• Home
  • /
  • Contest
  • /
  • Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, semenjak dua menjak ini terasa amat lumpuh sekali dalam aktiviti berblogging tidak seperti zaman belajar dulu aktif dan laju saja.

Tambah-tambah lagi mempunyai masalah internet pada minggu ini beberapa aktiviti lain juga turut tergendala. Saya akui memang saya perlu satu kelajuan dalam internet kerana yang pengguna harian lagi-lagi untuk kerja blogging ini.

Kali ini terasa terpanggil sekali lagi untuk menulis mengenai buat duit dengan blog walaupun saya tidak sehebat mana otai-otai yang suka makan petai, tapi alhamdulillah setiap bulan pasti ada walaupun sedikit sekali pun.

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging adalah perkara yang perlu kita tanya pada diri kita sendiri jika ingin meraih pendapatan dalam dunia blog.

Ramai yang berblogging untuk suka-suka tapi jika anda sudah menggunakan domain dan hosting sendiri adakah anda masih lagi dalam keadaan suka-suka?

Untuk apa kita melabur menjenamakan blog jika anda tak dapat hasil daripada pelaburan tersebut?

Untuk apa kita gunakan masa kita seharian untuk menulis blog membina jaringan jika sekadar dalam bulatan suka-suka?

Apa yang perlu kita fikirkan sekali lagi sekurang-kurangnya kita perlu meraih keuntungan untuk membayar domain dan hosting kita setiap tahun.

Paling tidak sekali pun cukuplah untuk bayar bil internet bulan-bulan kita tidak begitu?

Bermula Dari Bawah Dengan Bermatlamat

Ya, saya telah hampir 3 tahun berblogging namun menjelang 2013 saya bertekad ingin meraih pendapatan sendiri daripada blog.

Saya akui sebelum saya berpindah ke WordPress saya tidak mendapat satu sen pun daripada blog walaupun memasang beberapa internet dan mempunyai trafik yang baik. Rugikan 3 tahun saya tersebut?

Jadi apa yang saya tekadkan ialah bermula dari bawah kembali iaitu dengan mempelajari betul-betul selok belok blog dan mencari ilmu sebaik yang mungkin.

Permulaan dari  kosong tidak merugikan jika kita benar-benar memulakannya dengan cara yang betul.

Bina sebuah blog yang anda sendiri tekadkan apa niche dan tujuan serta kandungan yang bakal kita wujudkan dalam blog tersebut.

Jadi matlamat tersebut harus ada 3 fasa, fasa pertama pembinaan kandungan, fasa kedua membina jaringan dan fasa ke tiga bakal meraih kejayaan.

Sertai Event dan Kelas Blogging

Ya, ini perlu kerana kita ingin mendapatkan ilmu. Terdahulu saya menyertai Seminar Buat Duit Dengan Blog dengan dihadiri beberapa panel iaitu blogger yang telah berjaya dalam dunia blogging.

Event sebegini kita harus sertai untuk mendapatkan ilmu, kerana permulaan kita ialah dengan ilmu – tiada ilmu bagaimana ingin kita berjaya?

Kita memerlukan cara, tips dan serta strategi yang menarik dalam membina sebuah blog yang berjaya. Jika sekadar menulis dan menunggu pasti kita takkan berjaya.

Majlis ilmu blog adalah seumpama sebuah kelas yang wajib kepada mereka yang ingin mempunyai blog yang berjaya.

Begitu juga dengan kelas blogging yang insyaAllah saya akan sertai juga nanti bagi menambahkan ilmu lagi dalam mengendalikan blog dan mendapatkan tips-tips menarik daripada mereka yang lebih berpengetahuan.

Tidak Berputus Asa Sehingga Berjaya

Bahagian ini paling penting kerana berjaya itu perlukan tahap kesabaran dengan dihiasi usaha yang berpanjangan. Hari ini buat blog bulan depan belum tentu kita sudah berjaya.

Saya? Masih dalam proses menuju kejayaan dan sehingga kini alhamdulillah saya tekad untuk berjaya dalam meraih pendapatan dalam dunia blog.

Apa sekali pun kita perlu lakukan untuk mendapatkan sesuatu begitulah juga dalam dunia blog kita perlu letakkan dalam keadaan yang serius.

Jika ingin bicara memang panjang, satu persatu perlu difahami dan dihadamkan.

Yang penting motivasi kita sendiri, bagaimana menjana motivasi kita sendiri dalam dunia blog?

Tidak susah namun praktikkan itu getir sekali. Apa yang perlu ialah kita sentiasa meletakkan diri kita dalam dunia blog dan mencari terus mencari ilmu dan pengetahuan daripada mereka yang telah berjaya.

InsyaAllah saya juga masih lagi dalam proses yang sama. Kita berada bersama mereka yang berjaya pasti kita akan berjaya juga.

Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu TitanJuan dan Suri…”

[button-red url=”http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6671_41_1_176″ target=”blank” position=”center”]                    Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis Blog oleh Aqif Azizan                    [/button-red]

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

29 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!