Air Aura Shifa' Zafaran

Air Aura Shifa’ Zafaran

Air Aura Shifa’ Zafaran. Penjenamaan semula air dilihat sebagai satu lagi industri baru dalam bidang perniagaan yang semakin hari semakin banyak. Bermula sekitar tahun 2000 berbagai jenis jenama air dikeluarkan yang sehingga ada lebih mahal daripada harga minyak petrol.

Air Aura Shifa’ Zafaran

Air Aura  ini saya beli sehari dua sebelum nak hadap final exam minggu ini di bandar Senawang. Mulanya tengok panjang pelik saja botolnya malah menarik sebab tak pernah jumpa lagi air dengan reka bentuk botol seperti ini.

Jadi tertarik nak pegang dan tengok apa yang menarik tentang air ini, bila dah pegang, baca mula terfikir nak cubalah.

Kandungan Air Aura Shifa’ Zafaran

Drinking Water – Reverse Osmosis Process

Punca diluluskan oleh – Kementerian Kesihatan Malaysia

No. Kelulusan – KKM 163 (52/K/6)

Jenis punca air – Bekalan air paip yang dirawat (JBA Kedah)

Isipadu minima – 500ml

Harga – RM 4.90 Semenanjung

Sedikit kelainan air ini ialah:

  • Gabungan air alkali & pati bunga Za’faran
  • Disuntik dengan bacaan 30 Juzuk al-Quran, ayat-ayat Ruqyah, al-Muawizat dan selawat Syifa
  • Doa-doa shifa’ dibacakan oleh; Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan tokoh-tokoh agama yang lain.

Harga Dibandingkan Dengan Kandungan?

Maaf ini bukan entri promosi. Cuma kongsi-kongsikan pengalaman.

Jadi bila bercakap mengenai penjenamaan semula air dan lebih mahal dari harga petrol ini dilihat sebagai melampau sedangkan secara kasarnya petrol itu lebih sukar untuk diperoleh dan diproses.

Jangan cepat menghukum atau menilai, lihat dulu isi kandungan atau kelebihan yang ada pada air tersebut.

Adakah nilai wang dengan bacaan ayat al-Quran dan doa-doa?

Demi kebaikan diri sendiri dan hati ini takkan untuk air sebegini perlu dipertikaikan?

Konklusi Revolusi Air

Saya pun pernah terkena bila beli air reverse osmosis di sebuah kedai masa berhenti dalam perjalanan beberapa bulan yang lalu harganya RM2.00 sedangkan air mineral baru RM1.50 sahaja. Angin juga rasanya sedangkan tak ada kelebihan apa-apa pun dalam air itu melainkan hilangkan dahaga ketika itu.

Rasa nak lagi ok beli saja air zam-zam, sangat baik molekulnya.

Sekian 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!