6 Tips Bisnes di Rumah

6 Tips Bisnes di Rumah ini dibawakan khas kepada suri rumah atau mereka yang tidak bekerja dengan orang lain. Bisnes di rumah tidak menjadi satu kepayahan lagi pada hari ini. Anda mahu anda akan berusaha sebaik mungkin dan sehabisnya.

Apa sahaja jenis bisnes atau perniagaan hari ini hampir banyak di rumah. Bermula dari kecil-kecilan sehingga pengurusan bisnes besar secara tidak langsung juga ada di rumah.

 

6 Tips Bisnes di Rumah

Selain bercakap tentang sistem yang anda perlukan dalam menjalankan bisnes anda, 6 Tips Bisnes di Rumah ini amat penting sebagai perkara asas. Ia meliputi rutin dan disiplin serta sikap kita sendiri seharian untuk memastikan momentum kita sentiasa kekal.

 

Mulakan Hari Anda Sama Seperti Bekerja Pejabat

6 Tips Bisnes di Rumah

Adalah betul bekerja di rumah anda mempunyai kebebasan masa tersendiri. Namun asas kejayaan apa-apa saja adalah disiplin diri dan masa kita. Jadi walau bekerja di rumah sekali pun disiplin dan pengurusan masa tetap wajib ada. Bangun awal, sarapan pagi serta pastikan diri sentiasa bersemangat.

Pakai pakaian yang kemas tetapi tidak semestinya pemakaian formal. Pastikan juga sentiasa berfikiran positif dan niat dengan betul setiap pagi.

 

Memiliki Mini Pejabat di Rumah

6 Tips Bisnes di Rumah

Bisnes di rumah juga memerlukan satu ruang atau tempat khas untuk anda bekerja secara baik. Anda tidak memerlukan peralatan yang betul-betul sempurna untuk mini pejabat anda di rumah. Cukuplah dengan laptop atau komputer disertakan dengan internet, telefon dan mesin pencetak. Ini merupakan perkara asas untuk keselesaan anda bekerja.

Pastikan mempunyai meja dan kerusi bukannya meniarap atau duduk di atas sofa, nanti terlena yang lebih berbanding bisnes.

 

Mulakan 30 Minit Lebih Awal

6 Tips Bisnes di Rumah

Ramai jutawan mengamalkan konsep dan tips ini sebenarnya. Tidak bermakna waktu bekerja anda pukul 9.00 pagi maka 9.00 pagilah baru anda mula bekerja. Bersedia atau bermula 30 minit awal lebih berkualiti dan berharga. Anda mempunyai masa untuk membuat perangkaan atau perancangan bisnes anda pada hari tersebut.

Semak kembali hasil bisnes yang semalam dan mungkin ada beberapa perkara yang perlu anda buat sambungan dari kerja semalam untuk hari ini. Maka 30 minit awal ini untuk tulis kembali apa yang perlu dibuat.

Pastikan anda menulis di atas kertas kerana ini lebih praktikal dan berkesan. Jika dalam masa 30 minit ini anda masih lagi ada baki-baki masa sebelum waktu rasmi kerja, gunakan ia untuk menonton video-video yang menarik berkonsepkan lucu atau ilmiah berkaitan dengan bisnes anda lakukan.

Mungkin boleh membaca sedikit kisah kejayaan jutawan yang telah berjaya.

 

Plan Kerja Mengikut Keutamaan

6 Tips Bisnes di Rumah

Jika kita betul-betul fokus akan bisnes kita banyak sebenarnya perlu kita lakukan. Lebih-lebih lagi jika kita baru sahaja bermula dalam dunia perniagaan. Maka perancangan itu amat perlu dan wajib ada setiap hari. Pastikan kita utamakan yang betul-betul penting dahulu berbanding yang lain.

Tidak semestinya proses yang banyak itu penting berbanding yang sedikit. Anda harus bijak bezakan kerja yang penting dengan kerja yang banyak. Mungkin boleh jadikan tarikh paling terdekat untuk siapkan kerja tersebut sebagai yang lebih penting.

 

Kekalkan Berhubung Dengan Dunia Luar

6 Tips Bisnes di Rumah

Anda bukanlah sedang bekerja di dalam gua ataupun seorang diri anda sepanjang masa. Buat aktiviti selingan ketika terasa sunyi dan bosan. Selain mendengar muzik anda boleh berbual dengan rakan-rakan di Facebook. Lihat perkara terkini di Twitter, gambar menarik di Instagram dan pelbagai lagi.

 

Tetapkan Waktu Tamat Bekerja

6 Tips Bisnes di Rumah

Jika ada waktu mula bekerja maka anda haruslah tetapkan juga waktu tamat bekerja. Selain perlu berehat anda juga haruslah ada masa untuk bersama orang tersayang atau keluarga yang terutamanya. Anda adalah bos kepada diri anda sendiri, maka tetapkan sebaik mungkin pada pukul berapakah anda mahu berhenti.

Apabila sudah berhenti jangan pula ada lagi serpihan-serpihan bisnes terbawa-bawa sampai ke tempat tidur!

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

27 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!