April Is Busy in My Life

April Is Busy in My Life

Melangkah masuk bulan April yang kini ke sudah hampir ke pertengahan bulan rasa perlu lebih tumpuan dan fokus yang lebih tinggi. Saya bukanlah seorang yang mampu  mengejar semua perkara dalam seharian, maka dalam sehari ada juga kerja tertangguh. April ini terlalu sibuk berbanding bulan sebelum ini kerana bulan inilah bulan segalanya untuk disiap dan dihantar.

Antara Kesibukan April

April ini saya perlu kerja yang sangat kuat dan tidak boleh sesekali berputus asa.

April is busy in my life

April ini saya perlu hantar thesis projek tahun akhir saya, menduduki beberapa Test terakhir sebelum menghadapi final exam selepas pilihanraya nanti. Tidak kurang dengan itu juga akan melalui 2 presentation dalam 2 matapelajaran yang penting yang ini semua sudah siap tunggu masa saja mahu present.  Tidak terlepas juga aktiviti luar iaitu aktiviti bagi matapelajaran Management yang masih berbaki 3 lagi program luar.

Walaubagaimanapun tetap bersyukur kerana bulan april inilah juga dapat berpindah ke WordPress setelah lama fikirkan. Bulan ini sangat bermakna banyak yang baru tahu dan belajar selain daripada ilmu dekat kampus. Bulan ini juga boleh dikatakan pecah rekod sebab hari-hari lepak di perpustakaan, ada macam nerd sedikit haha.

Kalau nak ikutkan banyak nak tulis dan cerita dekat blog tapi tak berkesempatan sebab bersebablah. Doakan buat diri berjaya lalui bulan April ini dengan jayanya.

Hala Tuju Selepas Ini

Hala tuju selepas ini pasti lebih mencabar lagi nak hidup kena ada cabaran dan ujian, semoga dipermudahkan setiap urusan. Tamat saja bulan Mei nanti akan melangkah pula ke Latihan Industri dan insya-Allah kerja terus jika ada rezeki. Maka pergerakan selepas ini mungkin lebih aktif daripada sebelumnya. Insya-Allah.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

32 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!