Ada Rasa Aura Merdeka?

Ada Rasa Aura Merdeka?

Kemerdekaan tahun ini seolah-olah tidak seberapa meriah. Apakah saya seorang yang rasa begini atau ada orang lain juga merasa begitu?

Mungkin kerana kesibukan yang saya hadapi semenjak dua menjak ini membuatkan rasa kurang cakna pada perkara persekitaran.

Sedar tak sedar sudah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, pandang dan lihatlah pada pemandangan di negara kita hari ini apakah yang telah kita kecapi selama 56 tahun ini?

Logo Sambutan Merdeka 2013

Logo kemerdekaan pada tahun ini dilihat lebih kreatif berbanding yang lepas dengan bertemakan “Malaysia Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku”

Ada Rasa Aura Merdeka?

Semoga kita sama-sama menghayati makna kemerdekaan buat negara kita dan pada diri kita sendiri, apakah kita hidup hari ini hanya terus-terusan menikmati apa yang tersedia ada atau menghargai para pejuang terdahulu yang bertungkus lumus dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk kehidupan kita sehingga hari ini.

Salam Kemerdekaan dari saya 🙂

p/s: Ada cam patriotik tak?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!