• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Bagaimana Cara Mencari Sahabat Lama
Bagaimana Cara Mencari Sahabat Lama

Bagaimana Cara Mencari Sahabat Lama

Bagaimana cara mencari sahabat lama itu adalah merupakan kata kunci yang mula memasuki blog ini beberapa hari lepas, jadi rasa terdetik ingin mencoretkan sedikit tentang cara mencari sahabat lama ini kerana dalam masa yang sama dalam benak fikiran saya juga ada terfikir akan hal ini.

Kisah bermula pada zaman kecil-kecil dahulu dimana saya mempunyai seorang sahabat yang baik dan peramah orangnya tapi terputus hubungan begitu saja selepas dia berpindah rumah dan entah kemana sampai sekarang sudah tidak bertemu lagi, entah-entah dia ada di sekeliling ini cuma kita perasan kerana wajah ketika kecil berbeza dengan wajah ketika besar.

Ada rasa lebih kacak bila sudah dewasa bak kata orang muda-muda, hehe.

Bagaimana Cara Mencari Sahabat Lama


Bagaimana cara mencari sahabat lama sering saya terfikir semenjak saya kehilangan sahabat tersebut. Saya masih ingat pada waktu kecil sekitar umur 7 atau 8 tahun kalau tak silap.

Masa itu sekolah rendah sesi petang sebab tak cukup bangunan nak tampung semua sekolah pagi, sekolah kampung sebab tinggal dekat kampung kan.

Pada waktu pagi sebelum ke sekolah saya suka pergi rumah kawan yang sekampung pergi bermain-main. Main gulilah masa tu dan juga lompat tali (getah urat yang disambung-sambung panjang) dan beberapa lagi permainan dan lupa istilah dia dalam bahasa baku.

Sahabat saya ini namanya Farhan dan dia ada seorang adik perempuan, kami memang selalu bermain bertiga tapi tak banyak yang ingat pasal kenangan lama ini sebab masih kanak-kanak ketika itu.

Ingat lagi, masa itu telefon rumah baru pasang. Saya tak pernah tahu macam mana nak gunakan telefon ketika itu, si Farhan inilah yang buat panggilan ke rumah saya berborak-borak, borak apa masa itu dah lupa juga, haha.

Pada hari raya pula, sayalah orang pertama yang datang ke rumah dia masa itu. Lepas itu saya lupa apa lagi yang kami buat, bila difikir-fikirkan memang kelakarlah.

Kalau hari ini, saya diberikan kesempatan berjumpa dengan rakan saya ini yang bernama Farhan pasti kami akan ketawa terbahak-bahak lagi-lagi adik perempuan dia, haha.

Cara Mencari Sahabat Lama


Saya pun tidak pasti bagaimana ingin mencari sahabat saya ini sedangkan masa itu, dia pergi dan berpindah ke mana pun saya tidak tahu. Terputus komunikasi begitu saja, rumah yang dia dan keluarganya sewa dahulu masih ada sampai sekarang.

Zaman dulu tak ada Facebook macam sekarang ini. Mungkin cara ini anda yang sedang mencari sahabat lama juga boleh dipraktikkan:

  • Iklankan pencarian anda di dada akhbar lagi baik jika ada gambar.
  • Jejak Kasih di televisyen kalau siaran percuma semua orang mahu.
  • Jejak dan cari namanya di Facebook tapi tak semua orang gunakan nama asal.
  • Ingat kembali kata-kata akhirnya kemana dia akan berpindah.
  • Taip di Google nama sahabat yang dicari – tapi agar sukar cara ini.
  • Berdoalah kepada Allah SWT supaya dipertemukan suatu hari nanti.

Saya pun bingung bagaimana ingin mencari sahabat yang lama seperti kes saya ini, nombor telefon tidak ada, gambar tidak ada, nama penuh pun tak ingat, huhu.

Apa yang perlu, berjalanlah seperti biasa dalam kehidupan jika ada jodoh pasti ketemu nanti. Saya berharap sangat-sangat saya dapat berjumpa rakan saya bernama Farhan ini dan adiknya sekali walaupun hanya untuk seketika.

p/s: Lepas ini cuba cari dekat Facebook.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

31 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!