Alexa Versi September 2013

Alexa versi September 2013 ini kali di update setelah sekian lama terhenti dan sedikit kurang aktif berikutan dengan masalah internet dan kesuntukan masa. Sepanjang beberapa bulan lalu menyaksikan Google tidak melakukan update pada PR sebaliknya Panda dan Penguin telah berubah algoritma dengan begitu cepat sekali.

Namun begitu masih ada lagi ura-ura mengatakan bahawa Google akan update Pagerank dalam minggu ini namun kesahihannya adalah kurang boleh dipercayai.

Alexa Versi September 2013

Alexa versi September tidak memberikan kepuasan hati kerana walaupun mempunyai trafik yang baik dan update entri setiap hari demi menguji lagi tahap penurunan Alexa terhadap blog ini.

Alexa Versi September 2013

Cuma boleh tersenyum sedikit apabila Alexa Rank Malaysia kini berada di bawah 1k tidak seperti sebelum ini.

Dari segi Alexa Global sedang mengalami permasalahan naik dan turun yang mana tidak stabil.

Saya ada terbaca di beberapa laman blog yang mengatakan Alexa Rank ini akan cepat turun jika:

  1. Update blog setiap hari
  2. Trafik mantap setiap hari

Namun saya tidak nampak kesan daripada kedua-dua ini setelah saya mencuba bermula pada Julai 2013 sehinggalah September 2013.

Kebenaran Atau Salah

 

Saya juga sentiasa melihat perkembangan Alexa Rank beberapa blogger yang lain setiap kali mengunjungi blog-blog mereka.

Menarik juga melihat perubahan Alexa Rank rakan-rakan yang sentiasa update blog setiap hari dan sudah pasti saya ke sana jejak bukan sekadar melihat tapi baca dan komen penulisan rakan-rakan blogger.

Ada juga yang tidak menitik beratkan tentang Alexa ini kerana bagi mereka ia tidak terlalu penting, namun sesetengah yang lain pula sangat-sangat menitik beratkan perkembangan Alexa blog masing-masing sama ada secara berkala atau pun hampir setiap hari seperti yang saya lakukan beberapa bulan terdahulu.

Mungkin ada saya tersalah faham dan tersilap mentafsir sila betulkan kerana pasti anda-anda yang telah lama berada dalam industri blogging ini lebih arif tentang ini.

Jika ada salah silap pemahaman sila betulkan saya sekadar menguji kebenaran apa yang telah mereka tuliskan dalam laman blog mereka.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!