• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • 8 Sebab Rezeki Susah Nak Masuk

8 Sebab Rezeki Susah Nak Masuk

Sudah pasti bahawa tahun ini bakal menjadi tahun yang mencabar. Semoga penulisan mengenai sebab rezeki susah nak masuk ini sedikit sebanyak akan memberikan keberkatan dengan rezeki yang kita ada. Betul kalau kita nak ikutkan hati kita harta dan wang sebanyak mana pun kita takkan merasa cukup dan cukup. Kita tetap mahu banyak lagi dan sentiasa bertambah banyak.

Sebenarnya keberkatan yang ada pada rezeki yang kita miliki itulah membuatkan kita merasa cukup dengannya. Bekerja siang malam pun walau gaji lebih 5 kali ganda dari pekerja biasa tapi tak ada keberkatan kita akan rasa sekejap wang mengalir keluar dan tidak cukup.

 

8 Sebab Rezeki Susah Nak Masuk

Jika kita hendak menerima maka kita perlulah memberi. Jadi senangkan dalam keadaan memberi InsyaAllah kita akan mudah menerima. Lebih banyak kita memberi lebih banyak kita akan dapat. Itu sememangnya formula dan rahsia yang hakikat.

Tak semua perkara kita perlu memberi dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Di mana ada keikhlasan di situlah ada keberkatan dan pulangan kelak.

 

Berkira Untuk Membantu Memudahkan Hal Yang Baik

Dalam kehidupan seharian dan kalangan kita bekerja cuba kita lihat kembali. Sekeliling kita banyak perkara yang kita boleh bantu memudahkan hal yang baik. Contohnya tolong belikan makanan, tolong belikan air. Paling bagus tolong buatkan kopi untuk rakan sepejabat kita. Mudah dan ringkas, banyak sangat yang kita boleh bantu memudahkan termasuklah memudahkan urusan orang lain.

 

Berkira Untuk Bersedekah

Berkira untuk sedekah hatta RM1 setiap Jumaat sekalipun. Mungkin bagi yang mampu sedikit RM5 dan begitu jugalah RM10 mengikut keikhlasan kita sendiri. Semasa menderma niatlah kepada Allah S.W.T semoga dengan menderma ke tabung surau hari ini semoga aku dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mu suatu hari ini.

Doalah dan pintalah dengan apa sahaja permintaan, tak perlu malu. Untuk mengamalkan agar menjadi seorang yang suka bersedekah mulalah dengan nilai yang paling kecil dahulu. Tak perlu tunggu kaya dan berada baru rasa nak bersedekah.

 

Asyik Mencanang Perihal Duit Yang Tidak Cukup

Apa yang kita dapat itulah rezeki kita. Itupun bukan milik kita 100% atau sepenuhnya. Jadi jangan sentiasa mengeluh dengan nilai yang sedikit dalam tangan kita. Sebaliknya perlu bijak menggunakannya. Sama seperti konsep keberkatan dalam rezeki.

Sentiasa amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap hari. InsyaAllah kita akan merasa cukup dengan apa yang kita ada. Setiap hari baca selepas solat Insya’ jangan berhenti.

 

Riak Apabila Bersedekah

Zaman yang berubah, teknologi juga semakin maju dan zaman media sosial sangat mencabar hari ini. Bersedekah sebanyak mana sekalipun atau sedikit tak perlu upload ke Facebook dan Instagram. Cukuplah sang Malaikat yang mencatit amalan kita.

Ada orang berhujah bukan ingin riak tapi ingin jadi contoh kepada orang lain. Mana tahu dengan tunjuk-menunjuknya membuka hati orang lain untuk bersedekah juga. Boleh kira berapa ramai?

8 Sebab Rezeki Susah Nak Masuk

 

Gemar Mengungkit Pemberian

Saat dan ketika hati riang dan baik semua benda sanggup beri. Kalau ada rumah pun rumah rasa nak bagi. Tapi apabila mula bertikam lidah hingga ke semut sekali nak sebut benda yang pernah bagi. Mana silapnya?

Antara pemberian yang terbaik ialah hari ini kita beri sesuatu kat orang dan hari esok kita berlaku seperti kita tak pernah beri apa-apa kepadanya. Lupakan terus apa yang kita pernah bagi kepada orang lain.

Mengungkit ni termasuk juga yang berkata-kata dalam hati. Sebab rasa dan perit itu bermula dari dalam hati. Jadi elakkan mengungkit akan pemberian kita hatta dari dalam hati sekalipun.

 

Kurang Beristighfar

Jika anda pernah membaca buku 9 Formula Menjemput Rezeki, ada ditekankan juga mengenai beristighfar. Dengan beristighfar akan memberikan aura ketenangan kepada hati kita. Ini akan mengawal minda kita berada dalam positif energi.

Nak tarik rezeki diri kita sendiri kena dalam keadaan positif. Kalau dalam keadaan negatif kita akan menolak apa yang mendekati kita secara automatik. Sama macam kita dalam keadaan marah, kalau orang dekat kita rasa nak maki dan marah lagi. Tapi dalam keadaan itu juga kita rasa dan duduk jauh-jauh dengan orang lain.

 

Banyak Membuat Maksiat

Maksiat bukan sahaja tertakluk kepada maksiat besar. Maksiat kecil-kecilan juga berfaktor tinggi membuatkan kita rasa rezeki susah nak masuk. Kita juga rasa susah nak duduk lama dengan kita. Tanyalah diri kita sendiri.

Pandangan mata kita seharian, percakapan kita seharian, perbuatan kita seharian. Mungkin juga banyak gelak tawa. Jadi segala bentuk maksiat termasuklah yang kecil-kecilan harus kita perhitungkan kembali.

 

Tidak Bersyukur

Bersyukurlah dengan apa yang kita dan miliki hari ini. Usah melihat akan sesuatu yang lebih besar dan lebih sempurna. Allah S.W.T dah bagi kepada kita tapi kita tak bersyukur bagaimana DIA nak bagi lebih lagi dekat kita?

Sedangkan DIA sudah berjanji andai kita bersyukur pasti DIA akan tambahkan lagi kepada kita.

 

Pilihlah Keputusan Ubah Diri Bersama

Semoga penulisan ini menjadi peringatan yang terbaik buat penulis diri sendiri. Usah gusar untuk akui kesalahan diri kita sendiri. Jangan rasa rugi untuk solat sebaik mungkin selama 10 minit demi kehidupan akhirat selama-lamanya.

Kena bijak setanding dengan percakapan kita. Apa yang kita bagi kita akan dapat kembali walaupun bukan dari orang yang sama. Keikhlasan kita diukur dengan Keadilan Yang Maha Hebat sekali.

Semoga berjaya mencari sinar dalam diri sendiri.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!