• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • 10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Ketahuilah 10 Cara jemput rezeki dan kejayaan ini bukan teori semata-mata. Cara serta tips ini telah dipraktikkan oleh penulis sendiri dalam masa beberapa bulan dan hasilnya alhamdulillah. Perkongsian ini untuk tatapan bersama buat pembaca serta ingatan untuk diri sendiri agar sentiasa berada di landasan yang betul, InsyaAllah.

Sebelum ini ada perkongsian mengenai Fomula Pantas Seru Rezeki. Namun 10 Cara Menjemput Rezeki dan Kejayaan ini telah diamalkan terlebih dahulu. Setelah mendapatkan Ebook Formula Pantas Seru Rezeki saya amalkan lagi bersama-sama tips ini.

 

Kaya Tak Semestinya Wang

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Kaya dan berjaya tidak semestinya dalam wang ringgit semata-mata walaupun ia tetap penting dalam hidup hari ini. Peningkatan taraf hidup, taraf perbelanjaan, tekanan kerja, tekanan semasa dan pelbagai lagi membuatkan sistem kehidupan seharian kita juga turut terganggu.

Pengawalan sistem emosi atau kolam jiwa dan aura diri kita amat penting. Miskin jiwa dan kaya jiwa berperanan penting bukan sahaja mendidik hati kita. Jiwa berperanan besar mematangkan pemikiran dan perilaku kita juga.

Kekayaan kesihatan satu anugerah yang besar dari Ilahi. Kekayaan jiwa dan hati nurani membuatkan kita dicintai oleh ramai orang, InsyaAllah.

 

Anda Kaya Anda Berjaya

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Kemana hala tuju matlamat kita kalau tidak untuk berjaya. Seseorang yang memiliki kejayaan dan kekayaan pada masa yang sama memberikan satu kepuasan atas usahanya. Anugerah ini tidak ramai yang miliki tapi masih ramai ingin cuba mendapatkannya.

Sebagai seorang Islam diri sendiri perlulah dimuhasahkan pertamanya. Perbetulkan diri sendiri sama ada sikap kita terhadap Allah S.W.T atau juga sikap kita kepada manusia.

Stay Hungry Stay Foolish. Ini kata-kata Steve Jobs yang membuatkan salah satu faktor untuk terus berusaha dan tetap merendah diri.

Buat apa cepat berbangga sedangkan anda baru sahaja bermula dalam perjuangan. Sikap kita pada hari terlalu cepat berbangga dan berpuas hati sedangkan belum sampai kepada kejayaan yang sebenar lagi.

 

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Berapakah cara atau alternatif yang anda ada untuk berjaya. Apakah jenis kejayaan yang kita ingin kecapi. Sedikit sukar andainya kalau kita mahu kejar semuanya dalam satu masa yang sama. Jadi apa kata fokus satu persatu dengan menyusun masa yang lebih penting terdahulu.

Setkan dalam minda kita bahawa aku boleh berjaya dan mampu lakukan. Target pada diri sendiri kita bahawa kita mampu berjaya. Andai gagal dalam proses mencuba tak bermakna kita harus berhenti. Sebaliknya harus terus berusaha dengan pelbagai cara sekalipun.

Apa key point anda untuk kekal gagah berusaha? Semoga 10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam kehidupan.

 

Bertaubat Setiap Hari

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Kita dianjurkan untuk sentiasa bertaubat. Bertaubat tidak semestinya pada perbuatan dosa yang besar. Bertaubat atas segala salah silap perbuatan dan tutur bicara kita pada hari ini dan seharian. Tidak berat rasanya jika menunaikan Solat Sunat Taubat setiap hari. Hanya memperuntukkan waktu selepas solat fardhu setiap malam hari sekurang-kurangnya. Ini mampu mengurangi dosa-dosa kita seharian, InsyaAllah.

Pengurangan dosa membuatkan diri kita dalam keadaan suci dan bersih. Kesucian dan kebersihan memberikan aura serta akal yang positif.

