Bekerja Untuk Diri Anda

Golongan muda hari ini haruslah bekerja untuk diri anda sendiri. Sedarlah bahawa pekerjaan yang anda galas hari ini penting untuk hidup anda. Tak ramai yang merasakan kerja itu satu tanggungjawab sepenuhnya. Masih ramai lagi graduan yang diluar sana mendapat ijazah dalam bidang masing-masing namun tidak mendapat peluang pekerjaan yang diidamkan.

Kita tak perlu statistik kadar pengangguran daripada pihak kerajaan. Kita juga tidak perlu tunggu pihak berkecuali membuat bancian umum terhadap kadar pengangguran hari ini. Cukup kita lihat sekeliling hidup kita ramai yang ternanti-nanti peluang kerja.

Kita percaya ramai yang selepas tamat belajar tidak menulis resume yang mantap dan SMART untuk menarik perhatian para majikan diluar sana. Dan pelbagai lagi ragam fresh graduate dalam pemilihan kerjaya. Ada yang hanya ingin kerja mudah tapi berharap gaji yang tinggi menggunung. Imaginasi dan harapan anda itu sememangnya dogeng sahaja! Bermulalah dari bawah dengan tertib.

 

Untuk Apa Kita Bekerja

Antara perkara yang saya tak dapat lupakan dan akan sentiasa jawab. Apabila rakan-rakan bertanya apa yang kau mahukan untuk hidup kau? Rasanya soalan ini juga harus kita tanya pada diri kita setiap hari sebelum pergi kerja. Untuk apa kita bekerja hari ini? Hasil dan rezeki yang diperolehi dari pekerjaan pada hari ini akan digunakan untuk apa dan kemana? Sentiasalah berkata-kata dengan diri kita sendiri.

Ramai hari ini pergi kerja pagi dan balik kerja petang. Itulah rutin yang mereka rasakan takkan berubah. Inilah antara rutin bila kerja makan gaji dengan orang. Sewaktu bekerja masa 8 jam pula masih juga tidak betul-betul berkualiti.

Tak kira bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. Yang pertama dalam diri kita ialah niat dan harapan kita. Harapan kita terhadap hasil usaha dan rezeki dari kerja yang kita usahakan. Kita tidak boleh hanya sekadar mengikut arus dan seperti mereka yang lain. Sekali lagi tanya pada diri kita sendiri!

Bekerja Untuk Diri Anda

 

Ikhlas dan Rasa Bertanggungjawab Pada Kerja

Penulisan ini adalah secara umum dan sebagai perigatan juga kepada diri penulis. Saya lebih suka coretkan perkara sebegini kerana kelak saya boleh semak kembali. Kita harus ikhlas dan rasa bertanggungjawab atas kerja kita.

Jika seorang pekerja menjalankan kerja di tempat kerjanya, haruslah dia ingat jujur dan bertanggungjawab teras keberkatan rezeki. Perlu siapkan kerja dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Waktu bekerja selama 8 jam tak boleh gunaka 1 jam untuk duduk bersahaja. Perlu juga ingat jika dia tidak menyiapkan bahagian kerjanya akan mengganggu proses kerja orang lain.

Jika seorang peniaga menjalankan perniagaannya juga dia harus jujur dan bertanggungjawab atas perniagaannya. Kebersihan, ketelusan dalam menentukan harga jualan dan semua aspek perlulah bertanggungjawab. Antara salah satu tips ingin berjaya dalam perniagaan ialah kita ikhlas dalam menjalankan perniagaan. Dengan perniagaan yang kita jalankan ini akan mampu membantu orang lain yang memerlukan.

Semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan dapat. Memberi bukannya bermakna memberi wang dan makanan sahaja. Dalam situasi kerja kita harus sentiasa memberi antara satu sama lain. Memberi bantuan menyelesaikan masalah, memberi idea, memberi pandangan, memberikan tugasan yang sempurna dan terbaik. Allah S.W.T itu Maha Besar, Dia akan mengadili kita dengan sebaik-baik keadilan. Biarpun manusia gagal mengadili kita sebaiknya.

Jika kita ikhlas dan bertanggungjawab terhadap kerja kita, InsyaAllah suatu hari nanti kita akan dapat sesuatu yang lebih baik walaupun bukan dalam skop pekerjaan sekalipun.

 

Bekerja Untuk Diri Anda Sebaiknya

Ayuh kita ubah sikap kita hari ini. Sama ada anda bekerja makan gaji atau berniaga sekali pun bekerjalah untuk diri anda. Demi mempertingkatkan taraf hidup anda dan keluarga. Tanamkan dan azamkan dalam diri kita, setiap hari keluar bekerja adalah demi diri kita. Andai ada halangan dan ujian harus tabah dan bersabar menghadapinya.

Elakkan bekerja mencari kesalahan orang lain, mencaci maki dan mengumpat. Ia langsung takkan memberi keuntungan kepada diri dan prestasi kerja anda sendiri. Yang buruk kita simpan yang baik kita kenang.

Semuanya bermula dari diri kita sendiri, minda dan fikiran diri kitalah yang mengawal diri kita. Pastikan sikap kerjasama, tolong menolong, toleransi, konsistensi, efisen dan sentiasa memberi dijadikan sikap diri kita. InsyaAllah keberkatan rezeki sangat mahal akan diperolehi.

Wassalam,

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!