• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Apply Kad Debit Maybank Secara Online

Apply Kad Debit Maybank Secara Online

Kita sentiasa kesuntukan masa untuk ke bank. Kebanyakan bank sangat sibuk dengan pelbagai urusan hari ini. Ada perkara kita hanya perlu tunggu 30 minit sahaja untuk selesai urusan bank. Ada juga yang terpaksa menunggu sehingga setengah hari barulah selesai urusan bank.

Kini ramai lagi yang masih berpusu-pusu ke bank dan mengambil masa berjam-jam. Hanya semata-mata ingin menukarkan Kad Debit bank. Rasa sangat rugi masa menunggu sekian lama untuk menyelesaikan hal sedemikian. Malah saban hari, ramai orang sudah tidak lagi minat dengan urusan kaunter yang perlu beratur berjam lamanya.

 

Kenapa Perlu Tukar Kad Debit Bank?

Sistem perbankan kini melihat penggunaan kad ATM atau lebih dikenali sebagai Debit Kad mendapat sambutan yang baik. Pembayaran kini lebih mudah di kaunter bayaran termasuklah pasaraya. Pasaraya kini kebanyakan menyediak pembayaran menggunakan Debit Kad di samping Kredit Kad.

Sekarang, pembayaran di kaunter-kaunter pembayaran dengan menggunakan Kad Debit memerlukan tanda tangan. Jadi Pengenalan Pin bakal dilaksanakan di seluruh sistem pembayaran domestik dengan menggunakan Kad Debit. Jadi Pin ini berfungi menggantikan tandatangan apabila membuat pembayaran. Ini mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.

 

Cara Apply Kad Debit Maybank Secara Online

Apply Kad Debit Maybank Secara Online

Untuk apply Kad Debit Maybank ini anda perlulah mempunyai akaun atau akses kepada Maybank2u. Jadi untuk apply ini anda perlu log in ke Maybank2u.com terlebih dahulu guna username dan password anda.

 Apply Kad Debit Maybank Secara Online

Setelah berjaya log in ke akaun Maybank2u anda. Terus klik pada bahagian “Replace Your Maybank Debit Card via M2u” untuk mengisi maklumat kad Debit anda.

 

Apply Kad Debit Maybank Secara Online

Setelah itu, anda akan dibawa ke halaman ini. Klik terus pada “Replace Card” untuk meneruskan penukaran Kad Debit anda secara online. Pastikan nombor Kad Debit anda terlebih dahulu sebelum menekan butang tersebut.

 

Apply Kad Debit Maybank Secara Online

Seterusnya anda akan dibawa ke halaman ini. Pada halaman ini anda harus mengisi alamat untuk anda menerima Kad Debit baru anda. Kad Debit anda akan dihantar terus ke rumah anda atau mengikut alamat yang anda tentukan. Ini akan memakan masa selama lebih kurang untuk sampai.

Dalam tempoh itu, anda masih boleh lagi menggunakan Kad Debit lama anda seperti biasa tanpa sebarang masalah. Jadi tak perlu risau untuk mengeluarkan duit, menggunakan Kad Debit anda untuk sebarang pembayaran.

 

Perkara Perlu Buat Apabila Kad Debit Sampai

Apply Kad Debit Maybank Secara Online

Ini adalah sampul surat yang anda akan terima terus ke rumah anda dalam masa 2 minggu selepas apply Kad Debit secara online.

 

Apply Kad Debit Maybank Secara Online

Setelah mendapat kad Debit yang baru anda ia sudah memudahkan urusan kita. Tak perlu pergi bank menunggu giliran hanya untuk memohon penukaran kad sahaja. Kad yang anda terima boleh diaktikkan dengan menggunakan Maybank2u juga.

Lebih menarik lagi Kad Debit yang baharu ini sudah disetkan dengan nombor pin anda yang anda guna sekarang. Maknanya lepas kita aktifkan kad ini melalui Maybank2u kita sudah menggunakan kad ini seperti biasa.

Anda juga boleh menukarkan no pin lain di mesin ATM. Kalau tak tukar pin nombor pun boleh kalau nak tukar pun boleh.

Semoga bermanfaat.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

34 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!