2014 - You Must Increase Your Life

2014 – You Must Increase Your Life

2014 sudah pun menjelang tiba dan menjadi impian pemula bagi semua orang dan tidak ketinggalan juga akan muncullah azam tahun baru dan semangat yang baru bakal merubah gaya, persepi dan corak hidup kita sepanjang tahun ini.

Alhamdulillah bagi saya 2013 – Misi Tercapai walaupun sepanjang tempoh itu juga saya mengalami saat kejatuhan dan saat kebangkitan yang berganda itu sangat nikmat terasai.

Perubahan Gaya Hidup

Peningkatan kos hidup menjelang tahun 2014 membayangkan bahawa 2014 sebagai tahun sengsara kerana pelbagai kenaikan sedikit demi sedikit buat rakyat dan pengguna.

Namun, kita tidak boleh terhenti begitu sahaja dalam apa sahaja yang telah kita usahakan dan bina selama ini.

Jadikan pemula 2014 ini sebagai pemusnah kepada bayangan buruk kita agar matlamat kita pada tahun ini terus menerus tercapai dengan satu usaha yang gigih sehinggalah penghujung tahun nanti.

Mungkin sesetengah orang akan berubah gaya hidup mereka hasil daripada penat lelah usaha mereka dan tidak  terkecuali buat mereka yang masih lagi berusaha dalam meningkatkan gaya hidup masing-masing.

Perubahan dalam gaya hidup bukan bermakna 100% namun jika kita lakukan sediki demi sedikit sehingga mencapai 100% walaupun hingga hujung tahun kelak, kita mampu digelar juara mencapai matlamat hidup sendiri.

Matlamat dan Target 2014

Bagi saya pada tahun 2014 ini saya tidak meletakkan target terlalu tinggi pada awal tahun sebegini, cukup sekadar untuk jangka waktu terdekat dan pada masa akan datang ia akan bertambah mengikut keadaan semasa.

Perkara yang pasti juga, kahwin tidak ada dalam senarai target 2014 – harap tidak ada yang bertanya kelak.

Fokus saya lebih kepada kerjaya saya sekarang ini dan menyelesaikan apa sahaja perkara yang belum selesai pada tahun 2013 lepas. Tambahan lagi kepada mengekalkan dan menambahkan momentum dalam berblog yang kini serta memperbaiki lagi apa yang tidak cukup atau perlukan perubahan dan pembaikan.

Wajah Baru Khairulzamri.com 2014

Perubahan wajah laman ini seiring dengan matlamat memperbaiki lagi ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik lagi, insyaAllah.

2014 - You Must Increase Your Life

Dengan masa yang singkat yang saya ada masih sempat lagi diluangkan untuk menulis dan mengubah laman ini secara berkala walau tidak hampir setiap hari.

Hidup dengan blog sudah terbiasa maka dalam sehari wajib tengok wajah blog sendiri walaupun tidak update dan balas komen sekali pun.

2014 – You Must Increase Your Life

Antara kata-kata yang masih terpahat lagi dalam kepala saya semenjak melangkah kaki keluar daripada sebuah company sebelum saya meneruskan kerjaya saya di tempat sekarang ialah:

You Must Increase Your Life

Ini merupakan pesan seorang pengawal keselamatan di syarikat tersebut kepada saya pada hari terakhir berada di sana.

Saya simpan kata-kata ini dengan usaha serta mencari jalan bagaimana ingin mempertingkatkan kehidupan saya sendiri atau membina kehidupan saya sendiri.

InsyaAllah saya berusaha sehinggalah perkataan ini termakbul dan saya mempunyai 1001 sebab mengapa saya harus mempertingkatkan kehidupan saya sendiri.

Semoga 2014 ini menjadi yang terbaik buat kita semua, kepada blogger teruskan perjuangan dan kepada yang baru ingin bermula masih belum terlambat lagi.

Semoga semua sukses. Terima kasih.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!