10 Sahabat Perlu Dihargai

Sahabat adalah insan yang istimewa dalam hidup kita. Penulisan 10 Sahabat perlu dihargai ini mungkin menjadi rujukan kepada golongan muda remaja. Siapa pun kita pada hari ini kawan tetap menjadi antara salah seorang yang penting dalam hidup.

Dari kecil sehinggalah kita dewasa hari ini, sudah berapa ramaikah kawan dan sahabat yang kita ada. Kawan datang dan pergi. Sahabat wujud dan hilang. Itu adalah fitrah kehidupan yang sememangnya berlaku dalam hidup. Ramai yang gagal dalam hidup kerana kawan, ada juga yang berjaya dalam hidup kerana kawan. Kawan juga penting dalam konsep kerja berpasukan.

 

10 Sahabat Perlu Dihargai Dalam Hidup

Tempoh hari ketika menghadiri temuduga kerjaya, saya diajukan soalan untuk berikan nama 10 orang sahabat atau kawan yang baik. Sangat mengujakan kerana dalam tempoh yang singkat kita harus jawab siapa kawan atau sahabat kita. Jika 10 sahabat ini adalah antara mereka yang perlu dihargai, kita tidak akan teragak-agak menyebut nama mereka dengan pantas sekali.

 

Sahabat Yang Ceria dan Menceriakan

10 Sahabat Perlu Dihargai

Keceriaan adalah sebahagian dalam hidup. Tak lengkap hidup kalau tak ada kawan yang ceria dan menceriakan hidup kita. Tak seronok bila suasana hidup terutama yang bujang ini terlalu serius. Kalau  tinggal di hostel atau kolej kawan yang menceriakan ini boleh menghilangkan suasana yang sunyi. Begitu juga kalau rumah sewa yang bekerja ada juga kaki yang buat suasana riuh dalam rumah.

 

Sahabat Yang Memberi Ketenangan

10 Sahabat Perlu Dihargai

Sahabat yang memberi ketenangan sangat istimewa berbanding yang jenis ceria. Mungkin ada kawan yang mempunyai kedua-dua ciri ini tapi sukar dicari. Orang yang suka buat kita tenang ini jenis orang yang penyabar dan tenteram. Kita yang tengah kelam kabut boleh dekati kawan yang macam ini, barulah jiwa kita tak kacau.

 

Sahabat Yang Berbaik Sangka

10 Sahabat Perlu Dihargai

Susah nak cari kawan yang jenis ini. Sahabat yang jenis berbaik sangka ini sebenarnya mempunyai nilai kesabaran yang tinggi. Apabila kita buat salah dia tetap tidak menyalahkan kita sepenuhnya. Malah mampu lagi boleh senyuman dan bersahaja seperti tak ada apa-apa berlaku. Menganggap mungkin kita tersilap sedikit untuk sesuatu kesalahan adalah amat mulia hati orang ini.

 

Sahabat Yang Tidak Suka Mengata

10 Sahabat Perlu Dihargai

Antara kawan yang patut kita ada adalah yang tidak suka mengata orang lain dan diri kita sendiri. Hari ini hampir semua orang suka cakap belakang, tikam belakang dan bermacam umpatan lagi. Ingin mempunyai kawan seperti ini sebenarnya bermulalah dengan kita pertama kalinya. Elakkan mengata orang lain walaupun bukan kawan atau kenalan kita sendiri. Nanti kita rasaikan sesuatu yang baik akan datang kepada kita. InsyaAllah.

 

Sahabat Yang Ikhlas

10 Sahabat Perlu Dihargai

Ikhlas sebenarnya cukup sukar untuk diukur dari luaran. Malah ada yang sudah berkawan tahun lamanya masih lagi tiada keikhlasan. Ada masa kawan tolong kita yang kita fikir dia ikhlas tapi sebenarnya dia terpaksa tolong kita. Ikhlas itu sangat subjektif, sukar untuk ditetapkan melainkan hatinya benar-benar jujur. Walau apa pun jangan kita pertikaikan tahap keikhlasan orang lain kepada kita sama secara zahir mahupun dalam diam.

 

Sahabat Yang Jujur

10 Sahabat Perlu Dihargai

Keikhlasan mungkin perlukan kejujuran. Namun sesetengah keikhlasan ada yang tidak perlukan kejujuran. Mungkin betul mungkin tidak, terpulang pada situasi semasa. Hendak jadi seorang yang jujur senang sahaja. Bermulalah jujur dengan diri kita sendiri, jujur dengan Maha Pencipta. Secara automatiknya kejujuran ini akan menjadi sifat natural dalam diri kita sendiri. Cubalah.

