• Home
  • /
  • Contest
  • /
  • 3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita
Blogger Arab Tawar Hadiah dari Tanah Arab

3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita

3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita ini dibawakan khas oleh saya sendiri melalui kontes Asyrof Asri dengan tawaran hadiah lumayan dari Tanah Arab. Sudah lama diperhatikan ketiga-tiga bloggers ini yang menjadi perhatian beberapa bloggers lain.

Impian Pulang ke Tanah Air

Asyrof Asri merupakan pelajar yang sedang menuntut di Tanah Arab, Mesir di Fakulti Syariah dan Undang-Undang bertempat di Al-Azhar Universiti.

Beliau untuk pulang ke Tanah Air tercinta Malaysia pada tahun ini dengan beberapa sebab.

#Kerinduan pada keluarga dan Tanah Air                                

Ah siapa tidak rindu pada keluarga dan tanah air sendiri bila lama berada di negara orang. Cantik mana pun negara orang kita tetap rindukan negara kita sendiri kerana disitulah tempat kita membesar, jatuh bangun semua di bumi air tercinta.

Semoga Asyrof dapat pulang dan nikmatilah apa yang diidamkan serta diimpikan sesungguhnya segala ciptaan Allah S.W.T penuh dengan nikmat.

Tarik udara sepuas-puas hati di Tanah Air, orang kata hirup udara segar sewaktu pulang ke Tanah Air (setelah lama diperantauan) boleh menyebabkan otak kita segar kembali.

#Buku dan Penulis

Buku dan penulis satu perkara tak dapat diasingkan, “Siapalah buku tanpa penulis”. Saya doakan Asyrof agar agar berjumpa dengan Tuan Zamri Mohamad dan tuntutlah ilmu sebaik yang mungkin kerana peluang yang datang hanya sekali. Aminnnn. Saya pun ada baca beberapa buku keluaran PTS Sdn Bhd sewaktu zaman sekolah dulu, bagus juga buku-buku keluarannya.

#Blogger Popular?

Pada saya bukan mudah untuk jadi popular walaubagaimanapun saya doakan Asyrof tercapai apa yang diidamkan, semoga Allah makbulkan hajat saudara Asyrof aminnnn.

Tidak ketinggalan juga mungkin untuk berjumpa mereka ini semua:

1. Akma Omar.
2. Titan
3. Selebriti Blogger
4. PuanBee
5. Kak Rock
6. Prof. Azrizam Mansor – Pakar Penulisan
7. Yang Berbahagia Datin Tyka
8. Ariffshah – Pakar SEO

Dalam satu masa yang sama adalah sukar melainkan dalam satu program yang besar-besaran seperti Sepetang Bersama Blogger. Harap agar kita dapat bertemu jika ada SBB2014 nanti Asyrof, inilah masa terbaik untuk Asyrof jumpa setiap orang.

Syukurlah sebab Asyrof sudah berjaya mengikut kursus penulis anjuran PMAM, saya belum pernah lagi berpeluang mengikuti mana-mana kursus penulisan. Boleh dikira Asyrof seorang yang bertuahlah.

Saya doakan Asyrof selamat kembali ke Tanah Air, jangan lupa jumpa semua blogger yang pernah berinteraksi dengan Asyrof agar semua lebih kenal siapa sebenar Asyrof. 🙂

3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita

Ketiga-tiga pilihan blogger ini adalah pilihan saya sendiri, tiada pengaruh dari mana-mana pihak sebab saya memang suka ke blog mereka.

#AkmaOmar.com

3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita

Sebuah blog oleh Akma Omar hebat dalam penulisan dan sering menang pertandingan, hehe. Siapa tak kenal rugi. Banyak menjadi penulis jemputan, ayat-ayat beliau dalam penulisan menjadi aspirasi kepada ramai blogger lain.

#MamaMurai.com

3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita

Blog melayu, jiwa melayu, ini yang terbaik kita ada. Kagum dengan beliau guna Thesis Framework boleh dikatakan seorang wanita blogger yang hebat, saya selalu ke blog beliau dan beliau akan datang ke sini juga.

#Norfanil 2.0

3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita

Sebuah blog daripada gadis tempatan Norfa Lyana, memang betul-betul selangkah ke hadapan. Boleh dikatakan seorang gadis blogger yang terkedepan. Tengok iklan di blog beliau saja dah tahu kemampuan blognya, hebat.

#Denaihati

3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita

Siapa tidak kenal dengan blog Denaihati, blog yang paling top. Pelbagai ilmu ada di sana boleh dikira dari ilmu blog hinggalah kepada ilmu kehidupan. Tempat sumber ilmu dan maklumat bagi blogger, dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi sangat banyak memberi kepada semua. Kalau kita tak cari macam mana orang nak memberi? Jadi kunjung-kunjunglah selalu ke Denaihati.

#ArifShah

3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita

Siapa tidak kenal dengan Modern Man kita ini, seorang blogger muda yang hebat. Beliau juga seorang yang mempunyai gaya penulisan yang menarik, banyak penulisan beliau berbentuk education tapi sempoi. Beliau juga salah seorang yang menjadi ispirasi buat blogger lain untuk berjaya dalam dunia blog. Blogger contoh terbaik.

#Shakiddo.com

3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita

Seorang lagi blogger yang sempoi tapi oleh. Shakiddo.com oleh Hisyamudin Fadzil boleh dikatakan otai Nuffnang dan raja review. Berkunjung saja ke blog beliau dapat lihat pelbagai review yang ada, hebat. Seorang yang suka membalas kungjungan rakan blogger ke blog beliau.

Ada ramai lagi blogger hebat yang tidak saya masukkan disini, ini hanya memenuhi syarat kontes oleh Asyrof Asri. Semua rakan-rakan blogger yang saya kenal memang hebat dan banyak yang boleh kita pelajari daripada mereka.

Blogger Contest Tanah Arab

Ini adalah merupakan entri Blogger Contest Tanah Arab oleh Asyrof Asri, terima kasih kerana menganjurkannya dan terima kasih buat yang habis baca.

Kontes ini dianjurkan oleh AsyrofAsriStudio.com dan ditaja oleh InsyirahAzhar.com, Colleen-Kawai.com, UstazImad.com, huseinrider.blogspot.com, SumiJelley.com, AkmaOmar.com, LadfeAmir.com, Azri.my dan SukaSedap.com.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

40 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!