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ‘taubat nasuha’. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

At-Tahrim : 8

 

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Berada dalam situasi yang mana anda tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada amat berbahaya. Keberkatan itu tiada dalam harta yang kita miliki. Saya pernah berpengalaman dalam poket ada RM50 dan nilai itu cepat benar habis dalam masa beberapa minit.

Namun pada hari kemudian saya memiliki juga RM50 dan ia bertahan sehingga seminggu! Terdetik jauh di sudut hati betapa berkatnya RM50 pada minggu tersebut. Bukan sahaja mampu bertahan selama seminggu tapi mampu membeli juadah yang bertahan untuk 2 minggu.

Berbanding pada RM50 yang pertama cepat pantas berlalu begitu sahaja. Disini saya sedari jika saya tidak bersyukur dengan RM50 yang ada dalam poket yang pertama itu ia juga tidak mahu berada lama dengan saya. Saat memiliki RM50 yang kedua “Ya Allah Kau berilah manfaat kepadaku dengan RM50 ini”, itulah yang terdetik dalam hati.

Banyak lagi kupasan mengenai bersyukur jika anda pelajari dan sedari sebaik-baiknya.

“Dan Allah akan memberi balasan dan menambah nikmat-Nya kepada orang-orang yang bersyukur”.

Ali Imran: 144

 

Beristighfar Setiap Hari

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Beristighfar sekurang-kurang 100 kali sehari andai betul-betul malas. 100 kali tak memakan masa sehingga 1 jam pun jika kita sedari. Paling malas 20 kali istighfar setiap kali solat itupun tidak sampai 5 minit. Apakah lagi alasan kita untuk tidak beristighfar?

Istighfar akan membersihkan kolam jiwa kita sendiri. Bagaimana ingin membersihkan hati setelah kita bertaubat jika kita tidak beristighfar. Semakin banyak kita beristighfar semakin bersihlah hati kita. Mudah bukan cara ini, tidak perlu tunggu jadi alim dan warak barulah mahu beristighfar.

“Dan Allah sesekali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (wahai Muhammad) ada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).

Al-Anfal: 33

 

Baca Al-Quran Setiap Hari

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Peratusan orang membaca al-Quran dalam seharian amat rendah. Lebih leka dan terlupa akan kitab teragung ini. Malah sangat tidak pandai dalam membacanya mengikut tajwid yang betul. Ini termasuklah golongan dewasa pada hari ini.

Mengamalkan bacaan Surah Al-Waqiah setiap hari memberikan ganjaran yang baik kepada kita. Namun janganlah sekadar membaca surah ini akan tetapi surah-surah tidak pernah dibaca pula!.

Seimbangkan diri kita walaupun masih muda sekali dengan pencarian duniawi dan ukhrawi dalam seharian hidup. Keseimbangan ini tidak semestinya menampakkan kita seorang yang alim dan warak sekalipun. Lebih penting niat ikhlas dan jujur dalam beramal itu sendiri.

Sentiasa membaca al-Quran insyaAllah akan menjaga kolam jiwa dan kebersihan hati kita sendiri. Belajarlah walau tidak lancar sekalipun, kerana ianya adalah “kalam Allah”.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”

HR: Al- Baihaqi

 

Berzikir Setiap Hari Selepas Solat

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Dengan berzikir akan memberikan getaran jiwa menjadi tenang. Bahkan hadirnya kedamaian dan ketenteraman terhadap batin kita. Denyutan jantung lebih tenang dan lembut saat kita berzikir. Zikir sentiasalah selepas solat fardhu. Ambil masa 1-2 minit sahaja sudah mencukupi jika benar-benar sibuk pada ketika itu.

Tidak berat sebenarnya untuk mengamalkan zikir sebegini. Setiap kali selepas solat ucaplah Subhanallah 33 kali, Alhamdulilah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali dan sekali ucapkan La Ilaha Illahu Wahdahu hingga akhir merupakan zikir yang ringkas dan penuh bermanfaat. Anda boleh semak berkaitan dengan kebaikan zikir ini.