 

Sahabat Yang Baik Tutur Katanya

10 Sahabat Perlu Dihargai

Walau kita tidaklah seorang yang amat baik. Kita tetap perlukan sahabat yang baik tutur katanya. Kawan yang bercakap baik ini akan menyenangkan kita, memberikan kita rasa selamat dan mempunyai tahap kejujuran yang tinggi. Tapi tidak bagi mereka yang bermuka-muka. Kenali sebaiknya siapa kawan dan sahabat kita. Kalau rasa tak sesuai jadi tak perlulah berkawan dengan rapat. Hidup penuh dengan pilihan.

 

Sahabat Yang Berfikiran Positif

10 Sahabat Perlu Dihargai

Bagus ada kawan yang berfikiran positif dalam hidup kita. Mungkin saat kita down dia akan datang tenangkan kita dan memberikan kata-kata positif supaya kita tidak terus putus asa atau kecewa. Orang yang jenis positif ini adalah seorang yang mempunyai aura yang tinggi. Tidak ada sikap amarah dan baran dalam diri. Bukan setakat bersikap positif kepada kawan sekeliling tapi memberikan jiwa positif kepada diri sendiri juga. Cubalah.

 

Sahabat Yang Baik Hati dan Niatnya

10 Sahabat Perlu Dihargai

Jenis yang baik hati dan niatnya ini kadang memberikan keinsafan dalam diri kita sendiri. Sebab kawan yang baik hati mampu membuatkan kita tersentuh hati dan terharu seketika. Kita mungkin tolong dia sedikit dan tak seberapa tapi dia membalas dengan pertolongan yang lebih besar kepada kita. Jadi hargailah tidak kira kecil atau besar sumbangan seseorang itu kepada kita.

 

Sahabat Pendengar Yang Baik

10 Sahabat Perlu Dihargai

Tak ramai kawan atau sahabat yang mampu menjadi pendengar yang baik. Mungkin termasuk kita sendiri tak mampu menjadi pendengar yang baik kepada kawan-kawan kita. Menjadi pendengar yang baik bukan sekadar mendengar dari telinga kanan, angguk kepala dan menjawab ya betul, ya memang, aku setuju, bagus! Sekurangnya kena ada kisah contoh, nasihat sampingan, kata-kata perancangan dan menjadi penasihat masalah dengan tiba-tiba.

 

Siapa 10 Sahabat Yang Perlu Anda Hargai?

Bila hampir selesai merungkai masalah sahabat ini. Saya dapati bahawa 10 sahabat perlu dihargai tak mungkin terbahagi kepada 10 orang individu sebenarnya. Logiknya tak mungkin seseorang itu mempunyai 1 sifat sahaja dalam dirinya. Jadi kombinasi dalam 10 ini lah yang menentukan siapa kawan dan siapa sahabat anda.

Tak mungkin ada 10 orang sahabat dalam 1 masa. Kita nak kawan dan sahabat yang sempurna seperti 10 sahabat ini. Tapi sebenarnya semuanya bermula dengan diri ini sendiri tidak dengan orang lain. Tidak semestinya kawan itu terdiri dari orang luar. Kawan juga mungkin bermula dari dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri.

 

Jadi Diri Sendiri

Jadi diri sendiri itu adalah perlu namun kita perlulah sentiasa tingkatkan diri kita sendiri. Tidak semestinya menjadi diri kita sendiri dengan makna kekal sama seperti semalam atau seperti sediakala. Dalam menjadi diri sendiri itu adalah terbaik kita perbaiki sedikit demi sedikit sifat serta sikap yang mana perlu diubah.

Terima kasih kepada sahabat dan kawan yang pernah hadir dalam hidup ini. Maaf untuk semua salah silap atau terkasar bahasa sama ada secara sengaja atau tidak. Sama ada secara sedar atau tidak akan semua kesalahan, kesilapan dan kekurangan diri ini.

Semoga perjuangan dalam hidup diteruskan walau telah membawa haluan masing-masing, kejar cita-cita dan matlamat hidup kita hinggalah kesudahannya.

 

“Sahabat adalah apa-apa dan sesiapa yang dapat rasakan manfaatnya, sama ada kecil atau besar, sama ada semalam atau setiap hari selagi bersamanya…”

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!