• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • 4 Cara Kembalikan Azam ke Pangkal Jalan
4 Cara Kembalikan Azam ke Pangkal Jalan

4 Cara Kembalikan Azam ke Pangkal Jalan

4 Cara Kembalikan Azam ke Pangkal Jalan ini adalah bagi membantu anda kenal pasti kembali dimanakah tahap azam anda yang terkini setelah 6 bulan telah berlalu.

Ini adalah merupakan masa sesuai untuk kita, anda, kamu dan saya sendiri bertanyakan pada diri kita Dimana Azam 2013 kita? Percaya atau tidak sebenarnya hari ini kita telah memasuki bahagian kedua atau fasa kedua tahun 2013.

Masa tetap akan berjalan dan lebih pantas jika kita tidak pernah memanfaatkannya sebaik mungki. Adakah Azam 2013 kita sudah tercapai setelah 6 bulan lamanya telah kita lalui?

Berapa banyak pula azam 2013 yang telah kita capai, separuh atau semuanya? Bagaimana pula jika belum tercapai apa-apa lagi? Mungkin beberapa cara ini mampu untuk membantu kita hangatkan kembali azam kita.

4 Cara Kembalikan Azam ke Pangkal Jalan


Bila tiba saja waktu penghujung tahun ramai menyatakan azam dan cita-cita bagi tahun tersebut tapi tidak semuanya tercapai malah ada yang sudah kelaut apabila baru sahaja 2 bulan berlangsungnya tahun tersebut.

Kembalikan semula Azam 2013 anda.

#Fikir Dengan Jelas

Mungkin anda tergolong antara mereka yang begitu gilang gemilang dalam meletakkan azam 2013 namum anda tidak berfikir dengan jelas adakah azam yang anda targetkan itu sesuaikah dengan diri anda ataupun anda mampu capainya.

Kini masih belum terlambat jika anda ingin perbetulkan semua, fikir dengan jelas azam tersebut boleh diteruskan atau ditukar ganti supaya lebih senang dicapai.

#Tulis Kembali Azam Anda

Bukan senang untuk mengekalkan igatan dan ketelusan terhadap satu-satu azam. Kesilapan yang kita lakukan ialah apabila kita hanya menyatakan azam kita tapi kita tidak tulis dan juga ada yang tulis tapi tidak pernah mencatat plan strategi bagaimana ingin mencapainya.

Perlulah kita tulis dan rangka sebaiknya bagaimana satu-satu azam itu perlu dicapai barulah senang untuk dituruti sehingga berjaya.

#Sentiasa Positif dan Positif

Bukan sahaja matlamatkan azam yang positif untuk diri kita tapi tindakan dan sikap kita juga memainkan peranan penting juga.

Jika kita ingin capai sesuatu, kita perlulah bermula dengan pemikiran yang positif yang mana perlulah berfikir bahawa kita mampu capainya dan layak untuknya.

Dalam tengah kita berusaha pula tindakan kita juga haruslah sentiasa positif dan positif bukannya terus cepat melatah, marah dan kecewa sedangkan belum lagi di pengakhirannya.

Mungkin ini nampak senangkan sebab perkara yang umum tapi bila kita sendiri hadapi sesuatu keadaan itu positif inilah sukar kita kekalkan ada saja penyebab untuk kita terkeluar dari rangkaian orang yang positif.

Jika anda pernah hadiri Seminar Dr Azizan sendiri beliau juga pernah menekankan para pesertanya agar berfikiran positif.

#Bertindak Segera

Apa lagi sedang bermengah-mengah terus lakukan sekarang lupakan yang melalai mulakan langkah anda sekarang dengan mencatit kembali senarai Azam 2013 anda.

Selepas catat kembali senarai Azam 2013 anda pastikan anda bezakan yang mana telah tercapai dan yang belum, kemudian anda pangkah yang mana azam anda rasa tidak perlu atau perlu ditukar ganti dengan yang lain.

Setiap daripada itu mestilah disenaraikan dengan cara untuk mencapainya atau strategi anda sendiri.

Akhirnya bila sudah ada strategi semua teruskan bertindak, semoga berjaya mencapai, Insya Allah amalkan 4 cara kembalikan azam ke pangkal jalan ini.

Cara Pintas 4 Cara Kembalikan Azam ke Pangkal Jalan


Mungkin cara ini di lihat perlukan kemahiran dan ilmu yang cukup untuk lebih berjaya. Tapi tak mengapa tak perlu risau anda perlu kuasainya dengan hanya mengikut panduan yang disediakan.

Cara ini mengajar anda untuk lebih tahu satu persatu kelemahan dan kekuatan anda kerana lain orang lain sistem kekuatannya sendiri.

Dapatkan Teknik Kenali Potensi Diri untuk lebih berjaya.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

38 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!