• Home
  • /
  • Info
  • /
  • 8 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja

8 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja

Banyak sebenarnya cara untuk positif di tempat kerja, bukan setakat beberapa tips ini tapi masih banyak yang mudah untuk kita amalkan. Bekerja setiap hari tidak kira berapa lama sama ada lima atau enam serta tujuh hari sekalipun sudah pasti setiapnya ada perbezaan masing-masing.

Pada yang bekerja lima hari seminggu lebih rileks berbanding enam dan tujuh hari. Terpulang kepada diri kita sendiri kerana itulah kerja dan sumber rezeki kita. Mungkin kita lihat pada skop diri kita sahaja sedangkan ramai lagi yang bekerja tanpa henti. Untuk berjaya sudah pasti bekerja kuat dan istiqamah adalah jalannya. Jadi bekerjalah untuk diri sendiri.

 

Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja Anda

Setiap pekerjaan ada bebannya yang tersendiri. Adalah tidak adil jika kita bandingkan kerja kita dengan kerja orang lain di syarikat atau jabatan-jabatan lain. Tidak dinafikan juga ada yang bekerja dari pagi sampai ke petang tanpa rehat. Malah ada juga yang lain bekerja tanpa henti melainkan hanya pada waktu rehat. Selepas rehat tengah hari mungkin momentum kerja kita sudah perlahan.

Siapa anda untuk syarikat dan jabatan anda? Adakah anda benar-benar berkualiti dan berharga buat mereka untuk hari ini dan kelak? Untuk yang bekerja di rumah boleh rujuk artikel Tips Bisnes Di RumahSejauh mana pengorbanan kita terhadap kerja kita mendapat tempat dan aras yang sepatutnya? Adakah setiap pekerjaan yang kita lakukan perlukan pujian dan penghargaan setiap masa?

 

Mulakan Hari dan Perjalanan Dengan Gembira

18 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja

Demi memastikan mood anda bermula dengan baik pada hari ini adalah bermula dengan bangun awal pada waktu pagi. Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja akan menjadi lebih tenang dan menggembirakan jika hari bermula dengan baik. Masa perjalanan pun tak singkat malah tak menjadikan kita tergesa-gesa.

Sertakan sekali dalam perjalanan kita dengan mendengar motivasi, muzik yang menyenangkan, alunan zikir, rancangan radio yang menggembirakan hati dan banyak lagi. Ini antara terapi yang terbaik untuk minda dan otak membina dan mengawal aura positif dalam diri anda bermula di awal pagi. Sesetengah orang juga sentiasa mengamalkan membaca surah Yaasin pada setiap pagi, insyaAllah banyak manfaatnya untuk diri sendiri dan kehidupan.

 

Pastikan Sampai Awal ke Tempat Kerja

18 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja

Sarapan pagi, hantar anak, gosok baju, jalan sesak, panaskan enjin kereta, make up dan apa sahaja rutin di pagi hari perlu diatur dengan bijak. Cara untuk jimatkan masa perjalanan dan rancang persiapan diri di waktu pagi adalah penting agar kita tak terlambat ke tempat kerja. Pastikan kita sampai awal ke tempat kerja sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu bekerja. Ini dapat membantu kita berada dalam keadaan tenang dan kekal positif.

Tambahan juga bolehlah fokus pada apa yang kita nak buat pada hari ini. Ada juga yang sampai awal ke tempat kerja dan baru mengambil sarapan sebab takut terlambat semasa perjalanan. Terpulang bagaimana kita menyusun atur pagi hari kita agar dapat membuatkan kita bersemangat untuk mulakan kerja. Macam saya sendiri akan bersarapan sebelum mulakan perjalanan ke tempat kerja, jadi bila sampai ke tempat kerja teruskan fikir tentang kerja.

 

Perlukah Baca Emel Anda

18 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja

Sesetengah pekerjaan memerlukan sistem komunikasi seperti emel sepenuhnya sebagai medium sama ada antara jabatan dan juga syarikat-syarikat lain. Adalah  lebih untuk tidak menyemak dan lihat emel sebagai perkara pertama bila anda datang kerja. Fokus pada apa yang perlu dibuat hari ini dan semak apa kerja yang belum siap lagi semalam.

Emel mungkin boleh disemak secara berkala selepas itu sepanjang hari atau waktu bekerja. Kita juga boleh baca emel setiap kali sebelum balik atau tamat waktu bekerja untuk lihat dan peringatan apa perlu buat esok hari. Jadi esok hari datang kerja tak perlu baca emel pagi-pagi. Akan tetapi membaca emel seawal pagi juga penting bagi sesetengah pekerjaan sebagai senarai semak dan rujukan serta follow up apa yang perlu dibuat pada hari tersebut.

 

Penggunaan Masa Secara Bijak

18 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja

Bagaimana menggunakan masa dengan bijak dan bermanfaat. Ada orang bekerja 8 jam sehari merasakan terlalu sangat padat dan ada yang bekerja terasa sangat lapang. Ada juga yang bekerja rasa macam tak cukup masa! Adakah kita sudah tentukan perkara atau kerja mana yang penting untuk kita lakukan dahulu. Fokus dan teliti dalam menyiapkan sesuatu kerja itu bukannya sambil menyiapkan kerja sambil berborak dan melayari internet yang tidak berkaitan dengan kerja.

