Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog

Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog

Apa kata blogger tentang trafik blog? Terasa kerdil pula diri ini untuk mengaku seorang blogger kerana tidak sehebat mereka yang lain di luar sana.

Ada ramai yang bergelar blogger di luar sana, ada yang baru lahir dalam dunia blog dan ada yang telah lama berkecinpung dalam dunia blog malah sudah berjaya meraih pendapatan daripada blog.

Bagaimana mereka mampu berjaya sedemikian, adakah melalui penjenamaan semata-mata dengan tanpa sebarang usaha atau juga melalui raihan traffik yang tinggi?

Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?

Jadi apa kata blogger tentang trafik blog, adakah ia penting atau tidak?

Kebanyakkan blogger mementing isu trafik blog kerana bagi saya sendiri trafik blog itu umpama nyawa kepada blog kita sendiri.

Kewujudan sesebuah blog itu terdiri kepada ciri-ciri berikut:

  • Pemilik blog yang betul-betul ingin menulis
  • Penulis entri dan yang terbaik daripada blogger itu sendiri
  • Etika dan tatasusila blogger
  • Haruslah ada blog (Hehe)
  • Kemasukan traffik harian, mingguan, bulanan dan tahunan blog
  • Komentar dan interaksi antara penulis blog dan pembaca atau komentar

Dari mana wujudnya pembaca dan komentator di blog kita jika kita sendiri tidak cuba ‘menjual’ nama dan blog kita?

Sebahagian trafik blog adalah penentu kepada mereka yang masuk ke blog kita dengan beberapa ciri:

  • Masuk sekilas lalu
  • Masuk sekadar melihat tajuk entri
  • Masuk sekadar membaca
  • Masuk sekadar komen tanpa baca
  • Masuk membaca dan komen
  • Tersalah masuk ke blog kita
  • Tertarik untuk masuk hasil carian kata kunci di Google

Hasil kemasukan pengunjung ke blog kita yang masuk secara tidak langsung mampu kita pengaruh mereka dengan tajuk atau entri penulisan kita di blog.

Ini boleh dikira memanipulasikan pengunjung secara tidak langsung untuk berhenti seketika di blog kita membaca penuliasan yang menjadi pilihan ramai – mungkin berguna jika meletakkan senarai entri popular mingguan atau sepanjang masa.

Nilai Trafik Kepada Blogger dan Blog?

Trafik bukan sekadar memberi makna pengunjung datang membaca dan tinggalkan komen.

Kadang kala buat blogger yang menggunakan servis pengiklanan atau ada ikatan janji dengan mana-mana syarikat pengiklanan traffik adalah menjadi isu yang amat penting.

Selain itu, bagi yang menyertai program affiliate, trafik juga penting sebagai melariskan lagi program yang mereka promosikan.

Tanpa trafik mungkin tiada komisen, bayaran, serta duit dari blog sebagai pendapatan bagi seorang blogger.

Jadi nilai trafik kepada blog kita adalah tergantung kepada diri kita sendiri bagaimana dan dimanakah kita meletakkan nilai blog kita kepada diri kita sendiri.

Jika ia sebagai medium pencarian rezeki atau wang sampingan anda harus lakukan sesuatu bukan sekadar terus menulis dan menunggu bulan jatuh ke riba.

Ada orang kata trafik blog itu umpama nilai dan kekuatan sesebuah blog itu sendiri yang mampu menaikkan semangat kita untuk terus menulis blog.

Kita sendiri yang menentukan bagaimana trafik blog kita dengan usaha kita sendiri dan yang penting dengan penulisan yang bermanfaat bukannya dengan cara kata kunci lucah semata-mata bagi meraih trafik yang tinggi.

Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog

Kontes Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog…

Entri ini adalah Kontes Blogger – Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog anjuran SantaiKata.

Jika anda seorang blogger dan punyai idea tersendiri, jom sertai dan luahkan sendiri apa kata anda mengenai trafik kepada sesebuah blog.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

70 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!