Al-Quran Android

Al-Quran Android merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang dimuat turunkan ke dalam telefon pintar kita secara percuma dengan menyediakan beberapa ciri menarik. Aplikasi ini membantu pengguna telefon pintar yang beragama Islam  untuk menggunakan dan membaca Al-Quran walau kemana sahaja mereka berada.

Jika kita lihat hari ini, keadaan dunia semakin canggih dan hampir setiap orang mampu memiliki telefon pintar bak kata kerajaan “Satu telefon pintar satu orang”.

Ini lebih rancak dan pesat lagi penggunaan telefon pintar apabila keluarnya tawaran Rebat Rm200 oleh pihak kerajaan semenjak awal tahun ini dan kini rebat tersebut kini di fasa kedua.

Rebat RM200 ini bagi fasa kedua boleh didapatkan dikedai atau pengedar yang dilantik terus semasa ingin membeli telefon pintar.

Al-Quran Android

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Al-Quran Android

Al-Quran Android boleh dikatakan salah satu aplikasi wajib yang harus berada di dalam telefon pintar kita pada hari ini.

Sebagai seorang umat Islam kitab Al-Quran merupakan sebuah kita panduan kita pada hari ini dalam menghadapi dunia yang mencabar.

Al-Quran bukan sahaja sekadar bahan bacaan namun isi kandungannya cukup menakjubkan dan mendalam jika kita betul-betul mempelajarinya.

Akhirat kelak Al-Quran berfungsi sebagai Pembela kita atau Pendakwa kita – mana satu kita mahu?

Tepuk dada tanyalah diri sendiri mampukah Al-Quran menjadi pembela kepada kita jika kita sangat-sangat jarang atau hanya sekali sekala menyentuh serta membaca Al-Quran sewaktu kita di dunia  ini?

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Al-Quran Android bukan merupakan peranti utama bagi menggantikan kitab Al-Quran ianya hanya:

  • Pemudahcara apabila kita dalam keadaan musafir
  • Mengisi masa menunggu bas, berada dalam komuter, menunggu giliran
  • Membaca sewaktu masa-masa yang sempit

Ya, adalah yang terbaik adalah kita membaca dengan menggunakan kitab al-Quran yang sebenar dan pahala ganjaran memegang kitab Al-Quran sudah cukup baik untuk kita.

Al-Quran Android cuma perbincangan dalam konteks sebuah aplikasi kepada pengguna telefon pintar semata-mata.

Ciri-Ciri Al-Quran Android

Berikut adalah merupakan ciri-ciri yang ada pada Al-Quran Android ini secara ringkas:

Al-Quran Android

Susunan mengikut Surah seperti mana dalam kitab Al-Quran. Ini memudahkan kita mencari surah pilihan kita untuk dibaca dengan hanya menolak paparan telefon pintar ke atas.

Al-Quran Android

Susunan mengikut Juzu’ yang ada di dalam Al-Quran seperti kitab Al-Quran yang sebenar.

Al-Quran Android

Juga mempunyai fungsi bookmark bagi memudahkan kita menandakan bahagian yang kita inginkan.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :

“Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Penulis

Saya hanya sekadar berkongsi apa yang difikirkan baik pada pandangan saya setelah saya sendiri menggunakannya.

Jika anda berminat untuk muat turun aplikasi Al-Quran Android dapatkan segera”

Jika tidak berminat untuk memuat turun tidak menjadi kesalahan tapi adalah terbaik jika anda kongsikan entri ini kepada mereka yang lain.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga anda mendapat input yang baik daripada penulisan ini. Wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!