Belimbing dan Zaman Kanak-Kanak

Belimbing dan Zaman Kanak-Kanak

Belimbing dan zaman kanak-kanak seiringan menjadi ingatan walaupun dah lama berlalu. Zaman kanak-kanak adalah zaman sangat menarik dan meriangkan biarpun ada pahit dan manis juga.

Belimbing dan zaman kanak-kanak

Belimbing dan Zaman Kanak-Kanak

Zaman kanak-kanak walau berlaku sekitar 10 tahun lebih, ia cukup memberi impak yang mendalam buat kita, kan? Banyak kenangan jika diingat kembali, bagaimana diri anda masa itu macam-macam jenis ada.

Bukan saja-saja teringat zaman kanak-kanak sebenarnya, masa tengah enak makan belimbing  dan dalam banyak-banyak belimbing tu ada satu belimbing yang rasanya sama masa saya makan waktu zaman kanak-kanak dulu sebab itulah tercetus tentang belimbing dan zaman kanak-kanak.

Sejarah Silam

Sejarah silam pada zaman kanak-kanak sangat banyak kalau nak ceritakan, kawan masa kanak-kanak dan hari ini tidak sama. Jarang sekali ada orang dapat berkawan dan bersama sampailah naik jinjang pelamin saya pun ada merasa seru semakin dekat ni, haha.

Waktu kecil dulu, sekitar darjah 2 atau 3 begitu seingat sayalah berkawan dengan kawan belakang rumah dan jadi macam genglah bukan gengster. Kemana saja dia pergi dia mesti ajak saya, tak kira tangkap ikan ke, main guli ke, mandi sungai ke, panjat pokok ke dan banyak lagi.

Masa kecil memang saya seorang yang nakal, masa itu ada sekolah memandu di kampung saya dan disitulah ada pokok belimbing. Saya dan kawan-kawan saya akan kayuh basikal ke sana dan bermain-main di kawasan orang buat lesen itu. Ada bahagian moto kami berlawan untuk siapa tidak jatuh melalui titi batu dan lalu laluan berkuda. Masa itu tak kira panas terik ke tak mesti bermain juga  kat lua.

Mak selalu bebel dan marah sebab selalu pergi berjalan-jalan, apatah lagi rotan itu sudah terbiasa sebagai hukuman bila sehari suntuk pergi jalan-jalan. Ok selepas bermain-main di situ maka kami berpindah pula ke kawasan belajar kereta naik bukit elak palang parking dan macam-macam lagi.

Bila dah penat itu barulah kami panjat pokok belimbing dekat sebelah pagar kawasan belajar memandu itu.

Bayangkan tengah panas-panas keletihan, panjat pokok dan makan belimbing. Air belimbing sangat menyelerakan dan banyak biji juga masa itu kami makan, abang dan adik pun ada sekali – geng kuat berjalan. Tuan punya pokok cakap apa? Dia langsung buat tak tahu padahal kami datang makan hari-hari, ibarat tempat hentian kami untuk hilangkan dahaga sekejap kalau penat berjalan-jalan ke tempat lain.

Bukan setakat ambil dan makan, tapi kami lepak lagi atas pokok itu lama juga sampai rasa puas makan belimbing. Bila diingat kembali, rasa tidak patut buat begitu, huhu.

Imbasan dan Kenangan Belimbing

Inilah imbasan saya mengenai zaman kanak-kanak kerana dalam makan banyak-banyak buah belimbing itu, salah satu buah belimbing itu mengingatkan saya zaman kanak-kanak. Sudah pasti saya tidak dapat nyatakan bagaimana rasa yang boleh buat ingatkan zaman silam, melainkan anda ada bersama saya menikmati belimbing.

Terima kasih sudi membaca.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

14 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!