8 Tips Percuma Menulis Resume Untuk Temuduga

Memang diakui peluang kerja hari ini sangat tipis dan nipis. Malah begitu sukar untuk kita berjaya mendapatkan peluang temuduga. Kalau dapat pun terlalu ramai calon yang hadir untuk temuduga. Sebab semuanya ingin mencuba nasib mana tahu ada rezeki dalam temuduga.

Dalam temuduga terbuka juga sangat tertekan kerana terlalu ramai calon yang hadir. Beratus-ratus orang memohon jawatan yang sama. Yang datang bukan sahaja fresh graduate semata-mata tapi yang sudah mempunyai pekerjaan juga datang mencari kerjaya lain pula.

Kalau rasa anda sangat sukar mencari kerja, boleh hubungi saya untuk menjadi Perunding Takaful. Mulakan kerjaya anda dari bawah sehingga membina legasi anda sendiri. Boleh cuba kalau berminat.

 

Fungi Template Resume

Template resume sememangnya berguna. Ini kerana tanpa template bagi mereka yang buat pertama kali menulis resume sedikit kekok apa yang perlu diletakkan sebaiknya. Resume yang terbaik adalah resume yang ringkas dan tidak menyerabutkan pemandangan serta pembacaan.

Jadi pastikan anda memilih template resume yang betul-betul berguna. Tidak semestinya anda perlu ikut template 100%.

 

8 Tips Menulis Resume Untuk Temuduga

8 Tips Percuma Menulis Resume Untuk Temuduga

Adakah anda boleh pastikan resume anda dibaca dalam 10 saat sahaja? Pastikan ianya kemas, pastikan ianya ringkas dan pastikan ianya tepat dan jelas mengenai anda dan kebolehan anda.

Apa yang perlu anda sertakan dalam resume ialah 3 perkara utama iaitu nama anda, alamat terkini dan nombor telefon yang boleh dihubungi pagi dan petang.

Elakkan anda meletak gambar anda seperti selfie, cedok dari Facebook, Instagram, Twitter dan paling tepat adalah tidak formal.

 

8 Tips Percuma Menulis Resume Untuk Temuduga

Ramai juga yang tidak masukkan sekali objektif. Ini penting bagi memberikan gambaran objektif yang konkrit dalam resume anda. Apa yang sebenarnya anda mahukan? Untuk siapa resume ini tujukan? Dimana? Dan pada tahap mana tanggungjawab anda dalam memikul kerja?

Bagi senarai pendidikan pula perlulah senaraikan sekali dengan nama institusi, tarikh, tahap pendidikan. Ini juga perlulah berkait rapat dengan objektif yang anda nyatakan diatas. Supaya matlamat anda lebih relevan. Takkanlah belajar ekonomi tapi matlamat mengatasi masalah kualiti pemprosesan?

 

8 Tips Percuma Menulis Resume Untuk Temuduga

Dalam menyenaraikan pengalaman yang anda ada perlulah senaraikan pengalaman sama ada kerja berbayar, sukarela dan juga jawatan semasa praktikal. Sila senaraikan pengalaman anda mengikut turutan seperti berikut:

  • Apakah pencapaian terbesar yang anda capai (senarai jika perlu)?
  • Apakah tanggungjawab utama?
  • Apakah teknik yang anda capai, mempertingkat dan menggunakan?
  • Apakah pengetahuan yang terpenting anda dapati?

Walau apapun tidak kesemuanya pengalaman yang anda perlu disenaraikan. Sila pastikan tahap kepentingan pengalaman yang anda ada mengikut jawatan yang anda pohon semasa temuduga nanti.

Begitu juga dengan aktiviti yang anda sertai semasa belajar. Tidak kesemuanya perlu anda senaraikan. Adakah anda merupakan ahli jawatankuasa kelab? Bagaimana pula dengan penyertaan anda diluar kampus atau dengan masyarakat? Wajar juga disenaraikan walau tidak ada sijil sekalipun.

 

8 Tips Percuma Menulis Resume Untuk Temuduga

Apakah skil utama yang anda ada? Skil ini termasuklah kebolehan dalam pelbagai bahasa dan tahapnya. Skil dalam komputer? Atau kebolehan dalam perkara-perkara lain. Perlulah nyatakan tahap kebolehan anda dan pastikan anda nyatakan adalah betul.

Begitu juga minat anda. Ianya tidak wajib letak tapi minat ini sebahagian menggambarkan siapa anda sebenarnya dimata penemuduga. Apakah yang anda suka lakukan diluar waktu bekerja? Lepak? Bersukan?

Mungkin Rahsia Temuduga ini juga bakal membantu anda dalam menyediakan resume anda. Pastikan anda tidak mengenakan warna yang melebihi 2 jenis dalam resume anda. Hitam putih tidak salah tapi sekurang-kurangnya biarlah ada warna sedikit.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!