Kemudian cuba amalkan setiap kali selepas solat, insyaAllah ada perubahan pada diri kita sendiri. Yang jelas hati dan jiwa kita lebih tenang dan bersih jika amal setiap kali selepas solat dan setiap hari.

Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman:

“Aku bersama hamba-Ku selagi dia mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak-gerak menyebut-Ku.” 

HR. Ahmad dan Ibnu Majah

 

Berdoa Tanpa Jemu Setiap Hari

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Renungan seketika, apakah doa seharian selepas solat. Adakah doa kita sentiasa berubah-ubah atau sama saja sejak kita mula menunaikan solat dari kecil hingga dewasa. Sama atau berbeza sekali pun tidak menjadi masalah sebenarnya.

Ada sebilangan orang memberi alasan tidak mahu berdoa selepas solat adalah perkara yang sama. Ini tidak patut terkeluar dari mulut kita seorang yang Islam.

Konsep untuk berjaya dan kaya ialah tidak mudah jemu dan tidak pernah jemu. Jadi janganlah jemu untuk berdoa untuk kejayaan dan kekayaan yang ingin kita miliki sehingga kita benar-benar berjaya.

Kuncinya jangan berhenti berdoa selagi belum berjaya. Teruskan berdoa dengan jujur, ikhlas dan penuh pengharapan supaya doa kita akal dimakbulkan suatu hari nanti, InsyaAllah. Berdoa dengan penuh jujur dan ikhlas adalah kunci doa dimakbulkan. Serta yakinlah doa kita akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Solat Sunat Dhuha juga merupakan kunci menjemput rezeki secara terbaik dan mudah jika sentiasa diamalkan.

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Al Baqarah: 186

 

Berusaha Bersungguh-Sungguh

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Berusaha perlulah sehabis-habisan mengikut landasan yang betul. Dalam mencapai kejayaan dan keluasan rezeki kita bukan hanya duduk berdoa. Dari segi perspektif berusaha juga harus kena pada caranya.

Berusaha tanpa panduan yang betul pasti tidak akan berjaya. Jadi di sinilah kata-kata Steve Jobs di atas boleh jadikan rujukan. Lihat sahaja mereka yang berjaya atau benar-benar berjaya hari ini bagaimana mereka berusaha.

Pastinya mereka tidak lari dari matlamat utama mereka. Mereka akan buat pelbagai cara perancangan untuk memastikan matlamat utama mereka berjaya. Selepas berjaya sudah pasti rezeki dan kekayaan mereka kecapi. Tapi mereka terus berusaha untuk memastikan kejayaan itu semakin berganda!

Contohnya kita ingin lakukan bisnes online. Maka jika bergantung kepada satu sumber panduan berniaga sahaja belum tentu pasti kejayaan 100%. Jadi jika satu sumber atau cara tidak berjaya seperti yang diharapkan maka inilah ruang dan saat kita harus gandakan lagi dengan cara yang lain.

Kelak jika dengan cara yang pelbagai ini anda berjaya, maka andalah orang yang pertama berjaya dengan pelbagai cara!

Contoh lagi jana pendapatan dengan herba tidak semestinya anda jual ubat-ubat herba. Sebaliknya cari ilmu dan tukarkan herba asal itu kepada produk yang baharu berasaskan herba.

Pengajarannya cara kita pada hari ini tidak semestinya cara orang yang terdahulu dalam berusaha. Maka teruskan berusaha dengan pelbagai cara untuk memastikan kejayaan ini benar-benar berlaku.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Allah  S.W.T memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya”.

Riwayat Ibn an-Najjar

 

Bertawakal Atas Usaha Dan Doa

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Maka selepas berdoa dan berusaha bertawakal merupakan kunci kekuatan kejayaan. Berdoa setiap hari serta berusaha bersungguh-sungguh menyakinkan kejayaan kita. Kita harus yakin dengan apa yang kita usahakan.

