• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • 5 Tips Mudah Atasi Kekeringan Idea Menulis Blog
5 Tips Mudah Atasi Kekeringan Idea Menulis Blog

5 Tips Mudah Atasi Kekeringan Idea Menulis Blog

Pada mulanya diri ini sendiri rasa tiada idea untuk tulis blog pada hari ini, tapi bila teringat satu gambar ini di Instagram jadi terus tercetus menulis entri 5 Tips Mudah Atasi Kekeringan Idea Menulis Blog ini.

Nampaknya ada impak juga Instagram ini terhadap pencarian idea dalam menulis.

Anybody can create a blog on Blogger or WordPress. That’s the easy part. Maintaining it is tough. Nobody seems to tell you that…” – famousbloggers.net

5 Tips Mudah Atasi Kekeringan Idea Menulis Blog

5 Tips Mudah Atasi Kekeringan Idea Menulis Blog


Bolehkah anda ikuti  tips mudah atasi kekeringan idea menulis blog ini? Buat yang rajin update blog rasanya ianya tidak menjadi masalah, buat yang sentiasa ‘membawa blog’ bersama hidupnya juga tidak menjadi masalah.

Sediakan Satu Buku Catitan

Buku catitan penting sebagai menulis tajuk entri apakah yang bakal kita tulis di hari-hari akan datang supaya momentum menulis itu berterusan.

Buat yang mempunyai Smartphone, boleh menulis dalam Note yang terdapat dalam aplikasi telefon mereka.

Selain menulis tajuk, anda boleh merancang isi-isi yang ingin anda ulas berdasarkan tajuk yang ingin dikeluarkan nanti.

Contohnya entri tentang “Info Makan tapi lapar”, jadi anda perlu cari info, maklumat, rancang susunan isi penting dan ulasan anda sendiri.

Blogwalking and Commenting

Pengguna WordPress saya rasanya tidak punyai masalah seperti ini sebab kebanyakan mereka memang rajin menulis komen.

Kedua-dua sistem ini penting bagi seorang penulis blog yang ingin kekal lama dalam dunia blog dan ingin lebih berjaya.

Jangan malas untuk membaca entri sahabat atau rakan blogger anda dan berikan komen apa yang dia tulis.

Ramai yang terlalu mengejar traffik ke arah blog sendiri tapi lupa bina silaturrahim sesama blogger, “kalau kita rajin ke blog orang, baca dan komen, mereka pun akan terasa ingin datang, baca dan komen”.

Sediakan Draft Entri

Draft entri penting bagi anda yang ingin offline buat beberapa hari tapi bukannya untuk beberapa bulan. Ini mungkin berguna bagi yang mereka ingin pergi bercuti tapi tidak masuk online atau tidak punyai line yang elok disana.

Draft disediakan seawal yang mungkin, seperti saya dalam blog ini mempunyai beberapa draft yang masih tersimpan dan akan dikeluarkan bila sibuk, tiada mood atau tidak ada idea.

Draft tersebut ditulis sewaktu kita punyai banyak idea yang ingin ditulis pada hari yang sama atau minggu yang sama.

Jadi pada waktu itu jangan terus keluarkan entri kita banyak dalam sehari melainkan anda seorang blogger popular. Simpan dahulu entri tersebut dan jadualkan secara bijak bila ingin dipostkan nanti.

Keluar Ambil Angin atau Bercuti

Ini pun bahagian yang senang, rasa tidak ada idea tulis blog, tak ada mood blogwalking and commenting keluar dan ambil angin di mana-mana saja.

Keluar kemana-mana jangan lupa bawa kamera dan catit, sebab bila anda berjalan-jalan akan datang perkara yang membuatkan kita rasa ingin kita kongsikan dalam blog kita, sudah pastilah kita ada blog otak kita lain macam sikit. Ada saja benda yang nak tulis dekat blog.

Ambil Gambar Banyak-Banyak

Biasa kita dengar “a picture can tell thousand of words”. Tapi adakah gambar yang kita ambil itu betul-betul menceritakan keadaan? Lainlah anda seorang fotografer yang hebat letak 10 gambar sekali pun tanpa ulasan yang banyak orang akan faham.

Jadi disini, daripada gambar-gambar yang anda ambil boleh olah semula di blog, cuma kena rajin sedikitlah. Kalau malas memang semua benda tak menjadi.

Mana nak simpan gambar banyak-banyak? Kalau tak cukup memori kad post sahaja dulu ke Instagram bila dah tak ada idea buka semula instagram tengok gambar mana menarik dan boleh di olah di blog semula.

Tipsnya, kalau anda pergi ke sesuatu tempat ada 10 keping gambar yang anda ambil, 1 sahaja post ke Instagram lagi 9 simpan untuk dimasukkan ke dalam blog. Bila buka semula Instagram tengok pada 1 gambar itu anda akan dapat idea untuk ulas semula gambar tersebut dengan sokongan gambar yang 9 lagi tersimpan. Kalau bijak 1 gambar sudah cukup untuk diulas dalam 1 entri.

Kesimpulannya


Tips mudah atasi kekeringan idea menulis blog ini sememangnya mudah untuk dilakukan jika kita betul-betul nak dan rajin.

Tak perlu pening-pening kepala dan tertekan tak ada idea tulis blog. Banyak yang berlaku sekitar hidup kita boleh dijadikan cerita atau penulisan dalam blog, sifirnya catit, tulis, olah dan publish ke blog.

Tips ini saya tulis secara umum dan tidak dikhususkan kepada kategori blogger mana-mana sekali pun, sekadar membantu mereka yang tidak mampu kekalkan momentum penulisan.

Mungkin anda pendapat yang berbeza atau idea yang ingin ditambahkan, boleh kongsikan diruangan komen di bawah.

Terima kasih 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

69 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!