Back After Down

Back After Down

Welcome back – selepas mengalami kesesakan trafik tempoh hari berikutkan kelajuan lalu lintas yang amat pelik dengan view yang melonjak tinggi untuk beberapa entri, blog mengalami masalah bandwidth yang termakan lebih bulan Oktober ini.

Mengalami keadaan yang tak dijangkakan memang sukar kalau kita betul-betul tidak sedia. Seorang penulis bagi saya memang cukup risau kalau laman saya tetiba tidak dapat akses dan hadapi masalah.

Maka pihak hosting lah yang akan menjadi mangsa kelajuan emel masuk daripada saya bertubi-tubi supaya selesaikan segera.

Copy Paste Tidak Beretika

Anda memang seorang yang kurang ajar dan tidak menghormati hak orang lain, malah anda memang patut digelar sebagai pencuri yang teruk dan buruk.

Copy and Paste – itulah sikap pemilik-pemilik blog tidak punyai akal dan fikiran mencuri hasil penulisan orang lain.

Apa yang anda fikir:

  • Kongsi benda baik – lu dapat pahala
  • Benda baik perlu dikongsikan secara meluas

Terkadang kena fikir juga dengan apa yang kita jawab tu, pahala? Kita curi artikel dan penulisan orang lain sehingga menjejaskan sumber atau rezeki orang lain – berdosa ke boleh pahala?

Tidak kisahlah blog anda niche apa sekali pun – sekali anda mencuri anda tetap seorang pencuri!

Photo dan Bandwidth

Bila anda mencuri artikel 100% anda sudah mencuri hasil penulisan orang lain sedangkan orang yang menulisnya memerah otak sendiri untuk menghasilkan sesebuah entri.

Bila anda mencuri photo tanpa upload ke laman anda sendiri – anda sudah mencuri bandwith pemilik laman yang menggunakan hosting berbayar.

Tuan punya laman bayar untuk dapatkan hosting tapi anda mencuri untuk kesenangan anda sendiri padahal laman anda tersebut hanya laman percuma sahaja di bawah produk Google.

Bina Kandungan Blog Berkualiti

Bukan susah pun nak tulis blog tanpa menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain.

Tulis sahaja apa yang anda tahu dan tulis sentiasa menulis jangan sesekali salin penulisan orang lain dan kalau rasa betul-betul mahu letakkan blog anda di Google dan mendapat duit setiap bulan dapatkan segera Kitab Teknik SEO Merah Jambu supaya ada panduan yang betul dan jana pendapatan secara halal.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

19 Comments

error: Content is protected !!