Apa Matlamat 2017 Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sedar atau tidak saat baca artikel ini tahun 2016 berakhir. Apabila berakhirnya tahun 2016 ini kita perlu semak kembali adakah matlamat tahun 2016 kita sudah tercapai atau tidak. Ini penting supaya kita pastikan adakah perjalanan hidup kita tahun ini adalah di landasan yang betul atau mungkin sedikit tersasar. Mungkin juga matlamat 2017 sambungan daripada matlamat tahun lalu yang belum tercapai.

 

Apa Matlamat 2017 Anda

Untuk menentukan matlamat 2017 kita tak perlu tunggu masuk tahun 2017 baru nak setkan apa matlamat kita. Sebaliknya pada November dan Disember kita sudah mula fikirkan apa yang perlu kita lakukan serta mahukan tahun depan.

Persediaan awal untuk menentukan matlamat kita membolehkan kita membuat perancangan yang bagus dan terbaik. Matlamat bukan sekadar cakap-cakap atau tulisan semata-mata. Ia berkaitan dengan hidup kita sendiri bukannya orang lain. Jadi tentukan ia sebaik mungkin demi diri sendiri.

Masih ramai yang tidak serius dengan hidup sendiri. Serius bukannya bekerja kuat semata-mata. Cabaran 2017 mungkin lebih hebat berbanding tahun 2016. Perkara yang bagus adalah apabila matlamat kita tercapai dalam tahun yang sama.

 

SMART Matlamat 2017

Apa Matlamat 2017 Anda

Seperti biasa untuk menentukan matlamat kita perlulah ikuti SMART model. Ini penting untuk memastikan kita tidak sekadar meletakkan matlamat atau target hidup 2017 kita dengan sambil lewa.

Spesifik mengenai matlamat yang kita mahukan. Ini penting pada diri kita sendiri supaya kita sentiasa fokus untuk capai target ini. Apa yang kita mahu capai, mengapa matlamat ini penting, siapa pula yang terlibat dengan matlamat dan target 2017 kita ini. Bila dan bagaimana matlamat ini perlu dicapai, semuanya perlu jelas dan fokus.

Measurable atau boleh diukur matlamat 2017 kita. Ini adalah penting supaya kita sentiasa keep on track yang tidak mengecewakan diri kita sendiri. Silap dalam menentukan matlamat yang kita mahu pastikan menyebabkan kegagalan. Jadi bila kita tahu target ini kita boleh capai sudah pasti kita akan kekal bermotivasi yang rasa ingin capainya dengan berjaya!

Achievable atau boleh dicapaikah matlamat kita. Adakah matlamat dan target yang kita mahukan itu boleh dicapai pada tahun yang sama. Pastikan target tersebut realistik agar ia tak menjadi matlamat yang tersasar di hujung tahun kelak. Kenal pasti segera faktor dan kekuatan diri kita untuk mencapai target ini.

Relevan matlamat dan target kita. Pastikan matlamat kita itu berbaloi untuk dicapai. Adakah tahun ini adalah tahun yang sesuai untuk capai matlamat ini. Kita juga mungkin memerlukan bantuan orang lain dalam memenuhi matlamat dan target kita kelak. Namun pastikan target ini tidak menyusahkan orang lain semata-mata memastikan ianya berjaya.

Time frame atau jangka masa untuk capai. Setiap matlamat yang kita setkan tidak semestikan perlu selesai satu persatu. Ada juga yang perlu diselesaikan dua atau tiga sekali gus. Ia bergantung kepada tahap kemampuan, usaha dan relevannya target tersebut. Jangka masa adalah mengikut kepentingan sesuatu target itu sendiri. Kenal pasti sebaiknya supaya yang penting kita dapat selesaikan dahulu.

 

Matlamat Hidup Anda

Apa Matlamat 2017 Anda

Kita kira umur kita bukan sekadar setiap kali datangnya hari lahir kita. Namun setiap kali tibanya tahun baru ada juga yang mula mengira umur sendiri. Saya masih kategori 20-an namun tak terasa masih muda dan ingin rilek atau enjoy sekali pun. Rasa ingin kejar matlamat hidup secepat mungkin itu ada.

Kita perlu serius dengan hidup kita dan kita bertanggungjawab atas diri kita sendiri. Sama ada tanggungjawab, kesihatan, kebahagiaan mahupun kewangan sekalipun. Sesusah mana sekalipun kita tetap kena berdiri dan teruskan bergerak untuk meneruskan perjuangan kehidupan.

Ada orang gelak sinis bila sebut perjuangan hidup. Sebab mereka yang tak faham dan tak rasa sebagaimana orang lain rasa. Setiap orang perlu berjuang untuk kehidupan diri sendiri. Sampai bila nak rilek dan santai sahaja?

