• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • 10 Cara Melupakan Sahabat Yang Jahat

10 Cara Melupakan Sahabat Yang Jahat

Cara melupakan sahabat yang jahat antara perkara tidak patut berlaku kerana ramai yang tercari-cari sahabat sejati dan sahabat sehati sejiwa khususnya mereka yang di kalangan mahasiswa/mahasiswi di IPT.

Tidak juga ketinggalan adik-adik yang masih berada di bangku persekolahan. Penulisan ini saya ilhamkan sendiri hasil daripada carian kata kunci ke blog ini, jadi jangan salahkan saya.

Trend Kekecewaan Yang Berlaku

Isu kecewa dengan sahabat atau kawan boleh dikatakan isu kedua yang mungkin besar selepas isu kecewa dengan cinta. Betul kata orang juga “tak ada awek cari kawan, dah ada awek lupa kawan” betul? Ada betulnya buat mereka yang pernah alaminya dan buat yang tak pernah alami sila diam, haha semoga anda tidak terus melupakan hati kawan anda.
Defisinasi kawan dan sahabat berbeza dari sudut rasa, perasaan dan juga kekuatan. Kebanyakan kita lebih mudah dan sensitif untuk kecewa dengan sahabat berbanding dengan kawan, jadi sebelum anda kecewa nilai dulu siapa kawan dan siapa sahabat anda supaya tidak kecewa sia-sia sahaja.

Cara Melupakan Sahabat Yang Jahat

Antara cara-cara melupakan sahabat yang kita tidak suka atau tidak sebulu dengan kita senang saja:
  1. Keluar ambil angin dulu ketika hati masih panas atau membara.
  2. Tengok keindahan alam jika jiwa dalam keserabutan.
  3. Jangan pusatkan pemikiran kita terhadap permasalahan atau pertelingkahan yang sedang berlaku.
  4. Cari keseronokan yang bisa melupakan permasalahan kita pada waktu itu seperti bermain game, sukan, tengok cerita dan banyak lagi.
  5. Elakkan sebarang pergaduhan sesama kita, kita semakin matang demi hari jauhkan sikap negatif ini.
  6. Cari kawan yang baru atau yang lain dan cuba-cuba rapat dengannya mana tahu dia lebih baik?
  7. Pastikan kita sudah meminta maaf dan memaafkan kesalahan antara kita dan dia kerana ini lebih memudahkan kita melupakan sesuatu yang menyakiti hati kita.
  8. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T ini bisa membuatkan jiwa dan hati kita lebih tenang.
  9. Rancang kehidupan kita yang baru tanpa sahabat yang lama atau yang sudah melukakan kita.
  10. Pasakkan minda dan matlamat kita bahawa tanpa dia kita boleh dan lebih berjaya dengan maju, malah hidup kita lebih baik daripada sebelumnya.
Macam mana? Kuncinya jangan terlalu fikirkan, perjalanan hidup masih jauh, datang dan pergi itu fitrah kehidupan. Ramai lagi yang boleh menjadi sahabat yang terbaik dalam hidup kita. Tapi ingat memutuskan silaturrahim itu tidak digalakkan dalam Islam. Apa pun cara melupakan sahabat yang jahat itu perlulah kita fikirkan kembali, sekali yang bersahabat selamanya kita sahabat kan?

Kesimpulannya

Renung-renungkan kata Luqman al-Hakim kepada anaknya:

“Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah, jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu, maka jauhilah dia…”

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

46 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!