• Home
  • /
  • Islam
  • /
  • ALLAH Sedang Memakbulkan Doa Kita

ALLAH Sedang Memakbulkan Doa Kita

Semalam kita sujud lemah kepada Illahi meminta doa dimakbulkan. Hari ini kita celik hembus dan hirup lagi udara nyaman. Tanpa rasa jemu kita teruskan hidup walau hari demi hari ada perkara sama kita lakukan.

Kita sedar banyak doa yang kita pinta tidak segera dimakbulkan. Namun kita lupa perjalanan hidup seharian ada kaitan dengan doa yang kita pinta.

 

Korban Demi Kejayaan

Kita sentiasa sedar akan pengorbanan demi sebuah kejayaan. Ayuh kita alihkan sedikit pemikiran kita kepada landasan strategi Islam sendiri.

 

Ya Allah, Kau berikanlah aku kehidupan yang baik…..”

 

Doa semalam atau setiap kali lepas solat, adalah sebuah kehidupan yang baik. Dalam menuju sebuah kehidupan yang baik kita tidak diberikan secara tiba-tiba.

Sudah pasti dalam perjalanan itu ada ujiannya. Apakah bentuk ujian yang kita hadapi hanya ALLAH Taala saja Maha Mengetahui.

Contoh ujian:

  • Kita diberikan ujian masalah kewangan untuk menguji kita menguruskan kewangan.
  • Kita diuji dengan orang yang membenci atau tidak suka dengan kita
  • Kita diuji dengan sedikit kepayahan dalam menyelesaikan urusan
  • Kita diuji pelbagai rasa dalam menghadapi kehidupan seharian

Ujian sebeginilah yang cuba membawa kita kepada sebuah kehidupan yang baik. Kerana kehidupan yang baik adalah kehidupan yang penuh dengan tahap kesabaran, kecekalan menghadapi ujian dan ketabahan menghadapi tekanan.

 

Yakin Doa Yang Dipinta ALLAH Sedang Memakbulkan Doa Kita

Keyakinan kekuatan utama untuk berjaya. Kita tidak harus yakin pada usaha semata-mata. Namun kita juga harus yakin dengan doa kita pada Allah SWT.

Kita terlalu yakin dengan usaha gigih kita bahawa kita akan beroleh kekayaan. Namun kita lupa untuk yakin akan doa kepada Allah SWT.

Andai rezeki itu milik kita, andai jodoh itu milik kita siapa pun menghalang ia tetap akan jadi milik kita. Namun, andai ia tertulis bukan milik kita maka siapa pun cuba lakukan untuk kita ia takkan menjadi milik kita.

 

Bagaimana Yakin Dengan Doa?

Berdoalah setiap hari dan setiap kali solat. Jangan pernah berhenti berdoa sehinggalah tercapai. Sangat manis rasanya saat doa kita itu termakbul, SubhanaAllah.

Apa saja doa yang kita pinta seharian takkan hanya sekali saja pinta?

Allah suka hambanya merayu dan meminta kepadaNya. Jadi usah segan dan jemu serta penat untuk meminta perkara yang sama setiap kali solat. Lagi bagus doa tersebut di ulang-ulang.

 

Sungguhpun siapa pun kita sekali. Walau kerdil sekali pun dalam konsep berdoa tiada rupa paras dan pangkat menjadi keutamaan.

Keikhlasan hati kita dalam berdoa dan juga usaha yang berpanjangan selari dengan doa bakal menentukan makbulnya doa kita.

Siapalah saya, kamu dan mereka yang ingin mengatakan kita tidak akan berjaya selagi usaha dan doa tidak seiring sebaiknya.

Sama-samalah kita pohon dan pinta agar doa kita dimakbulkan sama ada cepat atau lambat sekali pun. Sabar dan solat lah sehinggakan kita merasakan dua perkara ini paling utama dan nombor satu dalam rutin harian.

Wassalam.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

40 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!