• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • 9 Tips Komposisi Fotografi Untuk Gambar Menarik

9 Tips Komposisi Fotografi Untuk Gambar Menarik

9 Tips komposisi fotografi ini adalah antara tips asas dalam mengendali foto anda secara natural dan menarik. Ketika zaman fotografi mula-mula muncul dahulu ramai yang suka kongsikan hasil-hasil mereka ke Facebook.

Hari ini kewujudan pelbagai jenis kamera digital dan juga kecanggihan telefon pintar memeriahkan lagi dunia fotografi. Bahkan kita tidak lagi memerlukan kamera digital harga beribu-ribu untuk hasilkan gambar momen harian kita.

Dengan telefon yang canggih tambahan inovasi sistem kamera yang menepati kehendak terkini membuatkan kita mudah mengambil saat-saat bermakna. iPhone atau Android sekalipun menawarkan hasil kamera yang menarik dan memuaskan.

 

9 Tips Komposisi Fotografi Untuk Gambar Menarik

9 Tips Komposisi Fotografi

Tak semua gambar atau foto yang kita ambil dan rakam perlu di print kan. Kita lebih suka simpan gambar-gambar tersebut dalam komputer atau laptop serta telefon kita. Tambahan lagi trend pada hari ini suka kongsikan gambar di Instagram.

 

Rules of Third

Ini adalah perkara asas untuk mengambil gambar momen yang terbaik. Sistem ini memfokuskan untuk anda letakkan bahagian yang ingin anda cuba terjemahkan dalam fotografi anda. Dengan 4 titik fokus utama boleh menjadikan gambar anda cukup sifat  fotografi terbaik.

9 Tips Komposisi Fotografi

 

Leading Lines

Menggunakan garisan semula jadi untuk menarik perhatian fokus hasil gambar yang diambil.  Garisan yang semula jadi ini biasanya objek-objek yang lurus pada saat dan ketika mahu mengambil gambar. Posisikan kamera sebaiknya dengan garisan semula jadi ini menjadikan gambar kelihatan menarik dan berkualiti hasilnya.

9 Tips Komposisi Fotografi

 

Diagonals

Konsep ini juga hampir sama dengan Natural Lines di atas. Kebiasaanya berguna untuk gambar-gambar yang berkonsepkan pergerakan. Sama ada objek tersebut adalah bernyawa atau tidak garisan ini membantu menunjukkan objek di dalam gambar tersebut adalah sedang bergerak sebenarnya.

9 Tips Komposisi Fotografi

 

Frames

Pembinaan gambar yang mempunyai bingkai sangat unik sebenarnya. Jika anda kreatif penggunaan atau teknik mengambil gambar berasaskan bingkai secara semula jadi menjadikan foto anda lebih unik. Tingkap atau pintu juga boleh dijadikan bingkai secara tidak langsung.

9 Tips Komposisi Fotografi

 

Figure to Ground

Teknik ini adalah yang paling mudah untuk fotografi. Anda hanya perlu cari perbezaan kontra warna antara objek dan latar belakang bagi menonjolkan fotografi anda. Bernyawa atau tidak objek tersebut tidak menjadi masalah yang penting adalah perbezaan warna.

9 Tips Komposisi Fotografi

 

Fill The Frame

Kebanyakkan orang menggunakan teknik ini adalah untuk gambar atau photo jenis potrait. Dekat kamera atau fokus lens anda dengan subjek untuk dapatkan gambar yang lebih details. Terpulang sama ada untuk objek, manusia atau juga haiwan. Penggunaan Rules of Third masih terguna pakai ketika ini.

9 Tips Komposisi Fotografi

 

Patterns and Repetition

Ini juga senang untuk gambar fotografi yang menarik tapi tak semua tempat mempunyai konsep ini. Gunakan situasi semasa seperti pattern atau corak yang bentuk dan warna yang sama untuk fotografi yang menarik.

9 Tips Komposisi Fotografi

 

Symmetry

Penggunaan satu garis simetri dalam fotografi memberikan hasil gambar yang simple dan tenang. Gunakan sama ada semula jadi dari keadaan semasa atau letakkan sebaiknya dari kamera anda sendiri.

9 Tips Komposisi Fotografi

 

Video 9 Tips Kompisi Fotografi Menarik

9 Tips Komposisi Fotografi Untuk Gambar Menarik
Posted by KZ Network on Friday, June 5, 2015

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!