Ada yang pernah terjatuh sebelum ini dan kali ini mereka berjuang agar mereka tidak jatuh lagi. Ataupun kalau terjatuh tidak sekuat kejatuhan yang terdahulu.

Begitu jugalah kita dianjurkan untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini. Supaya Allah S.W.T akan menambahkan lagi nikmat dan tidak menarik sekelip mata apa yang kita ada hari ini. Hanya diri kita sendiri tahu dan sedar adakah susah atau senang untuk kita miliki apa yang kita ada hari ini. Bukan orang lain, mereka sekadar melihat dan memandang.

 

Matlamat Kerjaya Anda

Antara menjadi tumpuan ramai orang juga ialah matlamat kerjaya dan perjalanan karier masing-masing. Untuk tidak berada pada tahap yang sama adalah impian kebanyakan orang. Begitu jugalah ia bukan sekadar impian dan angan-angan kosong. Setiap target dan azam yang kita mahukan perlulah sertakan dengan usaha yang gigih, kuat dan tidak putus asa.

Ada juga yang berazam ingin bekerja dalam sektor kerajaan atau awam. Ada juga yang berazam untuk tukar kerjaya 2017 ini dan inginkan sebuah pekerjaan yang lebih baik. Apa pun azam dan matlamat kita ia tetap berasaskan kepada SMART konsep seperti diatas.

Jangan kita terlalu terikut dengan jejak langkah orang lain. Ada yang sanggup berhenti kerja untuk bisnes tanpa ada persediaan yang betul dan bijak. Pastikan anda ada persediaan yang betul dan bijak sebelum membuat apa-apa keputusan. Biarlah berfikir panjang daripada membuat keputusan yang kononnya bijak tapi kelak kita juga yang menyesal.

 

Matlamat Kewangan Anda

Apa Matlamat 2017 Anda

Kita suka lihat orang tunjuk atau share di Facebook pergi bercuti, beli gadget mahal, beli rumah dan banyak lagi. Tidak kurang juga ramai tersenyum apabila perbentangan Bajet 2017  nilai BR1M 2017 dinaikkan lagi tahun hadapan.

Apa yang penting disini ialah tahap kewangan kita sendiri. Poket dan amaun duit yang ada dalam akaun kita sendiri. Tak perlu kisah apa orang diluar sana belanjakan dan ke mana mereka pergi. Kita perlu fokus bagaimana meningkatkan tahap kewangan kita tahun 2017 ini.

Sama ada bekerja lebih masa, buat dua kerja dan sebagainya untuk capai matlamat kewangan anda. Kini ramai juga sudah mula memandu Uber untuk dapatkan pendapatan sampingan di hujung minggu. Memang berbaloi dan mudah hanya guna kenderaan sendiri.

Semuanya perlu spesifik pada tahun bila kita ingin menunaikan umrah, menunaikan Haji, memiliki rumah sendiri dan bilakah kita akan merasai kebebasan kewangan dan sifar hutang?

 

Matlamat 2017 Target Penting

Apa Matlamat 2017 Anda

Matlamat 2017 anda bukan sekadar di dinding rumah atau di atas kertas, ia adalah mengenai kehidupan kita sendiri. Sama ada kita serius atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri. Sampai bila kita nak tengok saja kejayaan orang lain. Walaupun kejayaan setiap orang itu berbeza-beza kerana matlamat berbeza-beza.

Kita boleh jadikan kisah kejayaan orang lain sebagai ilmu dan panduan untuk kita capai matlamat hidup kita sendiri. Tak semestinya kita perlu perjuang kejayaan sama mereka yang sudah berjaya. Mungkin dari segi konsep dan kategori hampir sama tapi tidak pada matlamat asasnya.

Kebanyakkan orang akan tulis matlamat dan tampal di dinding rumah atau di dalam bilik mereka. Ini bertujuan supaya hari-hari dapat lihat dan kekalkan bermotivasi untuk berusaha. Ada juga yang ilustrasikannya dalam bentuk gambar supaya lebih bersemangat nak capai target tersebut.

Tak kisah cara mana sekalipun, asalkan kita tidak lupakan matlamat dan target tersebut selepas 3 bulan kita azamkan. Pastikan ia memenuhi ciri SMART di atas agar kita tak berputus asa di depan hari dan teruskan hidup pagi petang siang malam tanpa strategi yang tersusun.

Saya doakan pembaca, rakan Blogger dan sahabat hidup semua supaya tahun 2017 ini akan menjadi tahun terbaik buat semua. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Didoakan juga semoga semua matlamat 2017 kita semua akan tercapai sebelum menjelangnya tahun 2018 nanti. Wassalam.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

27 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!