Serahkan kepada Yang Maha Esa dalam menentukan kejayaan kita nanti. Janji kita sudah buat sehabis baik dan sudah berdoa seikhlas dan sejujur yang tinggi. Tidak kira pada ketika belajar mahupun bekerja sekalipun.

Tawakal berperanan penting mengekalkan minda positif selepas berusaha dan berdoa. Tawakal mendidik jiwa dan minda “bahawa aku telah berdoa dan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapat matlamat ini, semoga Allah S.W.T memberikan aku mengecapi kejayaan sebagai hasil ini”.

Lakukanlah Solat Sunat Istikharah sebagai penyudah untuk kita bertawakal atas usaha kita.

“Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Rabb-mu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.”

Huud: 123

 

Bersangka Baik Atas Segalanya

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Kebiasaannya kita didedahkan untuk bersangka baik dengan manusia atau sahabat kita. Namun dari skop penulisan ini dan fokus kejayaan anda harus bersangka atas diri anda sendiri.

Bagaimana harus bersangka baik kepada diri sendiri. Yakinlah dengan diri sendiri merupakan sangka baik kepada diri sendiri. Betul atau tidak anda adili sendiri kepada diri anda.

Yakin dengan apa yang kita lakukan, yakin dengan apa yang kita usaha dan yakin bahawa segalanya kita lakukan dan usaha kita akan berjaya. Malah yakinlah rezeki juga akan menjadi miliki kita jika 8 perkara di atas kita amalkan.

Dan begitulah juga bersangka baik atas segalanya, termasuklah kesusahan dan kepayahan yang kita hadapi seharian itu. Anggaplah ianya satu ujian dalam menempuhi kejayaan. Restu dan redhai ujian yang kita hadapi mendidik hati kita bersangka baik kepada diri sendiri yang masih dalam serba kekurangan.

“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang tidak kamu ketahui; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.”

Al-Isra: 36

 

Berbuat Baik Kepada Semuanya

10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Berbuat baik kepada semua perkara merupakan insan yang mempunyai hati nurani dan suci. Hasad dan dengki tidak bertakhta di dalam diri bakal membina jiwa yang terus suci. Manusia yang biasa-biasa sahaja juga mampu berbuat kepada semuanya.

Tidak kepada manusia dan haiwan sahaja kita berbuat baik. Tapi penetepan hati untuk berbuat baik tidak ada batasnya. Berbuat baik dalam apa sahaja keadaan dan suasana juga memberikan impak positif kepada diri sendiri.

Pada situasi yang memerlukan bantuan anda, maka anda orang yang pertama ingin membantu. Pada situasi memerlukan idea maka andalah orang yang ingin menyumbangkan. Pada situasi mana sekalipun cubalah berlaku baik dan elakkan sikap dan perbuatan negatif.

Ingatlah berbuat baik akan dibalas baik. Walaupun kita berbuat baik kepada kawan kita tidak semestinya kawan kita yang sama akan berbuat baik kepada kita. Mungkin orang yang tidak kita kenalai akan berbuat baik kepada kita kelak. InsyaAllah.

“Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan adalah apa saja yang menenangkan hati dan jiwamu. Sedangkan dosa adalah apa yang menyebabkan hati bimbang dan cemas meski banyak orang mengatakan bahwa hal tersebut merupakan kebaikan.”

HR. Ahmad, Thabrani, dan Al Baihaqi

 

Tambahan 10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan

Semuanya tidak mustahil andainya kita benar-benar lakukan dan amalkannya dalam kehidupan seharian. Tidak perlukan satu hebahan untuk lakukan perkara sebegini. Hanya amalkan dan rasai perubahan yang bakal berlaku.

Jika anda ada cara dan tips tersendiri yang bersandarkan kepada tajuk dan perbincangan ini. Boleh sama-sama kongsikan diruangan bawah.

Jangan berputus asa, disamping itu haruslah tetap berusaha mencari ilmu untuk memantapkan lagi dan menambah lagi kepada 10 Cara Jemput Rezeki dan Kejayaan ini. Saya sarankan pembaca untuk mendapatkan Ebook ini.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

13 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!