Lebih fokus kita bekerja lebih berkat rezeki kita InsyaAllah. Buat to do list setiap hari sebelum tamat waktu bekerja dan susun sebaiknya yang mana perlu dan keutamaan serta paling penting. To do list juga boleh dibuat pada awal pagi semasa memulakan kerja. Jangan buat senara ini dalam minda dan telefon anda, sebaiknya tulis pada kertas atau buku catatan kerja anda. Mulakan dengan yang lebih penting atau mudah dan cepat untuk disiapkan. Ingat fokus itu sangat bernilai!

 

Perancangan dan Target

18 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja

Setiap perancangan dan target haruslah yang boleh dicapai dan mengikut masa yang ditetapkan. Pukul berapa kita nak sesuatu kerja itu siap sepenuhnya dan apa tindakan apabila kerja itu siap? Kepada siapa harus kita hantar kerja yang sudah siap atau sekadar siap dan simpan di atas meja sahaja? Perlu juga teliti betul-betul untuk kerja yang sudah siap. Adakah kita boleh menyiapkan kerja itu seorang diri atau perlukan bantuan daripada sepejabat, sumber-sumber luaran atau jabatan lain dan juga perlukan semakan bos sebelum ia dianggap siap sepenuhnya.

Elakkan daripada bersikap menyiapkan kerja seperti melepaskan batuk di tangga. Ini melambangkan anda tidak serius langsung dengan kerja dan tanggungjawab anda. Buat biar betul dan siap sepenuhnya, bukan setakat menjadi pekerjaan yang positif malah hidup pun lebih berkat. Pastikan kerja dan tugasan yang kita lakukan adalah menepati perancangan dan target yang dikehendaki. Fahami, fokus dan buat.

 

Waktu Rehat Adalah Waktu Bermanfaat

18 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja

Sesetengah kita masih menjadikan waktu rehat mereka untuk bercakap dan berbual tentang kerja. Ayuh ubah gaya anda jadikan waktu rehat untuk sembang perkara lain pula. Banyak lagi perkara lain boleh dibincangkan dan dikongsikan sewaktu rehat. Berbual tentang informasi terkini, kewangan dan kehidupan boleh jadikan minda kita relaks dan rehat dari memikirkan tentang kerja semata-mata.

Jadikan waktu rehat adalah waktu berkualiti dan tenang. Ada yang menjadikan waktu rehat untuk pergi membeli beberapa barangan, membayar bil dan menyelesaikan urusan di kaunter bank dan jabatan kerajaan. Kita boleh jadikan waktu rehat kita waktu yang renggang supaya kita tak terlalu memikirkan tentang kerja. Sebaik habis waktu rehat, mula dan fokus kembali kepada kerja yang belum siap. Elakkan menjadikan waktu selepas rehat bercerita dan berbual tentang apa yang kita lakukan pada waktu rehat tadi.

 

Mesyuarat dan Diskusi

18 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja

Hari ini ramai yang datang mesyuarat dan diskusi sekadar mendengar sebelah pihak bercakap dan memberi idea. Ini adalah merupakan satu sikap pasif dan tidak boleh dicontohi sebagai seorang pekerja. Anda kena ketahui skop bekerja memerlukan semua skop dan lapangan yang berkaitan dengan tugas kerja anda. Bukan semata-mata buat kerja sendiri, ada masa perlu hadiri mesyuarat dan ada masa perlu hadiri diskusi.

Semua ini adalah demi menjadikan kerja kita lebih lengkap dan mantap. Kerja berpasukan tetap wajib dan perlu walau di mana saja anda bekerja. Kita kena fahami skop dan tanggungjawab kerja kita barulah kita rasa kita bekerja tak terpaksa sepanjang 8 jam. Semuanya bermula dengan sikap kita sendiri, jangan mengharapkan orang sekeliling kita semata-mata. Pastikan anda bersedia sebelum menghadiri dan lebih penting juga fokus sepanjang mesyuarat atau diskusi. Ini bukan sekadar berkualiti tetapi lebih efektif.

 

Kesihatan dan Kecergasan

"18

Untuk kekal aktif dalam pekerjaaan, kesihatan dan kecergasan diri sendiri adalah sangat penting. Luangkan masa mungkin seminggu sekali untuk lakukan aktiviti seperti bersukan atau bersenam demi kesihatan diri sendiri. Waktu kerja yang padat dan tidak mempunyai masa sesuai tidak boleh dijadikan sebagai halangan untuk menjaga kecergasan dan kesihatan diri sendiri.

Jadilah insan yang berkualiti bermula dengan kesihatan dan kecergasan diri sendiri. Boleh ajak kawan-kawan sekerja atau satu taman untuk beriadah pada hujung minggu atau pada waktu lapang. Jadikan ia satu rutin dalam kehidupan bahawa kita mesti beriadah dan bersenam setiap minggu. Lihatlah kesannya nanti apa yang berlaku pada diri kita sendiri. Ingat menjaga kesihatan bukan menjaga amalan pemakanan semata-mata.

Walau apa-apa pun kesihatan diri sendiri adalah lebih penting berbanding dengan tugasan kerja. Bukan setakat nilai kerja yang perlu dipertingkatkan, tetapi tahap kesihatan juga perlu dijaga dan dipertingkatkan. Anda kita meninggal dunia sekali pun syarikata dan majikan hanya mampu mengucapkan takziah, itu adalah hakikat.

Selamat bekerja, jadikan diri sendiri kita positif dahulu kelak orang dan teman sekeliling juga akan turut menjadi positif.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

24 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!