2013 - Misi Tercapai

2013 – Misi Tercapai

2013 – Merupakan satu titik perjalanan yang agak besar perubahan drastiknya dalam diri dan dunia yang saya alami. Dalam sebuah perjuangan kita tetap akan merasa sedikit kesakitan dan ujian dalam memastikan diri kita lebih tabah dan kuat dalam proses kedewasaan.

Salah satu fokus saya ialah dunia blogging yang kini bagi saya bukan satu lagi sebuah dunia picisan semata-mata kerana ia telah banyak membantu dalam perjalanan hidup saya sepanjang tahun 2013 ini, Alhamdulillah.

Hentamlah Dengan Ujian Bukan Penipuan

Pengajaran terbaik yang saya amati sepanjang tahun ini adalah lebih baik kita dihentam dengan ujian bukan dengan penipuan semata-mata, kerana sebuah penipuan akan memakan diri sendiri kembali.

Bagi saya 2013 yang telah saya lalui ini hampir 90% daripada matlamat dan azam saya sudah tercapai, alhamdulillah syukur pada Allah SWT.

Perubahan dan Pencapaian Sepanjang 2013

2013 menjadi titik mula saya menjadi seorang pemilik blog yang tegar dengan melakukan perubahan 100% secara memindahkan laman saya kepada WordPress 100% dan alhamdulillah sehingga Disember 2013 saya sudah menjana atau mendapat pulangan 200% hasil daripada pelaburan saya proses menjenamakan serta membina kembali blog.

Antara kesimpulan secara ringkas hasil 2013 saya:

  • Menamatkan Intern
  • Menamatkan tempoh pengajian ijazah saya
  • Mendapat peluang pekerjaan setelah tamat praktikal
  • Membina beberapa laman baharu
  • Berjaya capai target jadikan khairulzamri.com mesra SERP
  • Membeli CommentLuv Premium
  • Mendapat peluang jadi penulisan jemputan
  • Dapat sedikit Advertorial walaupun sedikit
  • Menang beberapa kontes walau tak popular
  • Berjaya dapatkan komisen beberapa program Affiliate
  • Trafik blog dan Search Engine 

Itu secara ringkas walaupun tak semua hasil pendapatan saya kongsikan dalam penulisan di laman ini dan yang menjadi motivasi terbaik adalah trafik dengan pulangan iklan yang berbaloi.

2013 - Misi Tercapai

Pada penghujung November 2013 sehingga pertengahan Disember 2013 laman ini terpaksa ditutup seketika bagi proses menaik taraf hosting akibat bandwidth limit kesan daripada kecurian artikel 100% bersama dengan link photo sekali.

Alhamdulilah selepas berjaya memindahkan kepada pakej lebih besar blog kembali normal walaupun semenjak bekerja saya sangat jarang update blog.

Contest SEO Eridy juga telah menghampiri kepada pengakhiran dan saya ucapkan tahniah kepada mereka yang menang semoga banyak ilmu yang anda dapat hasil daripada penyertaan kontes ini.

2014 – Perubahan Besar atau Sambung Ketidak Sempurnaan?

2014 merupakan tahun cabaran buat kita semua dan bagi saya kehidupan saya yang sebenar baru sahaja bermula banyak dugaan dan cabaran bakal ditempuhi lagi.

Terima kasih kepada otai-otai blogger yang sudi mencurahkan ilmu kepada saya sepanjang tahun 2013 ini walau tidak 100% namun saya usahakan dengan mencari dan terus mencari menjadikan ia hampir 100%.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang lain tidak terkecuali yang memberi tunjuk ajar, memberi komen dan sentiasa datang, singgah dan baca artikel-artikel di laman ini.

Semoga kalian semua akan lebih sukses pada 2014 nanti, aminnn.

Jangan hentikan apa yang telah kita bina dan mulakan – kejayaan akan datang!

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

32 Comments

error: Content is protected !!