Balung Herbal Teh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, artikel Balung Herbal Teh ini sebenarnya sudah lama perlu dikeluarkan. Oleh kerana sibuk dengan komitmen lain artikel ini tersimpan lama dan dengan sedikit ubah suai akhirnya berjaya dipaparkan.

 

Balung Herbal Teh ini daripada syarikat Balung Natural Herbal Sdn Bhd. Asal usul wujudnya dengan sebuah ladang di Sabah dari tahun 1979. Balung juga merupakan satu nama tempat di kawasan utara daerah Tawau, Sabah. Lebih menarik lagi semua tanaman dan pokok herba ini subur di kawasan gunung berapi Utara Borneo, Malaysia.

Herbal Teh ini juga dihasilkan 100% tulen, semula jadi, bebas organik dan bahan tambahan, pengawet dan juga bahan pewarna. Ini menjadikan Balung Tea ini sangat menjaga mutu pengeluaran dan juga kualiti produk.

 

Jenis Balung Herbal Teh

Balung Herbal Teh ini mempunyai 3 jenis iaitu Teh Gaharu, Teh Misai Kucing dan Teh Serai yang mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan.

Balung Herbal Teh

 

Balung Agarwood Tea atau Teh Gaharu (Aquilaria Malaccensis)

Balung Herbal TehAgarawood Tea atau Teh Gaharu ini merupakan produk premium dan sangat jarang dihasilkan. Ia diperbuat dari daun pokok gaharu yang terkenal dan daripada kandungan senyawa yang baik dimiliki oleh daun gaharu sendiri. Dalam teh ini juga terdapat Genkwnin Glikosida.

Kandungannya teh ini juga mempunyai sebatian semula jadi yang bermanfaat untuk lelaki dan juga wanita. Ia juga mempunyai elemen seperti anti-penuaan serta baik untuk penjagaan kulit yang sihat. Teh Gaharu juga mampu menjadi penawar kepada toksin dalam tubuh dan dapat meningkatkan kadar metabolisme.

Rasanya yang halus dan sedikit manis menjadikan teh ini sesuai untuk diminum selepas makan malam. Teh ini sangat bagus kerana membuatkan kita dapat tidur dengan lena.

Berikut juga adalah kebaikan Teh Gaharu ini:

  • Anti-penuaan
  • Penjagaan kulit
  • Meningkatkan kadar metabolisme
  • Bebas kafein
  • Berfungsi sebagai detoksifikasi
  • 100% tulen dan organik
  • Ditanam menggunakan kaedah pertanian mampan
  • Alternatif eksotik untuk teh herba tradisional
  • Julap ringan dan tiada kesan sampingan

 

Balung Java Tea atau Misai Kucing (Ortosiphon Stamineus)

Balung Herbal TehJava Teh ini terkenal dengan bunga yang halus, putih dan biru iaitu kelihatan seperti misai kucing. Daunnya mengandungi lebih nutrien yang dapat meningkatkan kesihatan. Ia juga membantu mengeluarkan air yang berlebihan, mengurangkan masalah kembung dan pembendungan air dalam badan melalui air kencing seperti kesembapan sebelum atau semasa datang haid.

Mengamalkan minum Herbal Teh sebegini mampu mengawal masalah berat badan secara tak langsung. Misai Kucing juga mengandungi kandugan saponin dan tanin pada daunnya boleh mengubati keputihan pada wanita.

Berikut adalah kebaikan Java Teh:

  • Mengawal masalah berat badan
  • Mengubati masalah keputihan
  • Sesuai untuk masalah batu karang dan gout
  • Diuretik ringan membantu masalah buah pinggan dan jangkitan saluran kencing
  • 100% tulen dan organik
  • Bebas kafein
  • Dikenali teh buah pinggang, Fleurs de barbiflore dan remujung

 

Balung Lemongrass Teh atau Teh Serai (Cymbopogon Citratus)

Balung Herbal TehLemongrass atau lebih dikenali secara umum sebagai Teh Serai, amat baik untuk mengurangkan berat badan. Herbal Teh ini juga mampu mengawal pembinaan selulit di badan dan juga melegakan masalah kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dari dalam badan. Serai mungkin secara umumnya kita ketahui ia digunakan untuk memasak.

Kebanyakan spa juga secara esklusif menggunakan serai bagi tujuan menenangkan. Ia juga lebih meluas digunakan untuk merawat jerawat dan bintik-bintik hitam di muka. Jadi untuk dalam skop ini serai digunakan sebagai minuman herba yang sihat.

Berikut merupakan kebaikan Lemongrass Teh ini:

  • Merawat jerawat dan bintik hitam
  • Mengurangkan berat badan
  • Mencegah selulit
  • Membantu masalah penghadaman
  • Membantu membuang toksin
  • 100% tulen dan organik
  • Boleh diminum panas atau sejuk
  • Bebas kafein

 

Cara Dapatkan Balung Herbal Teh

Jom kita sama-sama mulakan program hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan minuman kita hari ini. Untuk mendapatkan produk Balung Teh ini anda boleh hubungi:

  • WhatsApp: 013-333 5546
  • Hotline: 03-6211 2613

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

11 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!