Bermula Kerja Hari Khamis

Bermula Kerja Hari Khamis

Sekara sepintas lalu kita pun tahu masa memang cepat berlalu sekarang ini, rasa baru sahaja cuti tapi pejam pelik cuti sudah habis dan kini mula bekerja kembali. Selamat kembali warga kota semua dan selamat bekerja kembali dengan penuh kesungguhan agar ada keberkatan setiap hasil titik peluh kita.

Ya, hari ini saya baru memulakan kerja setelah bercuti sejak Ahad lagi balik ke rumah tengok wajah mak dan ayah, makan masakan mak memang tidak menjemukan.

Seperti biasa sekali balik makan masakan mak mesti berpinggan-pinggan tambah sebab jarang-jarang dah balik rumah maklumlah kita semakin meningkat umur semakin banyak benda perlu dikejarkan dalam satu masa.

Blog juga perlu dikejarkan secara berhemah. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang tidak putus-putus komen walau sedang bercuti hari raya. Raya pun update blog kan? Haha

Ok jom bekerja, petang ini balas semua kunjungan rakan-rakan – Selamat bekerja esok Jumaat 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

12 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!