• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • 10 Cara Mencari Ketenangan Jiwa
10 Cara Mencari Ketenangan Jiwa

10 Cara Mencari Ketenangan Jiwa

Cara mencari ketenangan jiwa amat menjadi sinonim buat setiap yang bermasalah terutama yang beragama Islam suka akan ketenangan khususnya ketenangan jiwa, kerana hanya dengan ketenanganlah jiwa dan diri mampu melahirkan cas-cas positif dalam diri yang membantu juga kita membina keyakinan diri kita sendiri.

Tak kira siapa pun kita, kaya, sederhana, muda, remaja, dewasa, bujang dan sudah berkahwin sekali pun tetap cintakan rasa ketenangan dalam diri dan setiap orang pasti ada masalah sendiri. Di pasaran juga tidak ketinggalan dijual berbagai-bagai buku tentang cara mencari ketenangan jiwa dalam berbagai versi dan berbeza tajuk tapi dengan matlamat penulisan yang sama iaitu untuk ke arah ketenangan jiwa.

 

Doa-pembuka-12-pintu | 10 Cara Mencari Ketenangan Jiwa

Doa Pembuka 12 Pintu


Kenapa amalkan doa pembuka 12 pintu? Senang ceritalah, saya bercakap dengan pengalaman yang ada, maaf bukan riak tapi sebagai bukti. Amal doa ini setiap pagi tak mungkin ambil masa 1 minit pun, sebab sambil pakai bedak boleh baca, sambil sikat rambut pun boleh baca kalau tampal dekat cermin.
Perhatikan sendiri maksud doa Pembuka 12 Pintu ini, kita memohon agar dibuka pintu-pintu dalam kehidupan kita yang boleh mempermudahkan urusan kerja seharian kita dan bila urusan kerja menjadi senang kita pun rasa tenang, tak begitu?

10 Cara Mencari Ketenangan Jiwa di Internet


Membaca dan mendengarkan al-Quran
Menyayangi orang miskin
Melihat orang yang dibawah, jangan lihat ke atas
Menjaga Silaturrahim
Banyak mengucapkan “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah”
Mengatakan yang benar (Haq) sekalipun pahit
Tidak ambil peduli akan celaan orang lain selagi apa yang kita lakukan itu benar dan kerana Allah
Tidak meminta kepada orang lain
Menjauhi hutang
Selalu berfikir positif

Dari Penulis


Banyak lagi tips untuk tenangkan jiwa kita sendiri seperti melihat kebesaran Illahi pemandangan laut, gunung-ganang. Kejadian maklukNya seperti aktiviti haiwan semua bergerak bebas di atas muka bumi tanpa henti.

Membaca buku-buku motivasi juga memberi sedikit semangat buat kita yang jiwa sedang tidak tenteram, kerana kita cuba mengalih pemikiran kita kepada perkara lain jadi kita akan lupakan permasalahan yang sedang kita hadapi.

Ambil angin atau hirup udara segar ini boleh memberi sedikit kesegaran kepada otak kita meregangkan tekanan dan kekusutan.

Kesimpulan


Semua yang kita mahukan untuk tenangkan diri kita sememangnya telah ada dalam ajaran agama kehidupan kita seharian, cuma yang membezakan sama ada kita amalkan atau tidak. Semoga perkongsian ini dapat mengingatkan diri ini sendiri serta rakan-rakan pembaca.
Penulisan ini mungkin menjadi saham saya hingga ke akhirat dan anda juga boleh menjadi sebahagian daripada dengan meninggalkan beberapa lagi cara mencari ketenangan jiwa dan kongsikan kepada rakan yang lain.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

25 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!