Ahad Untuk Berehat

Ahad Untuk Berehat

Kesibukan dalam mengejar kehidupan mengajar kita untuk lebih serius dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, kerana semakin hari umur kita semakin meningkat tanggungjawab kita semakin bertambah.

Tak semua perkara kita  boleh ambil mudah dan dibuat sambil lewa, penat bekerja seharian kita semestinya menanti hari cuti untuk beristirehat secukupnya.

 

Ahad Untuk Berehat

Ya, hari ahad untuk berehat di rumah dan di mana saja yang kita mahuka. Bagi saya berehat tak semestinya kita harus tidur di rumah semata-mata.

Kadang-kadang hari ahad kita boleh ke pasaraya berjalan-jalan, ada yang menggunakan masa ini untuk makan-makan dan menonton wayang.

Ada yang menyertai beberapa program di luar sebagai aktiviti riadah.

Kadang kurang dapat menerima jawapan daripada sesetengah orang yang mengatakan hari ahad untuk duduk dirumah semata-mata dan tak perlu pergi kemana.

Di mana kehidupanmu?

Waktu bekerja, kerjalah. Di luar waktu bekerja tak perlu bicara tentang kerja dan tumpukanlah tentang kehidupan sebenar kita tak perlu jadikan alasan penat bekerja sebagai halangan untuk menumpukan kehidupan kita yang sebenarnya.

Jadi hari ahad gunakan waktu anda sebaiknya tidak kira apa pun dan di mana pun anda ingin habiskan bezakan 2 perkara berbeza kerja dan kehidupan biar seimbang.

Sekian 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!