10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera sepanjang 2016 jika nak dibandingkan statistik blog ini sedikit menurun berbanding pada tahun 2015. Walaupun ada penurunan namun enganggement itu lebih bagus berbanding tahun sebelumnya.

Semoga perjalanan tahun 2017 ini lebih lancar dan lebih baik pada tahun sebelumnya. Rumors banyak mengatakan tahun ini amat merisaukan dan kononnya teruk. Tapi itu bukan penghalang untuk kita terus bangkit dan berjuang. Kita sudah melepasi beberapa tahun belakang, jadikan pengalaman dan usaha yang dahulu sebagai pengajaran dan faktor untuk kita perbaiki lagi pada tahun ini.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Pada tahun 2015 aktivti menulis blog lebih aktif berbanding pada tahun 2016. Banyak masa tidak digunakan untuk menulis blog lagi. Banyak perkara lain juga perlu dititikberat dan lebih penting perlukan keutamaan. Alhamdulillah sehingga hari ini masih lagi kekal menulis sekadar yang mampu.

Malah ramai juga blogger yang sudah mula berhenti menulis blog bermula awal tahun 2016 lalu. Banyak yang mempunyai komitmen lain. Sesetengah juga ada yang mula sudah mula menukar karier mereka dari blogger kepada karier lain.

Tahniah juga kepada blog-blog yang baru tumbuh semoga kekal dan fokus pada matlamat sendiri untuk mendirikan blog. Bukannya terikut-ikut atau meniru orang lain semata-mata.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Kompas kiblat merupakan salah satu alat seperti kompas digunakan menentukan arah kiblat di mana kita berada dengan rujukan panduan nombor indeks bandar. Penting buat mereka yang suka travel sana sini.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel sangat pelik dalam carian direktori pertanyaan Facebook. Bagaimana anda mampu memadamkannya? Artikel ini sangat bermanfaat kepada semua golongan peringkat umur.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Solat Sunat Hajat dilakukan untuk meminta hajat kepada Allah SWT dimakbulkan. Lakukan solat hajat yang sahih sahaja bertepatan dengan anjuran agama Islam. Ditulis untuk rujukan kepada semua Muslimin dan Muslimat.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Solat Sunat Istikharah popular dalam kalangan umat Islam bagi mendapatkan petunjuk dalam membuat pilihan. Lihat cara perlaksanaan solat ini dengan betul. Ditulis berdasarkan cara-cara yang afdal dan pengalaman penulis sendiri.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Teknik pengucapan awam yang berkesan amat penting untuk memastikan persembahan anda dalam pengucapan awam menjadi lebih professional dan berjaya. Sebuah artikel kontes yang bertukar menjadi informasi berguna kepada pemidato.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Cara delete akaun Facebook orang telah meninggal dunia perlu kita ketahui bagi memadamkan terus akaun si mati daripada dibiarkan begitu sahaja. Sangat penting dan bermanfaat kepada semua.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Tukar Sim Card kepada Micro Sim menjadi carian ramai semenjak kenaikan mendadak pengguna telefon pintar ekoran pemberian rebat RM200 oleh pihak kerajaan pada ketika itu.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Cara berniaga air di bazar Ramadhan dengan pelbagai jenis dan teknik untuk memenuhi kehendak pelanggan. Bisnes air di bazar antara bisnes yang paling mudah dan untung yang berlipat ganda.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Cara beli rumah lelong yang sesuai pada hari ini memandangkan banyak kewujudan rumah-rumah baru yang tidak mampu dibeli oleh warga Bumiputra.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Cara berniaga melalui Facebook adalah memerlukan cara yang betul bagi memastikan anda tidak mengalami kerugian sebelum produk anda terjual dengan habis. Ramai yang nak berniaga di Facebook hari ini sehinggakan ada yang membuatkan rakan-rakan rasa tidak selesa dengan teknik jualan anda.

Terima kasih kepada pembaca dan rakan-rakan blogger yang sentiasa singgah, baca dan komen di artikel-artikel yang ada di blog ini. Penulis bukan seorang yang popular dan professional. Sekadar menulis atas sebab suka dan minat. Wassalam

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

11 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!