Anda Adalah Yang Terbaik

Anda adalah yang terbaik jika anda cuba menjadi seorang yang baik dalam setiap sesuatu perkara. Bukan senang ingin menjadi seorang yang baik kerana setiap daripadanya pasti ada ujian dan cabaran tersendiri. Tergolong daripada mereka yang baik adalah menjadi idaman gadis-gadis.

Siapa yang tidak pernah terfikir ingin menjadi seorang yang baik adalah rugi sebenarnya. Menjadi orang yang baik bukan untuk lakonan tapi bagi membentuk generasi dan zuriat anda sendiri yang baik.

Anda Adalah Yang Terbaik

Adalah lebih senang kita fikirkan perkara yang baik daripada berprasangka buruk terhadap sesuatu.

Cakap baik-baik, fikir baik-baik, rancang baik-baik dan pastinya hari esok kita menjadi lebih baik, insyaAllah.

Rasanya jauh disudut hati sesiapa pun menjadi insan yang baik bukan tidak mahu tapi mereka malu setelah kehidupan mereka telah terlanjur dalam tidak menentu.

Tak percaya tanya diri sendiri kita mahukah anak-anak menjadi seorang tidak berperilaku tidak baik?

Sekurang-kurangnya kita mahu anak-anak kita berjaya dalam hidup mereka dan mampu berbakti kepada kita kelak.

Permulaan Yang Baik

Permulaan yang baik bukannya daripada sejak azali lagi, tapi bagaimana kita mengorak langkah membentuk aura positif terhadap diri kita sendiri.

Ramai yang ingin berubah tapi tidak tahu dimanakah point utama untuk melakukan perubahan itu sendiri.

Bagi saya punca utama untuk kita berubah ialah hati dan solat.

Anda Adalah Yang Terbaik

Tak Perlu Pertikai Masa Lalu

Kesilapan kita sebagai seorang yang Melayu khususnya, suka mempertikaikan dan mengungkit masa lalu seseorang itu.

Perkara utama yang harus anda soal pada diri anda terlebih dahulu sebelum anda menyamakan diri kawan dan kenalan anda itu seperti masa lalu:

  • Adakah kita masih rapat dengannya?
  • Bila kali terakhir kita berhubung dengannya?
  • Bila kali terakhir kita mesra dengannya?

Jadi kalaulah kita seorang yang jauh lagi api daripada panggang, dinasihatkan lebih baik kita tidak mudah melabelkan seseorang itu dengan begitu mudah.

Cukup sekadar kita kenal dia, baik buruk dia kita simpan agar Allah SWT juga turut menutup aib dan buruk kita juga.

“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jadilah Baik Kepada Orang Lain Untuk Diri Sendiri

Bagaimana rasa hormat seseorang itu bermula kepada kita adalah dengan kita menghormati orang lain.

Bagaimana menghormati orang lain salah satu daripadanya adalah berbuat baik kepada mereka.

Kita tak mampu menjaga hati semua pihak walau dalam kumpulan kita sendiri sekali namun kita mampu untuk menjadikan sesuatu yang baik untuk semua.

Kalau anda pernah buat baik tapi tak pernah rasa kebaikan itu ternilai – jom kongsikan secara berhemah. 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!