Apa Erti Hidup Tanpa Orang Tersayang

Apa Erti Hidup Tanpa Orang Tersayang

Apalah erti hidup kita hari ini tanpa mereka yang tersayang dalam hidup kita hari ini dan hari-hari yang akan mendatang.

Sememangnya fitrah dan lumrah manusia dijadikan untuk mencintai mereka yang lain, namun ianya menjadi tidak lagi bermakna tanpa mereka yang telah lama kita sayangi lagi.

Membina sesebuah ikatan hubungan bukanlah semudah membina istana pasir di tepi pantai petang hari.

Ia sebenarnya lebih dan amat memerlukan masa yang lama, usahlah mengatakan benar atau pasti jika baru mengenali seseorang sebulan dua.

Perhubungan yang telah lama terjalin pasti lebih erat dan kukuh kerana di dalamnya ada asas perhubungan yang sebenar.

Tambahan lagi terus dibuktikan dengan menuju ke alam perkahwinan.

Betul banyak ujian dan cabaran dalam memilih kebahagiaan dalam hidup ini namun tak ramai yang kuat menghadapinya sendiri.

Bermohonlah di bulan Ramadhan mulia ini ditetapkan keimanan dan keteguhan bersama orang yang kita sayangi.

Wassalam…

Ayah, Ibu, saudara-mara asas utama dalam kehidupan kita namun setelah meningkat dewasa teman hatilah yang akan bersama-sama kita sehingga ke hujung nyawa.

Tepuk dada tanyalah diri sendiri siapa tidak rasa sunyi hidup tanpa mereka yang tersayang apatah lagi setelah lama kita berusaha mengukuhkan sesuatu perhubungan.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!