About Me

 

khairulzamri™ adalah merupakan sebuah laman blog personal yang bermula sekitar tahun 2010. Penulisan blog bermula dengan laman yang berasakan Blogspot sebelum berpindah sepenuhnya kepada WordPress. Laman lama Blogspot masih lagi aktif dan laman blog ini adalah yang utama.

Laman blog ini adalah tidak terikat dengan mana-mana syarikat berdaftar besar mahupun kecil serta individu tertentu. Penulisan adalah fokus kepada info, tips, perniagaan, review, pendidikan, kesihatan dan kehidupan. Namun blog ini terbuka untuk menerima sebarang rundingan antara dua pihak dalam mempromosikan produk serta servis.

 

Penulis…

Penulis adalah merupakan seorang Blogger separuh masa kerana mempunyai kerjaya yang utama selain penulisan blog. Berkongsi dan menulis apa yang dirasakan perlu dan bermanfaat. Sebarang penulisan tidak berniat atau bertujuan untuk memaki, menghentam, mengeji mahupun mengutuk pihak atau individu tertentu.

Segala penulisan adalah daripada hasil dan olahan diri sendiri, melainkan ada sumber-sumber adaptasi atau petikan sumber rujukan yang dinyatakan dalam artikel penulisan yang terlibat.

Berumur sekitar 20-an dan juga merupakan seorang Perunding Perancang Takaful Personal dan Keluarga. Berkongsi secara tidak langsung melalui blog bukan kerana suka-suka semata-mata.

 

Penulisan Artikel

Penulisan dan perkongsian dalam laman blog ini adalah tidak tertumpu tentang kisah hidup penulis sendiri semata-mata. Apa yang dirasakan perlu sahaja akan dipaparkan dan dikongsikan. Tiada unsur-unsur negatif yang tercatat dalam benak fikiran penulis untuk berkongsikan artikel.

Saya tetap menerima paid blog post, advertorial, review atau apa-apa seumpamanyan untuk servis, perkhidmatan, blog mahupun perniagaa anda. Sebarang pertanyaan mengenai servis ini boleh hubungi saya terus di bahagian contact.

Penulis juga menerima soalan-soalan untuk diterjemahkan dalam penulisan artikel. Sebarang pertanyaan dan emel akan mengambil sedikit masa sebelum ianya dipaparkan secara umum.

 

Terima kasih…

Terima kasih buat pembaca yang mengunjungi dan membaca artikel di laman blog ini. Kongsikan artikel dan penulisan yang bermanfaat kepada mereka yang lain.

Saya hanya penulis separuh masa dan tidak dapat memberikan maklum balas di atas pertanyaan anda dalam masa yang singkat dan segera. Sebarang pertanyaan akan dibalas dalam masa 3 hari bekerja.

Perhatian: Copy paste sebarang artikel dari laman ini adalah dilarang sama sekali. Anda boleh menekan mana-mana butang share untuk kongsikan artikel dari laman blog ini.

Terima kasih.

error: Content is protected !!