ya minggu ini satu bonus buat saya bekerja bermula hari Selasa sebab isnin mengalami keracunan makanan. Maaf bukan Monday Blues hehe mana tidaknya tengah semangat siap-siap baru pergi kerja perut umpama mahu meletup dan pecah seksa di pagi hari.

Jadi apa lagi terpaksa menuju ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan ubat dan surat cuti. Seperti biasalah kalau klinik kerajaan dua proses perlu lepas sebelum dapat jumpa doktor.

Proses pendaftaran sahaja sudah memakan masa hampir sejam!

Kaunter yang disediakan hampir 10 kaunter namun yang dibuka hanya 2 memanglah ramai dah sesak orang beratur dan menunggu.

Maka menjadi kelebihan sedikit apabila mempunyai internet data sendiri di telefon maka dapatlah online seketika dan bermain beberapa permainan di telefon jadi tidaklah merasa bosan menunggu.

Selepas sejam proses menunggu giliran berjumpa dengan doktor, nak tak nak perkara sama juga perlu dilakukan supaya tidak rasa bosan menunggu.

Sakit kita sakit lagi pak cik mak cik dan kanak-kanak yang lain jadi ini berjaya memupuk nilai kesabaran kita menanti giliran walaupun hampir 2 jam lamanya.

Bermula Kerja Hari Selasa

Ya, bermula kerja hari Selasa satu perkara mencabar kerana saya cuti sakit bukannya cuti umum. Ini bermakna kerja-kerja tanggungan saya yang semalam sudah tertangguh hari ini.

Sudah pasti tiada orang akan tolong buatkan memandangkan setiap orang sibuk dengan tugasan masing-masing.

Apa lagi hari ini terpaksa galas kerja tertangguh dengan kerja yang bertimbun-timbun.

Mungkin anda perna rasa perkara sebegini bukan? Kita cuti tak ada orang tolong buatkan kerja kita kerana bagi mereka “kerja kau, kau siapkanlah”. Hehe sekadar berkongsi tiada marah tidak tidak puas hati.

Selamat bekerja semua 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!