• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • 10 Tips Tangani Stress Dalam Diri

10 Tips Tangani Stress Dalam Diri

10 Tips Tangani Stress ini adalah merupakan yang mudah dilakukan. Namun masih ramai yang lupa dan tidak gemar lakukan apabila sedang stress. Apa yang kita lakukan hari ini dan bagaimana sikap hari ini merupakan hasil yang kita buat 5 tahun yang lalu.

Begitulah seterusnya bolej jadi 3 atau 5 tahun akan datang. Kita akan jadi sebagaiman kita usahakan hari ini. Sikap, tingkahlaku dan segala usaha bakal menentukan kehidupan kita kelak. Adakah kita tetap memilih untuk hidup cara yang sama setiap hari atau kita akan bangkit menjadi manusia luar biasa. Semuanya kita yang tentukan dengan sikap atau attitude kita hari ini.

 

10 Tips Tangani Stress Yang Anda Sering Lupa

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Ini adalah termasuk apa yang kita fikirkan tentang diri kita, orang di sekeliling kita dan juga keadaan persekitaran kita. Semua aspek ini bakal mempengaruhi gaya hidup kita yang bakal membentuk diri kita sendiri.

Kita mempunyai pelbagai pilihan untuk tangani keadaan stress. Tak semua cara dapat mengawal tekanan dan memberhentikan kemarahan kita. Sabar dalam bentuk mengambil beberapa tindakan seperti dibawah ini lebih baik dari berdiam sahaja.

 

Amalkan Sikap Bertenang

Percaya atau tidak, tak semua perkara kita mampu bertenang. Bertenang menghadapi waktu tertekan boleh mengurangkan beberapa perkara. Ini termasuk mengawal akal fikiran kita melampaui batasan dan kesakitan hati supaya tidak mudah memberontak.

 

Tarik Nafas Secara Mendalam

Apabila berada dalam keadaan tertekan, secara automatik tekanan darah kita mula meningkat. Bagi mengawal kemarahan yang bakal meletup adalah baik kita cuba menenangkan secara segera. Sikap ini melatih kita satu karakter rileks untuk mengawal keseimbangan tekanan darah dan dengupan jantung.

 

Berehat Dan Mendengar Muzik Yang Menenangkan

Jika berada dalam keadaan berdiri adalah lebih baik kita duduk seketika. Mendengar muzik atau alunan zikir dan bacaan al-Quran memberikan terapi terbaik untuk jiwa dalaman kita. Jiwa yang memberontak tidak akan memberikan sebarang kebaikan sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang sekali pun.

 

Cuba Bercakap Dengan Seseorang

Bercakap dengan seseorang sama ada kawan, ibu bapa atau suami isteri boleh mengurankan tekanan anda. Bercakap mendidik kita berkongsi keadaan tekanan semasa kepada orang yang percaya dan rapat. Mana tahu mereka mempunyai idea dan nasihat yang bernas untuk kita pada ketika itu.

 

Sentiasa Berfikiran Positif

Antara sikap yang sukar dikawal hari ini. Mengamalkan sentiasa berfikiran positif ada kaitan dengan iman dan ehsan dalam diri seseorang itu. Kadang-kadang mereka yang dalam keadaan berwuduk sekalipun tidak terkecuali terlepas untuk berfikiran positif. Cuba setkan dalam minda, mungkin ada hikmah atau sesuatu yang ingin Tuhan tunjukkan kepada sesuatu perkara sedang berlaku.

10 Tips Tangani Stress

 

Sentiasa Beribadat

Tambah lagi perisai diri kita sendiri. Membentuk jati diri yang kukuh dan kuat dengan sentiasa beribadat. Beribadat membentuk satu aura positif dalam diri dan mengawal jiwa serta mendidik hati yang bersih. Kaya jiwa kaya jati diri.

 

Sentiasa Bersenam Walau Seminggu Sekali

Pengamalan cara hidup yang sihat sudah terbukti menjadikan seseorang itu yang berkualiti. Bersenam menyebabkan diri mempunyai kitaran aliran darah yang baik. Pengaliran oksigen yang teratur keseluruh otak. Lantas menjadikan minda dan pemikiran yang sihat. Cuba kalau tak percaya.

 

Pergi Bercuti Untuk Seketika

Ajaklah orang yang anda sayangi untuk pergi bercuti. Lupakan seketika permasalah kehidupan sekeliling anda. Cari ketenangan di tempat-tempat yang menarik supaya minda dan jiwa lebih relaks. Jauh perjalan luas pemandangan. Apabila pemandangan luas minda kita lebih tenang dan akan lupakan perkara-perkara kecil dan remeh serta tidak penting.

 

Belajar Memaafkan Kesilapan Orang Lain

Ada sesetengah orang mudah melupakan kesalahan orang lain terhadap dirinya. Namun ada sesetengah yang lain pun mengambil masa yang lama untuk melupakan kesalahan orang lain kepadanya. Lagi teruk apabila kita langsung kita dapat memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita. Adakah kita sendiri tidak pernah buat salah dan menyakiti orang lain? Lebih baik lupakan saja dan fokus untuk kehidupan kita sendiri agar lebih baik dan berjaya.

 

Bermain Dengan Kucing

Bermain dengan kucing atau binatang peliharaan antara jarang orang lakukan. Bayangkan sesetengah mereka dalam keadaan marah kucing pun mereka sepak! Anda zalim kerana melepaskan kemarahan bodoh anda kepada makhluk yang langsung tidak berdosa. Ini melambangkan sikap dan tahap minda anda sendiri.

Kenapa tidak jadikan kucing itu tempat anda mengadu tekanan anda dengan cara memeluk atau mengusapkan. Aura negatif dalam diri kita dalam dikurangkan jika mendampingi haiwan kesayangan kita.

 

Bukan Pelik Cuma Kita Tidak Pernah

Kadang-kadang apabila kita baca sesuatu kita rasa pelik dengan cadangan idea sebegini. Sebenarnya kita sendiri yang tidak pernah cuba lakukan tips sebegini. Mereka yang kongsikan sesuatu itu adalah mereka yang pernah cuba lakukan. Mungkin tak semua berguna untuk keadaan semasa kita namun mana kita sangka salah satu daripadanya berjaya mengawal tekanan kita.

Jika anda mempunyai tips yang lain selain 10 Tips tangani stress ini boleh kongsikan bersama-sama diruangan komen. Wassalam.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!